Pasti ramai wanita berkongsi rasa kagum dan bangga dengan kejayaan yang diraih Ayu Damit hari ini. Iyalah, selain sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan juga penyanyi… juara program nyanyian One In A Million ini dalam diam sudah bergelar usahawan pertanian berjaya. Daripada tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu mengembangkan tanaman di ladang seluas 4 ekar.
Pernah ditemu bual Nona tidak lama dulu, Ayu berharap perkongsian ini boleh dijadikan pembakar semangat buat mana-mana individu khususnya kaum wanita yang menyimpan hasrat bergelar ahli pertanian berjaya kelak.
Dikenali sebagai selebriti yang merendah diri, ujarnya, “Alhamdulillah, Ayu dan suami mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama tiga tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir tujuh tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas.
Ads
Pun begitu, kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain. Sebenarnya suami yang menggalakkan Ayu ceburi bidang ini sebab dia sangat berminat dengan pertanian. Memang dia di kampung pun dia suka bercucuk tanam.”
Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung.
Namun sekarang alhamdulillah kami dapat menambah satu lagi tanaman iaitu kacang panjang. Selain tanaman sayur-sayuran berkenaan, Ayu turut mengeluarkan produk keluarannya sendiri seperti cili padi jeruk, cookies dan sate.
Ads
Soal pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami. Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara. Selain masih aktif bernyanyi, Ayu dan suami juga buat consultant untuk petani-petani baru.”
Pada 12 Julai lepas genap 32 tahun usia Ayu Damit. Bersempena ulang tahun kelahiran tersebut juga genap setahun usahawan berdaya saing ini membuka Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Ads
Sebagai ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan.
“Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak. Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”
12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (11 tahun), Sharifah Alya Adriana (9 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 5 tahun.
Kredit: Instagram Ayu Damit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah anakanda DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang berjaya menamatkan pengajian di luar negara. Bukan saja cantik orangnya, bijak pula tu!
Secara eksklusif berkongsi kejayaan dan wajah anakanda tersayang di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office, jelas terserlah wajah gembira keluarga diraja ini atas pencapaian tersebut.
Pada 11 November lepas, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Amanda Binti Mustapha Kamal.
Kredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal Office
Nur Amanda yang kini berusia 22 tahun, telah menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).
Menerusi foto-foto yang dikongsikan kelihatan Amanda mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.
Kredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal Office
Lengkap mengenakan jubah konvokesyen, Amanda tampak teruja di samping ibunya, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun menyarung persalinan tradisi royal blue dipadankan bersama beg tangan Chanel rona kelabu dan rantai mutiara sebagai pelengkap gaya.
Semoga Amanda terus sukses dalam apa juga lapangan kerjaya yang diceburi kelak dan menjadi inspirasi buat golongan wanita untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Fadilah Baharin merupakan Ketua Pengarah Standards Malaysia. Mesra disapa sebagai Datuk Fadilah, wanita berusia 59 tahun ini seorang yang cukup tegas.
Datuk Fadilah antara saintis terawal negara dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM). Sebagai penghargaan kepada jasa beliau dalam pembangunan standard halal pertama di dunia, Datuk Fadilah menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun 2016.
“Saya mahu menjadikan halal sebagai satu gaya hidup sekaligus dapat membantu ummah. Inilah dakwah saya dalam bekerja. Saya hendak menekankan kepentingan halal bukan saja dari segi makanan bahkan seluruh kehidupan seperti cara berpakaian, bekeluarga dan sebagainya.
Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan standard halal yang pertama di seluruh dunia. Ia juga telah dirujuk dan diguna pakai oleh JAKIM dalam persijilan halal.”
TIP MENJADI WANITA SUKSES
“Jadilah isteri yang menghormati suami. Restu dan sokongan suami amat penting untuk menjadi wanita sukses. Kalau boleh libatkan suami dalam apa jua yang kita buat. Ingat, siapa pun kita hari ini bukan daripada usaha sendiri sebaliknya daripada mereka yang banyak membantu dan menyokong kita selama ini.
Saya bersyukur selama ini arwah suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menjadi seorang ketua dan insan yang lebih baik. Kata-katanya banyak memberikan saya semangat sekaligus menjadi turning point untuk saya berubah menjadi siapa saya pada hari ini. Saya berasa amat bersyukur.
Sokongan anak-anak juga penting. Saya sering meletakkan diri sebagai sahabat kepada anak-anak dengan sentiasa menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka. Sebagai ibu tunggal sayalah ibu, sayalah bapa.
Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak dan berusaha memberikan bekalan ilmu dunia akhirat secukupnya. Saya juga sentiasa menjaga emosi agar tidak terlalu mengikut perasaan.
Seterusnya manfaatkan kekuatan diri bagi meningkatkan taraf hidup sebaik mungkin. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga buat keluarga. Yakinlah dengan kemampuan diri sendiri bahawa kita boleh buat. Sentiasa berbangga dengan apa yang kita lakukan. Abaikan kata-kata negatif.”
Selepas pulih daripada kanser payudara beberapa tahun lalu, Datuk Fadilah mula menjaga pemakanan dan kesihatannya seperti mengamalkan air kosong, buah-buahan, sayuran dan suplemen setiap hari. Beliau juga sentiasa melalui hari-hari baru dengan perasaan yang positif.
Kita sering melihat kelibatnya di samping Dato’ Seri Vida, namun ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita hebat yang selalu berada bersama usahawan kosmetik terkenal tersebut? Dia ialah Dato’ Sri Salmah Ismail yang juga merupakan ahli perniagaan berjaya.
Selain dikenali kerana keakrabannya bersama Dato’ Seri Vida, Dato’ Sri Salmah pernah menarik perhatian khalayak kerana kemewahannya memiliki dan memandu sebuah kereta sport, Lamborghini. Yang menjadi tumpuan sekarang, nama Dato’ Sri Salmah semakin meniti di bibir masyarakat kerana keprihatinan dan jiwa penyayangnya terhadap kucing. Siap sediakan sebuah ruang khusus untuk puluhan kucing yang dibelanya lagi! Murni sungguh hati beliau.
Dengan perwatakan ceria dan mudah tersentuh apabila melibatkan kucing-kucing terbiar, keperibadian Dato’ Sri Salmah wajar dijadikan ikutan. Beliau bukan sekadar berjaya dalam lapangan kerjaya yang diceburi tetapi juga sarat dengan sifat-sifat terpuji, baik terhadap orang sekeliling mahupun haiwan.
Terbaru, foto yang dimuat naik Dato’ Sri Salmah dalam Instagram miliknya sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Bakal berangkat ke Tanah Suci bersama suami, figura ini nyata sanggup berbuat apa saja demi kebajikan haiwan jinak berkenaan sampai bawa sebuah luggage khas berisi bungkusan makanan kucing.
“Makanan kucing dibawa sekali untuk santapan kucing-kucing di Madinah dan Mekah. Nak rebut pahala dan harta akhirat. Di mana ceruk tersembunyinya pahala saya cuba dapatkan dengan izinNya. Semoga saya dan suami mendapat umrah yang mabrur, memakbulkan segala doa-doa saya dan suami, mempermudahkan segala urusan umrah, dilindungi dari musibah, memberi peluang memungut pahala dengan mudah, ketenangan dan gembira sentiasa, murah rezeki dalam semua hal dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Aamiinn.
Saya mendoakan semua cinta buah hati saya sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang, menjadi kaya-raya, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat,” tulisnya.
Menjawab persoalan masyarakat yang terharu dengan usaha Dato’ Sri Salmah untuk membela nasib haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini, kata beliau, “Saya memang tak boleh tengok kucing di jalanan. Hati saya akan rasa sayu dan pilu. Saya pasti akan beri makan dan ambil bawa balik. Jika anak kucing dan ibu kucing yang bunting, saya akan menitis air mata bila membayangkan keadaan nasib kucing terbiar. Kasihan sangat.”
Semoga akan ada lebih ramai insan seperti Dato’ Sri Salmah yang memperjuangkan kebajikan haiwan meskipun kehidupan mereka dirahmati dan dilimpahkan dengan harta-benda menggunung. Ketahuilah apa yang kita miliki hari ini sebahagian daripadanya adalah milik makhluk Allah yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...