Sentiasa tampil jelita dan menawan, Datin Wira Jaja Che Wan sentiasa mencuri tumpuan. Adik kesayangan kepada selebriti Rozita Che Wan ini baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-13. Tahniah! Datin Wira Jaja atau nama sebenarnya Datin Wira Rohaiza Che Wan.

IKLAN

Datin Wira Jaja berkahwin dengan Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol 13 tahun lalu dan dikurniakan 6 orang anak yang sedang membesar, Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal dan Muhammad Al Fateh.

Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @rozitachewan1
Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @jcw_81

Begitu simbolik dan unik ucapan wanita tinggi lampai ini sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 itu. “Berawal dari tatapan mata, yang tak pernah ku sangka, tumbuh menjadi rasa suka.

Berawal dari sapaan yang biasa saja, kini tumbuh menjadi satu jiwa yang membuat kita selalu bahagia.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan My one and only ‘Hang Tuah’,” tulis kakak kepada selebriti Ayu Raudhah ini di laman media sosial milik peribadinya.

Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @jcw_81
Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @rozitachewan1

Rupanya wanita tinggi lampai ini menjadikan ibunya sebagai idola dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman. “Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang.

IKLAN

Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun.

Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @jcw_81

Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga,” tutur wanita jelita ini.

IKLAN

Dalam diam, rupanya pemilik Queh&Co by JCW ini aktif berniaga kuih tradisional. Kalau ikutkan Datin Jaja boleh sahaja duduk ‘goyang kaki’ di rumah namun tetap mahu berusaha membina kerjaya sendiri. Lucu juga mendengar kisah bagaimana wanita yang pernah menjadi pramugari dan model sambilan suatu ketika dahulu ini mula berniaga kuih-muih.

Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @jcw_81
Datin Wira Jaja Che Wan Sambut Anniversary Ke-13, Bahagia Besarkan 6 Orang Anak
Foto: Instagram @jcw_81

“Saya tak pernah terfikir pun nak buat bisnes terutama makanan. Sebab saya tak pandai dan tak suka sangat pun masak. Tapi segalanya berlaku masa PKP 1.0 dulu. Kena lockdown duduk rumah saja, apa lagi nak buat kan? isi masa dengan masak. Suami pula suka sangat makan kuih,” tutur Datin Wira Jaja sambil tersenyum.

 Baca juga; Ayu Raudhah Sambut Anniversary ke-11

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI