Sungguhpun perwatakan lembut dan feminin, namun sebenarnya Datin Walis, seorang wanita yang pernah bekerja di sebuah syarikat perbankan terkenal tanah air ini pemurah orangnya. Bercerita tentang aktiviti kebajikan, Datin Walis merupakan wanita berjiwa halus dan sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ads

Datin Walis Hantar Anak Ke Rumah Anak Yatim Demi Sebuah Pengalaman

Berpeluang bersama-sama suami membantu sebuah rumah anak yatim, Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) AlKitab di Beranang, Selangor ini benar-benar memberi kepuasan kepadanya. Ini adalah kerana hubungan silaturahim kekeluargaan di antaranya dan Pengasas Sekolah STAY AlKitab, Ustaz Asmadi, bersama isterinya Yati telah terjalin mesra sejak awal penubuhannya.

“Kerja-kerja sukarelawan saya sebenarnya lebih tertumpu kepada membantu STAY AlKitab ini. Pada awal penubuhan STAY AlKitab ini hanya terdiri daripada 6 orang pelajar. Kini keseluruhan pelajar meningkat kepada 30 orang pelajar. Pelajar sekolah ini adalah khusus untuk pelajar lelaki sahaja buat masa ini.

Datin Walis Hantar Anak Ke Rumah Anak Yatim Demi Sebuah Pengalaman

Saya juga sering mendedahkan kepada anak-anak kerja kebajikan yang boleh mereka lakukan. Jika saya dan suami mempunyai kerja di luar negara, biasanya saya akan menghantar anak sulung, Harraz untuk menetap di sini. Saya mahu dia belajar tentang erti sebuah kehidupan dan bagaimana mahu meneruskan kehidupan andai suatu ketika nanti saya dan suami tiada di sisinya.

Saya bersyukur kerana anak-anak faham dan tidak pernah merungut dengan tindakan kami untuk menghantarnya ke situ. Kami juga sangat mengalu-alukan jika ada yang sudi menyalurkan bantuan dan sumbangan ke STAY AlKitab ini. Selain itu, setiap hujung tahun kami akan memberi sumbangan keperluan barangan sekolah kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf. Pada tahun lalu kami telah memberi sumbangan 500 pasang baju sekolah lelaki dan 500 pasang baju sekolah perempuan buat mereka yang memerlukan di Kelantan. Tahun ini kami bercadang untuk melakukan perkara yang sama dan mungkin di negeri lain pula.

Melihat anak-anak ini gembira menerima barangan keperluan sekolah adalah suatu momen yang sangat bermakna buat diri saya. Saya dan suami juga tidak memanjakan anak-anak dengan kemewahan yang melampau. Kami mahu mereka belajar tentang kehidupan dan tahu bagaimana sekiranya hidup dalam kesusahan,” ungkap wanita yang berhati emas ini.

Ads

Datin Walis telah mengadakan majlis bersama anak-anak yatim STAY AlKitab yang turut dihadiri oleh Tun Dr Siti Hasmah.

 

 

Ads

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI