DR AZURA ABAS & SUAMI, DR SAY

Pertama kali mengenali pasangan suami isteri ini ialah sekitar tahun 2017 ketika kedua-duanya menjalani sesi fotografi bersama Nona. Waktu itu, mereka baru tiga tahun berkahwin. Personaliti Dr Say Shazril dan isteri yang ramah membuatkan sesi pada hari tersebut cukup menyenangkan. Tidak terlalu menunjukkan kemesraan di depan khalayak namun ada ketika memang terserlah bahang cinta di antara mereka berdua.

IKLAN

Bukan mudah sebenarnya untuk seorang wanita menghakis perasaan cemburu. Lebih-lebih lagi apabila penampilan suami sering menjadi perhatian peminat wanita. Meskipun pada
mulanya Dr Azura Abas agak janggal saat disapa orang asing yang mahu bergambar bersama suaminya, namun kini dia mampu menyesuaikan diri.

Mengimbas kembali kisah viral Dr Shazril Shaharuddin kira-kira enam tahun lalu, Dr Azura yang kini bergelar ibu kepada Aezriel mengakui perasaan cemburunya diuji waktu itu. Namun kerana memahami kerjaya suami dan enggan mudah ‘melatah’ dia berjaya mengharungi situasi tersebut dengan baik. Bahkan, sejak kisah Dr Say menjadi viral dan bertebaran di media sosial… perhubungan di antara mereka makin tersimpul erat.

“Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia!
Kenangan sesi fotografi bersama Nona
“Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia!
Di samping cahaya mata sulung, Aezriel

“Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia!

“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.

Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak
terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.

Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di Hospital Serdang,” telusnya.

“Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia! “Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia! “Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia!

IKLAN

Lebih lima tahun mengenali hati budi, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 30 Mac 2014. Kedua-duanya pernah berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum memutuskan untuk berhenti dan bekerja sendiri. Biarpun secara jelas terpancar sinar bahagia di wajah Dr Say dan Dr Azura, Nona sengaja menduga hati doktor cantik itu.

Sambil mengakui pernah terbit rasa gusar dengan tempias dunia glamor Dr Say, wanita yang berasal dari Selangor ini yakin jejaka yang dikenalinya di India dulu masih setia berada di sisi.

IKLAN

“Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia! “Dalam Perkahwinan Masing-Masing Kena Saling Percaya,” DR AZURA Syukur Suami Setia!

“Isteri mana yang tak cemburu bila suami selalu dapat perhatian wanita lain. Alhamdulillah, dia lain daripada yang lain. Bahkan lepas saja waktu kerja, dia akan terus balik rumah. Tak ada benda yang patut dicurigakan sebab selalunya dia akan pulang tepat pada masa. Malah apa juga yang berlaku di hospital, dia akan beritahu saya. Termasuklah cerita peminat perempuan yang datang ke unit kecemasan semata-mata untuk bergambar.

Sepanjang menjadi isteri Dr Say, saya tengok dia seorang lelaki yang mementingkan keluarga. Rutin dia setiap hari cuma pergi kerja, gym dan kemudian balik rumah. Kalau ada cuti panjang, dapatlah pergi melancong luar negara. Rasanya tak perlu terlalu risau sebab dalam perkahwinan masing-masing kena saling mempercayai.”

Harapan Nona agar perkahwinan yang dibina terus berlandaskan kesetiaan dan kejujuran serta berkekalan hingga ke syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI