Setiap orang ada rahsia kecantikan yang tersendiri. Datin Salwa Abdul Rahman rupanya pernah guna sabut dan hampas kelapa untuk kecantikan kulit sejak kecil.

IKLAN

Ini dikongsikan sendiri penyanyi era 1980-an yang mesra dengan panggilan Kak Wa ini bersama NONA. Mencungkil rahsia wanita yang berusia 57 tahun ini kekal awet muda, “Sebenarnya tak ada sebarang rahsia.

DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman

Saya memang sejak dari kecil hingga sekarang suka kecantikan dan sentiasa menjaga kulit. Dulu-dulu bila tengok mak menjaga kecantikan kita pun akan terikut sama. Teringat dulu bila mak saya menggunakan hampas kelapa sebagai lulur di tangan dan seluruh badan.

Maklumlah dulu-dulu bukan ada jual produk kecantikan. Kaedahnya, guna apa sahaja yang ada di dapur. Tapi ternyata menggunakan hampas kelapa buat kulit kita jadi lembut dan berminyak.

DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman

Mak saya juga menggunakan sabut kepala untuk mencuci daki di badan. Mak akan pilih sabut kelapa yang lembut dan mencuci daki kami adik beradik. Tapi itu dulu, sekarang saya selesa menggunakan produk kecantikan yang lagi mudah dan berkesan.

Melihat kesungguhan mak menjaga kecantikannya juga menjadikan saya mula menjaga kecantikan dari awal dengan rutin penjagaan wajah seperti membersihkan wajah, penyegar dan pelembap.

DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman

Saya juga tak akan tidur bersama mekap. Kena bersihkan dulu walaupun kadang-kadang terlalu mengantuk,” tutur lembut isteri kepada mantan pemain bola sepak Kebangsaan, Datuk Subadron Abdul Aziz ini.

IKLAN

Datuk Subadron yang juga bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur baharu sahaja dikurniakan Darjah Kebesaran membawa gelaran Datuk di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2022 di Istana Negara.

DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman

Bila ditanya kepada Datin Salwa Abdul Rahman tentang perasaannya apabila suami tercinta mendapat gelaran tersebut, jawabnya, “Alhamdulillah, rasa terharu dan bangga dengan pencapaian Abang Bad sehingga dikurniakan penganugerahan ini.

IKLAN

Abang Bad sangat cintakan sukan bolasepak. Bola sepak ni dah macam darah daging buat Suami. Saya bersyukur bila segala jasa dan pengorbanan Abang Bad dalam bola sepak dihargai,” tutur penyanyi lagu Cubit-Cubit Sayang dan Satu Dua Kau ini tentang dedikasi suaminya terhadap dunia bola sepak.

DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
DATIN SALWA Pernah Guna Sabut & Hampas Kelapa Jaga Kulit, Patutlah Kekal Cantik Usia 57
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman

Melihat keluarga kecil Salwa Abd Rahman, ternyata anak-anaknya sudah meningkat dewasa. “Alhamdulillah, anak-anak dah besar sekarang. Anak yang sulung, Puteri Sulaikha dah berusia 24 tahun dan yang bongsu pula, Putera Sufrie Nizam berumur 21 tahun,” kata Salwa tentang kedua-dua anaknya.

Baca juga; Penyanyi Aishah Dikurniakan Gelaran Datuk.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI