Kematangan yang dimiliki oleh jurutera tampan bernama Alain Iylia Adnan, diam-diam menambat hati doktor cantik bernama Dr. Nurliyana Ain Abdul Ghani, 29. Selain bijak mengambil hati serta menghormati keluarga, lelaki itu juga turut berkongsi minat yang sama dengannya iaitu mengembara dan bersukan.

Ads

Menceritakan momen manis pertemuan, “Sebenarnya kami saling mengenali sewaktu sama-sama bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Kubu Baru. Ketika itu masing-masing berada di Tingkatan 5 dan kebetulan kami ditempatkan di kelas yang sama.

Tapi biarpun rakan sekelas, namun kami tidak pernah bertegur sapa. Kemudian sebaik tamat persekolahan masing-masing membawa haluan ke peringkat universiti.

Jun 2016, kami akhirnya kembali bertemu dalam bulan yang penuh hikmah iaitu Ramadan. Hubungan sebagai teman lama kembali terjalin. Tanpa disedari hubungan kami semakin mesra setelah Alain turut berkunjung ke rumah saya semasa majlis hari raya yang diadakan untuk teman-teman rapat.

Genap setahun iaitu pada bulan Ogos 2016, Alain melamar saya dan saya menerimanya dengan jiwa terbuka,” kongsi Dr. Nana Ain yang kini merupakan Pensyarah Perubatan Pelatih Hospital UiTM Sungai Buloh. Anak sulung ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Perubatan) dari University of Alexandria, Alexandria Mesir.

Dari Rakan Sekelas Menjadi Teman Hidup, Doktor Cantik Ini Tak Sangka Jodohnya Di Depan Mata
Tiada majlis pertunangan dilangsungkan, sekadar majlis merisik yang dilakukan pada bulan September 2016. Detik terindah buat Dr. Nana Ain apabila tarikh kelahirannya yang ke-28 iaitu 23 Disember 2016 turut menjadi detik manis pernikahannya.

Majlis pernikahan diadakan di Villa Nur Qaseh usai solat Jumaat. Dr. Nana Ain tampil jelita dalam busana pernikahan rona putih fabrik french lace sepenuhnya. Sementara gadis-gadis dulang yang merupakan rakan baik Dr. Nana Ain juga terdiri daripada doktor dan tampil menawan dalam busana dusty pink.

Majlis resepsi diadakan keesokannya di Dewan Merak Kayangan. Tanpa menggunakan khidmat perancang perkahwinan segalanya diuruskan sendiri oleh ibu Dr. Nana Ain yang merupakan blogger terkenal, Azie Kitchen.

Ads

Dari Rakan Sekelas Menjadi Teman Hidup, Doktor Cantik Ini Tak Sangka Jodohnya Di Depan Mata

Dari Rakan Sekelas Menjadi Teman Hidup, Doktor Cantik Ini Tak Sangka Jodohnya Di Depan Mata

Dr. Nana Ain menyerlah dalam persalinan songket tenunan tangan berwarna kuning ditempah khas dari Terengganu. Persalinan songket berkonsepkan tradisional ini mendapat sentuhan istimewa daripada pereka, Aleng Tohara sementara persalinan keluarga pula bertemakan dusty pink.

Ads

Majlis resepsi di A-Park Puchong pula, dress daripada material beading french lace dan sutera sifon rona champagne menjadi pilihan Dr. Nana Ain. Alain pula segak menyarungkan blazer yang direka khas buatnya.

Busana keluarga Dr. Nana Ain bernuansa green mint. Pihak pengantin lelaki memberikan lima bekas dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Dari Rakan Sekelas Menjadi Teman Hidup, Doktor Cantik Ini Tak Sangka Jodohnya Di Depan Mata

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis resepsi ialah ADUN Kota Damansara iaitu YB Datuk Hajjah Halimaton Saadah Haji Bohan serta Ahli Dewan Diraja Selangor iaitu Yang Amat Dihormati Dato’ Salehuddin Saidin. Dr. Nana Ain dan Alain memilih Sri Lanka sebagai destinasi bulan madu mereka. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI