Berapa jumlah yang masuk, sebanyak itulah jumlah yang harus dikeluarkan. Ungkapan ini menggambarkan tentang cara penataan bagi ruang sempit. Jika anda membeli atau memasukkan barang baru maka perlu ada barang lain yang dikeluarkan.

IKLAN

Maka, tidak akan timbul masalah longgokan barang di rumah kecil anda. 6 kebiasaan buruk ini sering dilakukan ketika menata kediaman berukuran kecil.

TIDAK MEMAKSIMUMKAN RUANG YANG ADA

Masih ada ruang di atas pintu, almari, di bawah kerusi dan di tempat-tempat lainnya. Lihatlah ke atas mahupun di bawah pasti ruang penyimpanan masih ada.

MEMILIH PERABOT BERSAIZ BESAR

Jika anda terasa ruang sangat ‘sesak’ tetapi masih memilih meja dan sofa yang saiznya tidak seimbang adakah anda masih ingin menyalahkan saiz rumah? Memilih perabot bersaiz besar akan mengganggu aliran pergerakan dalam rumah yang kecil.

BANYAK RUANG

Kadangkala kita memerlukan koleksi pinggan mangkuk, sudu dan sebagainya yang baru untuk menarik perhatian tetamu. Tetapi adakah perlu untuk mengumpulnya semua? Begitu juga dengan longgokan pakaian lama yang sudah boleh dibuat kain buruk. Hakikatnya, semua yang dibeli dan disimpan itulah yang akan menjadikan rumah anda kian sempit.

IKLAN

TIDAK MERANCANG

Sering terjadi apabila seseorang itu membuat keputusan untuk membeli apartmen atau rumah berukuran kecil tidak disertai dengan perancangan yang jelas khususnya dalam dekorasi. Elak membeli perabot atau perhiasan rumah secara sebarangan sehingga mencetuskan ketidakselesaan hunian.

IKLAN

TIADA RUANG KOSONG

Apa yang menjadikan ruang sempit terasa sesak ialah ketiadaan ruang kosong yang merupakan zon untuk mata beristirahat tanpa melihat longgokan barang yang meletihkan pandangan. Anda perlu tahu menata gaya bagi memaksimakan ruang serta tidak perlu meletakkan banyak barang.

SIKAP MALAS

Kebiasaan buruk yang sebenar ialah malas untuk mendekorasi rumah. Jika inilah sikapnya bagaimana hendak memiliki rumah yang cantik dan kemas? Ketahuilah, demi mendapatkan rumah idaman yang menarik anda harus rajin menata dan sedikit sebanyak ‘melabur’ untuk mengubahsuai dan memberi nafas baru pada kediaman biarpun kecil. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI