Setelah puas berfikir panjang dan tak sampai dua tahun berkhidmat sebagai jururawat, Aifa Azlan akhirnya nekad meninggalkan bidang perubatan demi meneruskan minat dalam dunia perniagaan. Ketika usia baru mencecah 25 tahun dan mempunyai seorang anak, dia dikurniakan Allah dengan rezeki berniaga yang sangat luas. Pada umur yang masih muda dan berkat kerja keras mempromosikan produk kosmetik di media sosial sendiri, Nurul Aifa Asyikin Azlan berjaya meraih pendapatan lebih RM100 ribu ringgit sebulan. Berbeza daripada gaji bulanan RM2600 yang diterimanya sewaktu menjadi jururawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang suatu masa dulu.
Semangat dan keberanian Aifa mempelajari selok-belok bidang perniagaan meskipun tanpa latar belakang bisnes sememangnya wajar diberi pujian. Berbekalkan rasa percaya kepada diri dan kekuatan untuk mengubah taraf hidup keluarga membuatkan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sanggup berdepan apa jua cabaran mendatang. Satu per satu tangga kejayaan di daki dan terbaru, Aifa bakal mengeluarkan jenama kosmetiknya sendiri yang dihasilkan dari Osaka, Jepun.
“InsyaAllah, Aifa Azlan Cosmetics akan dipasarkan awal tahun 2019 nanti. Saya tak dapat nak keluarkan pada tahun ini disebabkan masalah bahan mentah memandangkan ia diimport dari Osaka. Memandangkan situasi di sana baru saja dilanda bencana, so bekalan bahan mentah terputus. Buat masa ini Aifa Azlan Cosmetics masih lagi dalam peringkat R&D. Dalam rangkaian kosmetik ini juga akan ada lip matte dan produk penjagaan kulit facial oil.”
Terangnya lagi, disebabkan tanggungjawab terhadap keluarga semakin bertambah sejak menyambut cahaya mata kedua.. Aifa dan suami sepakat untuk kembali menetap di Kelantan. Apatah lagi mereka bakal mempunyai rumah yang selesa di sana.
“Sebelum ni butik Aifa di Kuantan tapi dah ditutup buat sementara waktu sebab kami pindah ke Kelantan. Masa tinggal di Kuantan dulu kami menyewa. Lebih selesa rasanya dapat tinggal di rumah milik kami sendiri memandangkan Aifa baru saja beli tanah di Kelantan awal tahun ni.
Ads
Walau macam mana pun, kami akan mula buka butik baru selepas Aifa habis berpantang tak lama lagi. Produk jus Aijuice Dossier masih lagi dijual. Tapi di HQ dah sold out. Pun begitu, Aifa akan keluarkan jus ini dengan packaging dan formula baru. Bagi produk Sistho Lip Matte pula yang merupakan bisnes Aifa dan kakak, ia tetap dijual di pasaran juga cuma lepas ini Aifa akan lebih fokus kepada jenama sendiri, Aifa Azlan Cosmetics.
Kalau dulu Aifa Signature lebih kepada pakaian, kali ini fokus Aifa tertumpu kepada inner tudung. Inner ini tak semua jual online. Ada juga dijual di butik tapi buat masa sekarang pihak kami masih lagi berusaha mencari tempat untuk buka butik baru. Istimewanya inner ini kerana ia menggunakan kain berkualiti knit viscose dan warnanya yang terhad kepada 10 pilihan saja. Maknanya, sesiapa yang nak beli warna-warna yang ditawarkan kena beli cepat-cepat sebab kalau dah habis, kami tak akan restock dah. Inner ini juga sangat selesa dipakai kerana ada tali di belakangnya dan dijual dengan harga mampu milik.
Sebelum ini Aifa pernah buat inner silang dan kemudian rekaan inner silang bertatahkan batu Swarovski asli. Yang ini pun limited edition dan habis dijual. Sekarang, kami keluarkan inner basic iaitu anak tudung biasa yang mempunyai tali boleh laras di belakangnya khas untuk ikut keselesaan pengguna. Dengan rekaan inner ini bukan je orang dewasa boleh pakai.. anak kecil pun boleh guna,” kongsi Aifa penuh semangat.
Ads
Ditanya cabaran terbesar yang terpaksa dilaluinya sepanjang bergelar usahawan, ungkap Aifa, “Cabaran terbesar setakat ini masa mengandungkan anak kedua. Aifa alami alahan yang sangat teruk sampai tak boleh fokus dengan bisnes dan tak mampu uruskan sangat perniagaan ini. Masa tu rasa sangat down tapi alhamdulillah jualan produk Aifa masih bertahan. Waktu tengah mengandung, memang Aifa rasa tak mahu pergi ke office. Pada saya, itu adalah cabaran yang terbesar.
Ads
Bila berhadapan dengan masalah kesihatan seperti stres dan tak sihat, kita akan jadi seorang yang negatif, rasa terpinggir dan tak mahu jumpa orang langsung. Yang saya tahu waktu itu, asyik hendak tidur.
Aifa sedar, sebagai usahawan yang menjalankan bisnes online dan guna personal branding.. Aifa kena kuat. Sebab kalau Aifa down, sale stokis juga akan menurun sedikit. Secara tak langsung mereka juga akan rasa benda sama juga. Apa-apa pun sekarang, Aifa bangkit dan mula pergi ke kelas balik. Selain tengah buat team baru dan buat tour di setiap negeri untuk coaching, marketing dan ajar tentang bisnes online. Aifa juga sekarang dalam proses buka office baru di Kota Bahru dan insyaAllah akan buat kelas
seminar untuk online seller yang baru nak start belajar bisnes.”
Memang kental betul semangat Aifa ini. Mempunyai dua orang anak nyata bukan alasan bagi Aifa untuk terus mengejar impian yang diidamkan selama ini. Moga kekuatan Aifa menjadi inspirasi dan menjentik semangat untuk wanita lain mencipta kejayaan sama dalam apa jua bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid adalah sebuah tempat yang suci menghimpunkan umat Islam untuk melakukan ibadah solat secara berjemaah. Masjid yang telah didirikan semasa zaman kedatangan Islam mencipta sejarah yang tersendiri.
Masjid Al Ahmar ini difahamkan telah dibina di Palastine pada abad ke-13. Namun pada tahun 1948 tempat ibadah ini telah diceroboh oleh pelampau Yahudi. Sejak daripada itu rumah Allah ini sudah tidak dijadikan tempat untuk mendirikan solat oleh penduduk setempat.
Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.
Bangunan masjid ini pada mulanya telah dijadikan sebagai sebuah sekolah Yahudi dan bertukar menjadi Pusat Kempen Pilihan Raya Partik Likud. Masjid ini sekali lagi bertukar fungsinya menjadi kedai pakaian sebelum ditukar menjadi kelab malam.
“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.
Pendatang yahudi menari di dalam Masjid Al-Ahmar yang ditukar menjadi kelab malam
“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.
Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.
Menurut Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, penduduk Palestine kini sedang menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.
Masjid Al Aqsa
Bagi mendapatkan semula hak ini Tabari telah menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.
Dalam pada itu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi dengan membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa beberapara tahun lalu. Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama yang diperintahkan kepada umat Islam sebelum berpindah ke Masjidil Haram.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kejayaan menjadi penaja utama dan penerima Nona Superwoman Award 2022, USANITA kian melangkah laju melahirkan usahawan berpotensi seluruh negara.
Menerusi pimpinan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat pemudahcara di antara usahawan dan pihak kerajaan atau badan-badan berkaitan keusahawanan ini makin dikenali dan ‘diserbu’ individu yang mahu berjaya dalam perniagaan. Tahniah!
Berkongsi perkembangan terbaharu USANITA, misi membantu ahli perniagaan khususnya B40 dan M40 terus diperluas. Kali ini, Bootcamp Perintis USANITA 2.0 bakal membuka tirai.
“Lepas Nona Superwoman Award hari itu, USANITA dapat good feedback. Ramai yang dah lebih tahu apa yang USANITA buat. Dalam masa sama, kami dapat banyak networking daripada majlis penganugerahan tersebut.
Jadi kini USANITA mengadakan seminar yang kami gelar Bootcamp Perintis USANITA 2.0 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Februari ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Kami akan sediakan lebih 15 inti pati program yang dimeriahkan barisan speaker dalam industri masing-masing. Antaranya Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Rizman Ruzaini, Linda Rafar, Sharifah Khasif dan Zoey Rahman.”
Tidak ketinggalan, Bootcamp ini juga mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan seperti MARA dan MATRADE. Ia penting bagi memudahkan golongan usahawan mendapatkan sebarang khidmat dan nasihat secara terus ketika berlangsungnya program itu nanti.
Mengulas agenda tahun 2023, Datin Adzliana atau mesra disapa Datin Nana memberi fokus terhadap platform beli-belah melibatkan usahawan di bawah kendaliannya iaitu USANITA Mall.
“Kelebihan USANITA Mall ini dengan platform yang lain ialah kami akan bantu para usahawan untuk jaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik. Kami di USANITA turut akan memberi tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform online.”
Ditanya mengenai penganjuran seminar di Borneo seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, jelas Datin Nana, “Buat masa ini Bootcamp di Borneo masih lagi dalam perancangan. Mungkin kali ni akan fokus dahulu pada program bootcamp yang akan dilakukan di WTC, KL dan beri laluan pada bulan Ramadan dahulu memandangkan bulan Ramadan akan bermula tidak lama lagi.”
Baru-baru ini, satu lagi sejarah berjaya dilakar apabila USANITA menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dan e-Entrepreneurs Women Association Malaysia (EWA) untuk memperkasa ekonomi wanita dan pelajar.
Pada 10 Februari lalu, USANITA turut mengadakan kunjung hormat ke atas Yang DiPertua TYT Negeri Melaka Tun Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam. Turut hadir sama ialah Timbalan Speaker DUN Melaka iaitu Datuk Dira Abu Zahar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
9 Syawal menjadi tarikh paling bermakna buat pelakon popular, Mira Filzah apabila selamat bergelar seorang ibu. Mira selamat melahirkan zuriat sulungnya itu tepat jam 3.40 pagi. Lebih mengujakan ialah bayi mereka itu berkongsi tarikh sama dengan Mira iaitu 9 Syawal (mengikut kalender Islam).
Berita gembira ini telah dikongsi oleh suami Mira iaitu Wan Emir Astar melalui satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi. Wan Emir memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi.
Wan Emir turut menyatakan isteri dan bayi lelaki mereka itu kini berada dalam keadaan sangat baik.
Pastinya Syawal tahun ini lebih meriah dengan kehadiran cucu dalam keluarga sebelah Mira dan juga Wan Emir.
“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.”
Wan Emir tidak lupa untuk menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan doa serta harapan terhadap perkahwinan mereka.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA.”
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Semoga cahaya mata sulung mereka itu menjadi anak yang soleh buat ibu ayah.
Untuk rekod, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar bertunang pada 17 Julai 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 3 September 2020. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi berlangsung di Le Meridian, Putrajaya serta A-Park, Pulau Meranti Puchong.
Wan Emir adalah anak sulung kepada Datin Mastura Mohd Yazid yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Wan Emir bersama ibu tercinta, Datin Mastura Mohd Yazid.
Kredit Foto: Instagram Wan Emir Astar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.