Memang kecur liur dibuatnya tengok hidangan jualan kek dan bakeri air tangan isteri Pekin Ibrahim ini. Bijak bereksperimen dengan sajian manisan, perusahaan Mona Allen dilihat semakin maju dan memenuhi selera ramai. Malah ada pelbagai seleksi perisa kek yang ditawarkan buat penggemar dessert!
Difahamkan bisnes kek yang diusahakan ini sudah pun bermula sejak tahun 2019 lagi. Antara menu butter cake by Mona Allen ialah Classic, Orange, Pandan Kelapa, Chocolate Belgium dan Cempedak.
Terbaharu, dia turut kreatif menghasilkan Banana Chocolate Blackout dan cookies menyelerakan.
Ratu hati Pekin Ibrahim ini pada 4 Jun lepas selamat melahirkan bayi lelaki kedua. Terdahulu Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Ads
Ketika menyambut kelahiran anak kedua, selebriti ini memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. BismillahirRahmanirRahim. Baby adik is born on 4th June 2024.
Diberi nama Persia Pekin. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak kami.
Ads
Thank you semua yang text DM dan doakan kami. Much love from us.”
Tidak ramai yang sedar implikasi kecurian data, selagi tidak terkena batang hidung sendiri. Majoriti daripada kita menganggap ia tak akan berlaku sedangkan sudah banyak kes penipuan Internet terbentang di depan mata.
Menurut statistik terkini dari Kaspersky, Malaysia tersenarai dalam ranking ke-13 kes mangsa stalkerware tertinggi Asia Tenggara pada tahun 2019.
Penjenayah semakin bijak. Memahami kelemahan wanita yang mudah terpedaya dengan kata-kata, biasanya mangsa ditipu hidup-hidup agar memuat turun sesuatu Apps atau diberi ganjaran jika ‘menekan’ link tertentu.
Lalu tanpa disedari, stalkerware atau perisian intipan dipasang ke telefon pintar kita tanpa pengetahuan. Dengan cara ini, pihak ketiga dapat mengakses maklumat mangsa seperti imej, video, data geolokasi dan sebagainya.
Di pasaran juga terdapat perisian malware berkos murah, kadang serendah USD7 sebulan untuk seseorang ‘menghendap’ aktiviti Internet mangsanya. Selain kes jenayah melibatkan transaksi bank, mangsa juga berisiko diugut atau diculik gara-gara stalkerware ini.
Demi meningkatkan kesedaran wanita terhadap ancaman jenayah siber, kita harus bersama-sama memperkasakan satu sama lain agar jenayah berunsurkan stalkerware dapat dibanteras.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penghendap online, Kaspersky mencadangkan:
Semoga mendapat manfaat dan berbahagi info ini dengan orang tersayang. Boleh jadi dengan ibu bapa kita kerana statistik jenayah online menunjukkan majoriti mangsanya adalah golongan wanita dan warga emas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Setiap tahun sebelum lebaran, menjadi tradisi Vivy sekeluarga pulang ke kampung Tok Ma untuk membuat lemang bersama. Semua orang berkumpul di luar rumah, berpeluh sambil menunggu lemang masak dan kanak-kanak berlari main mercun Pop Pop.
Ketawa memenuhi ruang halaman dan sehingga hari ini, ia tetap menjadi kenangan terbaik untuk saya,” jelas Vivy Yusof mengabadikan sentimen lebarannya tahun ini dengan melancarkan The Lemang dUCk.
Bagi Vivy Yusof, pengasas The dUCk Group, lemang melambangkan rasa syukur yang sangat bermakna bagi dirinya dan Opah. Dia berkongsi kisah peribadi, “Dalam usaha membesarkan ibu, Opah memasak lemang di bakar atas arang yang panas untuk dihantar dijual ke kedai. Lama kelamaan, panas dan habuk dari api telah merosakkan matanya dan Opah kehilangan penglihatan salah satu matanya.
Opah tidak pernah mengeluh, dia sentiasa memberi sokongan kuat untuk ibu berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi seorang guru, sehingga bertemu jodoh dengan ayah saya.
Rakaman terindah kehidupan itu dapat saya lihat, bila ibu bapa saya pula menghabiskan saat terakhir Opah dengan menjaganya sebaik mungkin. Pengorbanan Opah kepada ibu, terlalu besar dan saya percaya Opah telah memberikan yang terbaik dan saya tahu Opah pergi meninggalkan kami dengan rasa bahagia dalam perjalanan kehidupan yang dilaluinya.
Tanpa pengorbanan Opah, mungkin apa yang dimiliki hari ini tidak berlaku. Setiap kali tibanya lebaran dan apabila saya melihat lemang, saya teringatkan Opah. Mengabadikan kenangan ini, The Lemang dUCk adalah dedikasi saya, menghormati pengorbanan Opah untuk ibu dan melancarkannya sempena lebaran tahun ini.”
Walaupun terdapat banyak perubahan pada sambutan Lebaran tahun ini, Raya tetap Raya! “Saya menyedari lemang dibuat dari buluh yang kuat dan kukuh, lemang yang hebat itu mengajarkan kita tentang makna sebuah kekuatan.
Walaupun diletakkan di bawah api, hangus hingga terbakar di dalamnya, sesuatu yang sangat indah diciptakan. Setiap butir beras di lemang melekat bersama untuk menjadikannya utuh dan punya kenikmatan rasa yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Tanpa kekuatan dan penyatuan utuh ini, semuanya tidak akan terjadi dan ini mengajar saya sesuatu.
Saya teringat akan panggilan dan mesej yang saya terima dari rakan dan keluarga, menyatakan jarak tidak penting, selagi kita mempunyai satu sama lain dan selagi kita tahan, kita utuh.
Itulah keindahan masyarakat kita, keindahan hashtag #kitajagakita dan itulah mesej yang kita perlukan untuk masa seperti ini,” jelas Vivy yang mengeluarkan koleksi The Lemang dUCk agar kita dapat berpegang pada satu sama lain dan dapat melalui apa jua keadaan bersama-sama.
The Lemang dUCK, dicipta dari kain Satin Silk yang pasti sangat digemari oleh ramai wanita. Ia menampilkan lakaran lemang, lapisan demi lapisan yang digambarkan untuk membentuk tekstur tangkai buluh.
Diselaraskan tegak lurus antara satu sama lain mewujudkan keindahan corak geometri. Dibuat dalam 6 warna yang indah – Kenangan, Syawal, Riang, Pelita, Bulan dan Opah. Setiap selendang hadir dengan kejutan tersendiri.
Pesan Vivy, “Walaupun kita berpisah, saya harap kita dapat ‘melekat’ antara satu sama lain seperti lemang kerana setiap butir beras bersatu dengan tebal dan nipis.
Di mana sahaja kita boleh menyambut Hari Raya tahun ini. Setiap insan yang kita sayang akan sentiasa ada di hati kita, walaupun mungkin jauh dari pandangan dan tidak bersama.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Reda kisah bedilan di Palestin, nama supermodel Bella Hadid sekali lagi mencuri tumpuan dunia. Kali ini gadis muda berusia 25 tahun itu lantang mempertahankan hak wanita Islam untuk berhijab susulan isu yang menimpa Hoda Al-Jamaa baru-baru ini.
Di sebalik kisah fesyen dan persembahan runway di Minggu Fesyen, Bella Hadid memanfaatkan platform laman sosialnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai diskriminasi terhadap wanita Muslim yang memakai hijab.
Tindakan Bella atau Isabella Khair Hadid yang mewarisi keturunan Palestin dari bapanya itu disuarakan menerusi gambar dan kapsyen dimuat naik di Instagram miliknya pada 17 Februari lalu.
Beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada Hoda Al-Jamaa, seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun di Otago, New Zealand, yang dimasukkan ke hospital bulan ini selepas dibuli kerana berhijab.
“Ia membuatkan saya marah dan sakit hati. Kita perlu mengubah pemikiran menjatuhkan hukuman dengan segera.
Ajar rakan, anak, ibu bapa dan keluarga kita bahawa memakai tudung, menjadi Muslim, atau menjadi apa-apa selain kulit putih secara umumnya tidak bermakna layak diancam atau mendapat layanan ‘berbeza’ daripada orang lain.
Ajari mereka untuk menyayangi sebelum membenci. Mendidik sebelum menghukum. Dan melindungi sebelum membuli.” Bella Hadid
Memandangkan trend fesyen berhijab semakin popular, Bella turut menggesa orang ramai supaya sedar tujuan pemakaiannya dan mengapa ‘ia sangat penting kepada wanita Islam di seluruh dunia’.
“Meskipun fesyen melangkaui sempadan dan membuatkan pemakaian hijab kini lebih diterima dalam masyarakat, namun kita tetap perlu mengakui bahawa tekanan wanita Muslim dalam fesyen kebiasaannya di Amerika dan Eropah sangat mencabar.
Jadi berdirilah untuk rakan Muslim anda. Jika nampak sesuatu, tolong katakan sesuatu.”
Bella turut berkongsi sekeping foto milik sahabatnya, @taqwabintali yang memaparkan sekumpulan wanita Muslim tersenyum dalam busana berwarna-warni.
“Saya mahu foto ini mewakili generasi saya. Saya tak perlu menunggu ia jatuh dari langit atau seseorang bercakap untuk kami. Tapi saya akan lakukannya sendiri.
Daripada kami untuk kami.” Bella Hadid
Bella kini merupakan seorang supermodel terkemuka yang dilahirkan di Washington DC. Ibunya adalah Yolanda Hadid seorang bekas model, manakala bapanya, Mohamed Hadid, adalah arkitek dan pemaju hartanah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.