Pasangan bahagia dan sama cantik serta sama padan, Ayu Raudhah dan Mohamad Zaquan Adha Radzak baharu sahaja sambut anniversary ke-11 perkahwinan mereka.
IKLAN
Umum mengetahui Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan telah berkahwin dengan bintang bola sepak di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari 2011.
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Kini pasangan ini sedang diulit bahagia di samping lima orang cahaya mata yang sedang membesar iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 7 tahun, Laura Zuleykha, 4 tahun, Muhammad Aisy Al-Khaliq, 2 tahun dan Muhammad Aisy Al Jibreel yang lahir pada bulan Mei tahun lalu.
Foto: Instagram @zaqone_08
Selebriti terkenal dan juga kakak kesayangan Ayu Raudhah, Rozita Che Wan telah menitipkan ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan ke-11 pasangan terkenal ini.
Namun, ucapan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta seakan-akan telah beri ‘hint‘ yang adik kesayangannya itu sedang hamil anak keenam.
Ucapan Che Ta sempena Ayu Raudhah sambut anniversary ke-11, “Happy 11th Anniversary to my beloved sisthur and brother in law, Ayu Raudhah (@ayuraudhah_7) dan Zaquan (@zaqone_08).
Dari kaca mata seorang kakak; kebahagiaan rumah tangga uolsss yang paling sempurna.
IKLAN
Suami muda, herlok, kaya, bertanggung jawab, kuat agama dan penyayang, isteri cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemaih, menjait, suboqq (11 tahun kawen, anak nak masuk 6) penyayang, memahami dan paling setia.
Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah, amin,” tulis Che Ta di laman Instagram milik peribadinya.
Tahniah! Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Jika benar berita ini nampaknya Ayu Raudhah bakal mengikut jejak langkah kakaknya, Datin Jaja Che Wan yang mempunyai 6 orang anak. Semoga perjalanan kandungan anak yang keenam ini dipermudahkan.
Mungkin kali ini Ayu Raudhah mempunyai rezeki untuk menambah anak perempuan pula. Sebagaimana yang diketahui pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha mempunyai seorang puteri tunggal iaitu Laura Zuleykha yang kini berusia empat tahun.
Walaupun begitu, baik Ayu Raudhah mahupun Zaquan Adha belum berkongsi berita gembira ini di laman media sosial masing-masing.
Kemasyhuran Istana Nurul Iman sememangnya mencuri tumpuan sejak terbina pada tahun 1984 lagi. Istana yang indah ini berlokasi berdekatan dengan tebing Sungai Brunei.
Istana Nurul Iman merupakan tempat persemayaman Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sekali gus menjadi tempat persemayaman diraja paling besar di dunia dan dinobatkan sebagai istana paling besar di dunia seperti yang dilaporkan oleh Guinness World Records.
Foto: Instagram @istana_negara
Sebagai istana terbesar di dunia, istana ini mempunyai keluasan 200,000 m² (2,152,782 ft²). Dengan keluasan tersebut, istana ini mempunyai 1,788 bilik dan 257 bilir air secara keseluruhannya.
Selain itu, istana ini juga mempunyai dewan yang mampu menampung sehingga 5,000 orang tetamu. Bukan itu sahaja, istana ini mempunyai garaj yang boleh memuatkan 110 buah kereta dalam satu masa.
Negara Brunei sebuah negara bekas jajahan British yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Terdapat sebuah masjid yang luas dan indah turut terbina di istana. Tak lupa juga, istana ini mempunyai 5 buah kolam renang.
Selain itu, istana yang indah ini turut menyaksikan Istiadat persandingan pasangan diraja Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pada 9 September 2004.
Istiadat persandingan pasangan diraja ini penuh gilang-gemilang dan mendapat gelaran ‘Asian Wedding of The Decade’ oleh media antarabangsa.
Sultan Hassanal Bolkiah berada pada senarai kedua terkaya di dunia dengan mengekalkan jumlah kekayaan sebanyak AS$28 bilion (RM113.37 bilion) yang kebanyakan adalah hasil daripada industri minyak dan gas.
5 Senarai Istana Terbesar Di Dunia
Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam
Kota Larangan, Republik Rakyat China
Istana Diraja Madrid, Sepanyol
Istana Buckingham, United Kingdom
Istana Versailles, Perancis.
Keluarga diraja ini juga mempunyai rangkaian hotel mewah di serata dunia.
Hotel Bel-Air (Los Angeles, Amerika Syarikat)
The Beverly Hills Hotel (Beverly Hills, Amerika Syarikat)
Memiliki sebuah alam rumah tangga yang kekal bahagia bersama cinta hati semestinya menjadi impian semua orang. Baik Adam mahupun Hawa, membina sebuah mahligai cinta itu umpama mimpi indah. Namun, tidak semua hubungan berakhir dengan sebuah titik noktah yang manis. Ada kalanya, kita harus akur dengan percaturan Allah yang lebih baik, disulami dengan hikmah yang memberi manfaat kepada diri kita.
Bagi pelakon Anita Baharom, 39, pemergian suaminya merupakan sebuah kehilangan besar buat dirinya. Ternyata, ditinggalkan oleh arwah suaminya, Allahyarham Ismadi Ismail umpama hilang sebahagian dirinya. Namun, dia redha dan akur dengan ketentuan Illahi.
Jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah SWT. Lama menyendiri menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar, hatinya kini kembali terbuka untuk mengisi kekosongan di hati. Bakal mengikat hubungan cinta bersama pasangan baru, Anita Bahrom kini tersenyum apabila bakal dikurniakan seorang jejaka yang menerima diri dan anak-anaknya dengan hati yang ikhlas.
Berbicara mengenai cinta hati baru yang mengisi kekosongan diri, Anita kongsikan kepada NONA, bakal suaminya, Engku Isyamuddin Tuan Losin, merupakan seorang usahawan yang berasal dari Maran, Pahang. Ditanyakan mengenai pertemuan pertama saat cinta mula berputik,Anita mengenali pemuda tersebut ketika ingin meminta tiket bola.
Perkenalan kami bermula pada tahun 2017. Ketika itu, saya memintanya tiket bola untuk perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia dan Thailand dalam acara Sukan Sea yang diadakan di Stadium Shah Alam. Namun, kami kembali berhubung selepas tamat tempoh eddah pada Mei lalu.
Biarpun dirinya sudah bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata, namun bakal suaminya itu menerima dirinya dengan hati yang ikhlas. Menurut Anita, Engku Isyamuddin merupakan seorang lelaki yang sukakan kanak-kanak.
Alhamdullilah, saya berasa bersyukur kerana bakal suami menerima keluarga saya seadanya. Malah, dia juga turut meluahkan rasa bahagianya kerana memiliki anak ‘express’. Dia memang sukakan kanak-kanak. Jadi, tiada isu yang timbul berkaitan anak-anak saya.
Pastinya bukan mudah untuk menerima kehadiran cinta baru dalam hidupnya. Barangkali, segala memori manis bersama arwah suaminya sering berlegar-legar di mindanya. Pun begitu, kongsi Anita, kehadiran Engku Isyamuyddin seolah-olah memberinya harapan baru untuk membina mahligai cinta yang bahagia hingga ke akhir hayat.
Jujurnya, dia merupakan seorang yang tenang, penyabar dan tidak pernah mendesak. Perkara utama yang membuatkan hati saya terbuka menerima kehadirannya ialah apabila dia sukakan kanak-kanak dan begitu mudah menerima saya dan keluarga dengan seikhlas hati.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada 22 dan 23 Disember ini, segala persiapan berjalan dengan lancar. Malah, rakan-rakannya juga tampil membantu untuk meraikan hari istimewa pelakon Keluarga Iskandar ini. Kongsinya lagi, dia bakal menggayakan busana mewah yang direka khas oleh Dato’ Seri Anas Abdullah.
Team NONA mendoakan agar segala urusan perkahwinan dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Semoga Anita dan pasangan kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaALLAH..
Berbekalkan pengalaman bekerja bertahun-tahun di dapur restoran, seorang wanita bernama Jesse sering berkongsi pelbagai rahsia dan petua memasak oleh cef terkenal.
Tapi satu perkara yang paling menarik adalah bagaimana cef-cef mahir di sana menguruskan ruang kerja mereka supaya sentiasa teratur. Mise en place atau bermaksud ‘semua di tempatnya’ adalah moto di setiap dapur restoran.
Susunan ini memang amat berbeza dengan cara kita di rumah kerana ia perlulah efisien dan senang dicapai. Sekaligus, membuatkan proses memasak menjadi lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. Jom tiru trik bijak ni!
(1) Simpan bahan-bahan pantri yang kecil seperti rempah ratus dalam bekas deli
Bekas plastik deli seperti ini selalu didatangkan dalam pelbagai saiz, murah dan boleh disusun kemas bertingkat-tingkat. Warna bekas yang jernih juga memudahkan anda melihat apa isinya. Di restoran, kami simpan segala macam bahan dalam bekas ini, termasuk serbuk kopi, dan ia membantu kami mencari apa yang diperlukan dengan cepat.
(2) Masukkan bahan yang berat seperti gula dan tepung dalam bekas ini
Di restoran, kami menggunakan bekas-bekas seperti ini untuk menyimpan stok gula dan tepung. Cuma buka penutupnya dan keluarkan kuantiti yang perlu sahaja. Tapi untuk kegunaan rumah, anda boleh mencari bekas serupa yang sedikit kecil. Ia juga boleh disusun bertingkat-tingkat dan selamat dibasuh.
(3) Amalkan F.I.F.O (First in, First out)
Untuk merekod stok keluar masuk di restoran memang sangat sukar tapi satu cara yang kami amalkan adalah F.I.F.O. Jadi susun barangan pantri atau peti sejuk anda dalam barisan. Letak stok baru di belakang stok lama. Jadi jika nak cepat, mestilah anda capai stok yang paling depan, kan?
(4) Wujudkan ruang selamat untuk menyimpan pisau bagi mengelakkan kerosakan
Pisau berkualiti memang mahal, jadi tentu mengecewakan jika ia patah atau terserpih. Atasi dengan menggunakan penggantung magnetik atau bekas khas untuk pisau. Sentiasa ingat bahawa tidak semua bekas pisau sesuai untuk semua jenis pisau, ia sebenarnya direka mengikut saiz-saiz spesifik.
(5) Gunakan span hijau yang tahan lasak untuk membasuh pinggan mangkuk
Anda tidak akan menemui span lembut di restoran kerana ia cepat kotor dan rosak. Kami selalu menggunakan span penyental berwarna hijau ini kerana ia tidak mudah rosak walaupun selepas membasuh bekas pembakar keju atau kuali hangus. Ia juga murah dan tahan lasak daripada span basuh pinggan biasa.
(6) Pastikan ada 2 papan pemotong
Di dapur restoran, papan pemotong kami mempunyai warna berbeza yang mewakili kegunaan yang berbeza bagi mengelakkan kontaminasi atau pencemaran makanan. Tapi di rumah, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya dua papan pemotong, satu untuk kegunaan memasak dan satu lagi untuk makanan manis. Jadi coklat anda tidak akan terasa bawang putih!
(7) Susun ruang memasak anda seperti meja kerja
Memasak juga adalah satu kerjaya. Jadi pastikan setiap peralatan diatur kemas agar memudahkan kerja anda. Gunakan tikar nonslip agar papan anda tidak bergerak dan pastikan semuanya dalam jangkauan tangan.
(8) Gunakan rak besi untuk menyimpan
Jika anda sedar, hampir setiap restoran memiliki rak besi seperti ini. Terdapat banyak saiz rak di pasaran, tidak mahal dan mudah dipasang. Ketinggiannya juga mudah dilaras dan ia boleh dimuatkan di ruangan sempit.
(9) Dapatkan peralatan di kedai industri
Kedai yang membekalkan peralatan industri untuk restoran mempunyai pelbagai pilihan unik untuk dapur. Kebanyakannya tidak dijual di kedai biasa dan jauh lebih murah.
(10) Jangan simpan barang makanan di tempat yang mudah panas
Contohnya kabinet di atas dapur. Elakkan menyimpan makanan dalam tin di kawasan ini. Ia lebih sesuai untuk menyimpan pinggan mangkuk atau peralatan memasak. Di restoran, kami juga tidak menyimpan bahan kering berdekatan kawasan yang panas.
(11) Belajar menyusun atur peti sejuk anda seperti di restoran
Susun barangan di dalam peti sejuk anda dengan kemas dan teratur. Makanan yang perlu dimasak dengan suhu tinggi (ayam dan daging) perlu diletakkan di bahagian paling bawah untuk mengelakkan pencemaran. Jangan simpan bahan seperti herba atau sayuran hijau di bahagian paling dalam kerana di situ sangat sejuk. Kesejukan boleh membuatkan ia layu dan rosak dengan cepat.
(12) Dapatkan botol ini untuk menyimpan cecair penting
Memang kelihatan kurang sesuai jika menggunakan botol seperti ini di rumah tapi tahukah anda, ia memberi lebih ketepatan semasa memasak berbanding jika menggunakan botol biasa? Saiz yang kecil juga sesuai untuk menyimpan cecair perasa atau sos tertentu yang tidak perlu digunakan secara banyak.
(13) Ruang di sebelah dapur memasak adalah untuk menyimpan sudu, sudip dan senduk
Ia dapat mengehadkan pergerakan anda semasa memasak. Jika semua keperluan ini disimpan berdekatan, tentu ia lebih memudahkan dan mempercepatkan.
(14) Jangan letakkan barangan berat di atas rak teratas
Susun barang-barang di atas rak mengikut beratnya. Jangan sesekali meletakkan barang yang berat di bahagian paling atas. Anda pasti terkejut bila mengetahui proses memasak akan bertukar lebih mudah jika mesin pengisar makanan disimpan di bawah singki. Begitu juga barangan penting seperti periuk atau kuali.
Selain semua trik ini, Jesse turut menyarankan supaya anda menggantung papan putih di dapur bagi mencatat inventori atau memo penting. Ia juga mengelakkan anda terlupa atau membantu mengingati tip memasak yang berguna. Norzalina Mohd Alias