Perniagaan berasaskan kecantikan sememangnya menjanjikan pasaran meluas dan tidak hairanlah mengapa ramai pengasas kosmetik tempatan mampu meraih gelaran usahawan berjaya termasuk mencapai status jutawan. Menyedari betapa bidang kosmetik amat dekat di hati para wanita, Wan Nur Syuhada Bt Wan Norzie tidak teragak-agak menceburkan diri dalam perniagaan kosmetik dan tekstil sejak empat tahun yang lalu.

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

IKLAN

Memilih nama SoBella sebagai jenama kosmetik keluarannya, Wan Nur Syuhada boleh berbangga dengan produk yang dihasilkan di bawah jenama tersebut antaranya merangkumi kosmetik dan produk penjagaan diri buat wanita. Antara produk di bawah jenama SoBella termasuklah  SoBella Honey Matte Liquid Lipstick, SoBella Fruit Liptint, SoBella Eyeshadow 2 minit, SoBella Wonderlove Blush, SoBella Honey Gold Serum dan SoBella Printed Scarf.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang empat tahun mengusahakan jenama SOBELLA COSMETICS, Wan Nur Syuhada yang lebih mesra dengan panggilan Syu berkata sejak jenamanya mula dikenali dan mempunyai ramai stokis,antara cabaran utama  yang perlu diberi perhatian khusus adalah untuk memastikan stokis di bawahnya mampu menjadi usahawan yang berjaya di bawah jenamanya.

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

“Alhamdulillah, sehingga kini, SoBella Squad mencecah 6000 orang dan menjadi seorang ketua kepada satu squad yang besar bukan perkara yang mudah. Saya mahu terapkan semangat kerjasama yang kukuh antara mereka supaya selari dengan motto team SoBella iaitu “Together we are stronger”. Jadi proses untuk menyatukan pasukan ini bukan mudah kerana mereka terdiri dari pelbagai latar belakang, berbeza cara pemikiran dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya turut  bergiat aktif mengadakan sesi coaching bersama agen stokis  dalam usaha memantapkan ilmu perniagaan mereka dalam menghadapi cabaran perniagaan yang lebih mencabar di tahun 2020,” ujar Syu penuh yakin dalam usaha melebarkan lagi sayap perniagaannya.

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

“Kesempitan hidup juga merupakan faktor pendorong untuk saya bergiat aktif dalam bidang perniagaan . Saya masih ingat saya dengan suami cuma menaiki motor saban hari untuk ke tempah kuliah dan tempat kerja. Keadaan kewangan yang tidak stabil membuatkan kami sentiasa merasa rendah diri dan ramai yang menjauh. Saya ambil segala ejekan dan kata-kata hinaan tersebut sebagai booster untuk saya maju melangkah ke hadapan tanpa mempedulikan mereka”.

Empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan banyak memberi motivasi untuk Syu berfikiran positif bagi memastikan empayar perniagannya mampu memberi daya saing apatah lagi terhadap saingan dunia kosmetik yang mempunyai pelbagai cabaran dan dugaannya. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuh oleh wanita berusia 29 tahun ini.

“Antara kenangan pahit yang menjadi pengajaran buat diri saya ialah  apabila saya pernah ditipu oleh kilang di mana saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM 60 ribu ringgit. Jumlah tersebut  agak besar bagi saya yang ketika itu baharu  memulakan langkah dalam bidang perniagaan. Waktu tu kilang tersebut memberikan stok yang rosak di mana lipmatte yang dihasilkan sangat teruk kualitinya. Akibatnya ramai agen stokis mula angkat kaki. Dari 500 orang agen stokis ketika  itu cuma 20 orang sahaja yang kekal dengan saya. Pelanggan juga hilang kepercayaan terhadap produk  dan ini  sekaligus membuatkan saya hampir berputus asa untuk meneruskan perniagaan.

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

Tetapi saya yakin cabaran sememangnya ada di dalam perniagaan dan ia menjadi pendorong untuk saya bangkit meneruskan perjuangan. Berbekalkan semangat yang diberikan oleh suami dan keluarga, kini saya boleh berbangga SoBella Squad sudah mencapai angka seramai 6000 orang,” ujar Syu ternyata berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh SoBella Squad dibawahnya.

Melihat persaingan dalam bidang perniagaan yang semakin sengit, Syu sentiasa meletakkan jenama SOBELLA COSMETICS selangkah dari pesaing dan menjadi unik dengan cara tersendiri.

IKLAN

“Pada pandangan saya,setiap jenama mempunyai cara unik dan tersendiri. Saya tidak boleh terikut-ikut dengan cara jenama lain. SOBELLA COSMETICS harus kreatif dan memilih cara pemasaran tersendiri. Contohnya , SOBELLA COSMETICS merupakan jenama lokal yang pertama mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.Tiga tahun lepas,belum ada lagi jenama lain yang mengamalkan konsep edisi terhad ini.Jadi, konsep tersebut akan membuatkan pelanggan merasa istimewa apabila memilikinya. SOBELLA COSMETICS juga amat menjaga kuantiti produk yang dikeluarkan dan mengamalkan konsep exclusivity brand .”

 

Tidak lengkap bercerita mengenai kejayaan seseorang usahawan kecantikan tanpa berkongsi momen indah yangtelah dikecapinya.Ternyata usia muda bukanlah halangan untuk Syu melengkapkan portfolio perniagaannya apabila berjaya menganjurkan satu majlis terbesar dalam sejarah syarikatnya iaitu Konvensyen Keusahawanan Wanita by SOBELLA COSMETICS pada penghujung tahun lalu.

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

“Alhamdulillah,konvensyen tersebut yang memakan kos sebanyak RM300 ribu itu berjaya mengumpulkan seramai 1500 orang usahawan wanita.Pengisiannya cukup padat dengan ilmu perniagaan dari empat orang pakar hebat dalam dunia perniagaan.Apa yang lebih membahagiakan saya apabila tahun lalu,saya berjaya menghasilkan lapan orang jutawan di bawah naungan SoBella.Kejayaan mereka adalah sesuatu yang amat membanggakan dan sekaligus saya menanam azam dan impian untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya tahun ini. Rezeki yang dikongsi bersama adalah lebih bermakna,” ujar Syu yang amat merendah diri.

IKLAN

Dari 20 Stokis Kini Cecah 6,000 Orang, SOBELLA COSMETICS Berjaya Lahirkan 8 JUTAWAN!

Selain itu, permulaan tahun baharu 2020 menyaksikan SOBELLA COSMETICS menerima pengiktirafan sebagai salah satu jenama kosmetik lokal terbaik di NONA TOP BEAUTY ENTERPRENUER anjuran majalah NONA terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Satu majlis hi tea telah diadakan untuk menghargai pelapis baharu industri kosmetik tempatan yang mencipta nama dalam bidang kosmetik serta mempunyai misi dan visi yang besar untuk membawa jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Syabas SOBELLA COSMETICS!

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI