Segala Yang Enak di Coffee Bean & Tea Leaf

Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya persiapan Raya sudah mula dilakukan untuk memastikan sambutan Aidilfitri kali ini dapat disambut sederhana tetapi meriah. Walaupun kebenaran merentas negeri masih tidak diizinkan, namun musim perayaan ini menjadi medium terbaik untuk semua muhasabah diri dan menyambutnya kali kedua dalam norma baharu.

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA

IKLAN

Oleh itu, jangan pula lupa untuk menyediakan pakaian baharu untuk sambutan Aidilfitir tahun ini. Bagi anda yang ingin tampil sederhana dan selesa di Aidilfitri, koleksi jenama FARAHALYA ini boleh dijadikan pilihan. Mengetengahkan konsep menutup aurat, sopan tapi tetap elegen merupakan antara perkara yang amat dititik beratkan oleh jenama ini bagi memenuhi citarasa kebanyakan wanita Muslim masa kini.

Meskipun masih bertatih dalam industri fesyen, jenama , FARAHALYA tidak menoleh ke belakang lagi untuk terus memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA
Datin Hamizan puteh

 

Jenama yang diasaskan oleh Datin Hamizan Puteh mengeluarkan pakaian ini berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri dimana beliau agak susah untuk mendapatkan pakaian yang berfesyen tapi menepati ciri-ciri Muslimah. Meminati dunia fesyen, Datin Hamizah berani mengeluarkan jenamanya sendiri kerana yakin koleksi yang ditampilkan bukan sahaja bersesuaian untuk musim perayaan, malah ia boleh digayakan pada bila-bila masa.

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan. Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” kata Datin Hamizan ketika ditemui di majlis pelancaran jenama FARAHALYA baru-baru ini.

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA

Menariknya, ahli perniagaan dari Kuantan ini tidak terburu-buru dalam mengeluarkan rekaannya sendiri tetapi sebaliknya sudah melakukan kajian dalam masa setahun untuk ‘menyelami’ sendiri apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita yang gemar berfesyen.

“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama FARAHALYA ini dipasaran,” tambah Datin Hamizan yang tampil elegan mengenakan salah satu rekaan FARAHALYA pada petang tersebut.

IKLAN

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA

Ketika ditanya inspirasi jenama FARAH ALYA, jenama yang diinspirasi daripada nama anak sulungnya itu merupakan satu platform untuk diwarisi oleh permata hatinya yang kini sedang menuntut di Astralia. Walaupun berada nun jauh di Australia, dia tetap memantau perjalanan rekaan bagi memastikan ia dapat dihasilkan mengikut citarasa semasa tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri penting iaitu menutup aurat dan selesa.

Setiap keluaran pakaian FARAHALYA adalah amat terhad kuantitinya kerana dunia fesyen amat cepat berubah. Untuk design yang pertama dinamakan ZYZAH sempena dengan nama ibunya. Design ini mempunyai lima (5) pilihan warna dan empat (4) size iaitu S, X, M dan XL.

“Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini.

IKLAN

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA

“Untuk design ZYZAH ini pihak kami menggunakan tukang jahit tempatan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini,” tambahnya lagi. Jelasnya, mereka hanya mengeluarkan 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baru setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.

Datin Hamizan bukanlah orang baharu dalam dunia pernigaan sebaliknya sudah berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga dan juga kakitangan yang setia selama ini bersamanya. Beliau merupakan pemilik.Butik Byqiss yang terletak di Kuantan Centre Point .

Datin Hamizan Puteh Perkenal Koleksi Raya Berbeza Di Bawah Jenama FARAHALYA

“Tanpa mereka saya tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Terima kasih kepada suami, anak-anak kerana memahami kesibukan saya sejak dari hujung tahun lepas lagi untuk jenama FARAHALYA ini. Semoga FARAHALYA mampu bersaing dengan jenama besar yang lain,” katanya. seraya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI