Apabila sebut saja nama pelakon terkenal Bollywood ini, sudah pasti terbayangkan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini juga terkenal apabila Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.
Manisha Koirala mula terkenal selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya nama pelakon ini meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 49 tahun ini tidak terhenti begitu saja namun terus positif dan tekad memerangi kanser dengan menjalani rawatan yang terbaik.
Ads
Foto: indiatoday.in
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar cancer survivor. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Ads
Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dari stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat serta gaya hidup sihat.
“Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa.
Ads
Pada tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai penceramah atau kanser survivor.
Sumber: thehindu.com
Foto: Instagram @m_koirala
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meninggal dunia pada usia 96 tahun, pemergian sosok legenda Mooryati Soedibyo awal pagi tadi bagai ‘kehilangan besar’ buat Indonesia.
Selain Mustika Ratu, Dr. B.R.A Mooryati Soedibyo juga mengasaskan Yayasan Puteri Indonesia (YPI) dan produser filem. Wanita ikonik yang pernah meraih pelbagai pencapaian membanggakan itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 pagi tadi.
Sosok almarhumah Mooryati Soedibyo disifatkan bagai ‘kehilangan besar’ buat Indonesia khususnya dalam bidang pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Jenazah almarhumah Ibu Mooryati dikebumikan pada tengah hari yang sama di Tanah Perkuburan Tapos, Bogor. Maklumat tersebut disampaikan sendiri oleh anaknya Putri Kus Winu Wardani dan disahkan oleh Duta Khas Presiden hari ini.
Menurut keluarga, “Dalam momen ini, kami memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan yang mungkin pernah dilakukan oleh almarhumah, baik dalam tutur kata mahupun tindakan selama hidupnya.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan beliau dan mengampuni segala dosa dan kesalahannya. Aamiin yra.
Kami, keluarga yang ditinggalkan, dengan hati yang berdukacita, mengucapkan terima kasih atas segala doa dan simpati yang telah diberikan oleh seluruh pihak.
Semoga almarhumah diberikan tempat yang layak di sisi-Nya dan diberikan ketabahan bagi keluarga yang ditinggalkan.”
JASA
Pernah meraih Bintang Mahaputra Adipradana dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono karena jasanya pada Indonesia pada tahun 2009, cucu Raja Jawa itu juga digelar pahlawan nasional Indonesia, Sri Susuhunan Pakubuwana X.
Bukan mudah untuk menjejak kisah terbaru almarhumah bertaraf legenda ini sewaktu hayatnya. Barangkali di atas faktor umur dan tidak lagi memimpin PT Mustika Ratu, almarhumah lebih senang menikmati sisa kehidupan jauh daripada perhatian media.
Namun pada Mac lepas, almarhumah meraih penghargaan Lifetime Achievement Award dari Thailand. Penghargaan tersebut disampaikan sendiri oleh isteri Perdana Menteri Thailand, Dr. Pakpilai Thaivisin.
Potret generasi pertama, ketiga dan keempat alm Ibu Mooryati (Instagram @ninik112)
Ibu kepada lima cahaya mata, Djoko Ramiadji, Putri Kus Wisnu Wardani, Dewi Nurhandayani, Haryo Tedjo Baskoro dan Yulita Warastuti itu selesa beristirahat dan menyerahkan urusan dunia kepada para pewaris.
Walau berstatus jutawan kosmetik serta memiliki segudang harta yang melimpah-ruah, keluarga ini tetap merendah diri.
CUCU RAJA JAWA
Dilahirkan pada 5 Januari 1928 di Solo, almarhumah Ibu Mooryati membesar di istana, atau keraton, di Surakarta yang sarat kebudayaan Jawa. Di sini jugalah beliau mengenal tumbuhan berkhasiat, meramu jamu dan kosmetik tradisional dari bahan semula jadi.
Nenda almarhumah Ibu Mooryati merupakan pemerintah dari susuhunan kesembilan Kesunanan Surakarta (1893-1939) sekaligus menjadikan keluarga itu susuhunan paling lama memerintah dalam sejarah Surakarta.
Gelaran B.R.A pada pangkal nama almarhumah Ibu Mooryati adalah singkatan kepada Bendara Raden Ayu yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan putera puteri Sultan, cucu cicit hinggalah generasi di bawahnya.
Merupakan cucu Raja Jawa yang disegani
Alm Ibu Mooryati dan Putri Kus Winu Wardani (Instagram @ninik112)
BERNIAGA
Cantik dan pintar. Begitulah gambaran masyarakat terhadap sosok almarhumah Ibu Mooryati sejak dahulu lagi.
Almarhumah merupakan alumni Universitas Saraswati, Universitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta. Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan Ekonomi.
Bukan itu sahaja, almarhumah Ibu Mooryati merupakan penerima gelaran doktor tertua di Indonesia dan tercatat dalam The Indonesia World Records Museum (MURI)!
Seorang yang pandai menari, almarhumah menikah saat usianya menginjak 37 tahun. Almarhumah mendirikan rumah tangga dengan Soedibyo Purbo Hadiningrat pada tahun 1965, kemudian mengikuti suaminya bertugas di Sumatera Utara.
Cucu alm, Ninik dan nendanya (Instagram @ninik112)
Kecantikan cucu alm Ibu Mooryati mirip dirinya sewaktu muda (Instagram @ninik112)
Sebagai suri rumah, almarhumah Ibu Mooryati fokus terhadap tugasnya sebagai ibu anak lima. Sambil menjaga Djoko Ramiadji, Putri Kus Winu Wardani, Dewi Nur Handayani, Haryo Tejo Baskoro dan Yulia Astuti di rumah, beliau mengamalkan jamu setiap hari.
Siapa sangka, hobi minum jamu Ibu Mooryati menjadi ikutan wanita lain. Beliau menggunakan resipi asli Keraton Surakarta untuk meracik jamu dan kosmetik dari bahan alami.
Jamu racikan ini mula digemari dan mendapat banyak tempahan. Di situlah bermulanya idea untuk berniaga.
Tanpa mempedulikan komen-komen negatif, beliau merintis perniagaan jamu dari ruangan garaj di rumah. Waktu itu (tahun 1973) Ibu Mooryati hanya sekadar mempunyai modal Rp 25,000 (sekitar RM7) untuk membangunkan Mustika Ratu.
Mengambil nama Mustika Ratu dari peribahasa Jawa, empayar Ibu Mooryati pun berkembang ketika umurnya 45 tahun. Dari bantuan dua orang pembantu menjadi 25 orang dan kemudian meningkat 50 orang. Kesemua pekerja ini mendiami rumahnya.
Alm Ibu Mooryati mengilhamkan Taman Sari Royal Heritage Spa
Taman Sari Royal Heritage Spa berkembang pesat dan menawarkan layanan bagaikan di keraton
Ingat lagi nama-nama jamu Mustika Ratu yang pernah kita amalkan dulu? Antaranya Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering dijual di toko-toko jamu dan salun kecantikan.
Tahun 1981, almarhumah Ibu Mooryati membangunkan gedung sendiri hasil pinjaman bank berjumlah Rp100 juta untuk memajukan Mustika Ratu. Sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Maju terus dan memartabatkan produk tempatan Indonesia secara holistik.
LEGENDA
Almarhumah Ibu Mooryati giat menjalankan program di peringkat nasional dan antarabangsa dalam mengangkat sosok wanita yang kuat. Salah satunya pertandingan Puteri Indonesia yang berinspirasikan daripada acara Miss Universe yang dihadirinya pada tahun 1990.
Percaya bahawa wanita mampu memimpin dan menguruskan organisasi, almarhumah menerapkan prinsip Pemberdayaan Perempuan untuk mencapai kesamarataan gender.
Tak hairanlah syarikat almarhumah terpilih sebagai advocate dalam G20 EMPOWER serta menjadi antara 60 perusahaan di Indonesia dan antara 4,637 perusahaan di dunia yang tergabung dalam Women’s Empowerment Principle.
Kini legasi Mustika Ratu terus menjadi kebanggaan rakyat jiran dan menjana ekonomi rakyatnya. Semoga segala jasa dan usaha keras almarhumah Ibu Mooryati diteruskan selepas pemergiannya. Alfatihah!
Chintya Candranaya kini menjadi tumpuan di media sosial kerana aksi seni mempertahankan dirinya yang hebat.
Sebelum ini, gadis berusia 26 tahun ini pernah tular dengan aksinya menghancurkan durian hanya menggunakan tangan.
Baru-baru ini, tular pula video Chintya membuat aksi menendang tong gas secara ‘live demo’ di Majlis Tayangan Perdana Filem Tujuh Dua Belas.
Ternyata, Chintya bukan calang-calang wanita!
Untuk info, Chintya Candranaya dilahirkan di Bandar Lampung, Indonesia pada 25 Ogos 1997. Chintya merupakan seorang pesilat yang aktif mencipta kandungan video di media sosial.
Di sebalik kehebatannya dalam ilmu persilatan, rupa-rupanya Chintya Candranaya telah mempelajari seni mempertahankan diri itu sejak usianya 7 tahun.
Sejak tular di media sosial, kecantikan Chintya Candranaya turut menarik perhatian netizen.
Chintya Candranaya seorang yang sangat aktif di media sosial. Selain berkongsi aksi-aksi silatnya di media sosial, Chintya juga banyak berkongsi video-video simulasi pertahanan diri khusus untuk wanita bagi melindungi diri daripada risiko jenayah di jalanan.
Menjengah ke akaun Instagramnya, Chintya sudah mempunyai lebih 300 ribu pengikut. Chintya juga mempunyai siri web yang dimuat naik di Saluran YouTube Chintya Candranaya.
Selain bergelar seorang pesilat profesional, Chintya juga pernah berlakon dalam filem Benyamin BiangKerok. Chintya juga pernah menyertai filem ‘5 Guys Jagoan Movie’. Chintya turut bergelar bintang iklan televisyen.
Menurut Chintya, dia tidak mahu belajar silat menggunakan kuasa jin seperti yang tertulis di status Instagramnya:-
“Belajar silat adalah syirik dan bersekutu dengan jin supaya berkuasa dan berkuasa. Jawapannya sama sekali tidak!
“Kerana selagi manusia ingin berusaha bersungguh-sungguh dan penuh sabar, hasil yang diperolehi akan sesuai dengan hal yang diperjuangkan.
“Lagi satu, latihan melampau bukan untuk mendiskriminasi antara yang kuat dan yang lemah tetapi lebih dari memahami bahawa di antara semua ilmu yang sudah ada, masih banyak yang “tersembunyi” yang belum dibongkarkan oleh mereka yang bijak.
“Oleh itu, sebelum bertanya orang, tanya diri dulu. Salam semangat!”
Chintya sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam dunia persilatan dan pada masa sama memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana agar menjadi seorang yang berani.
Kredit Foto: Instagram Chintya Candranaya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang dipilih menjadi Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin. Wanita berumur 46 ini memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.
(Foto oleh ADRIAN DENNIS/AFP via Getty Images)
Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May dalam tempoh 40 tahun, lapor Agensi Anadolu. Perdana Menteri Boris Johnson dipaksa untuk meletakkan jawatan kerana berhadapan banyak skandal semasa pandemik COVID-19. Lantas, Parti Konservatif kemudiannya terpaksa memilih pemimpin baharu. Jom kenali dengan lebih rapat siapakah gerangan wanita ini.
Graduan Oxford. Truss merupakan graduan Universiti Oxford Truss yang mengambil jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.
Mary Elizabeth Truss dilahirkan di Oxford pada tahun 1975, dan dia dibesarkan di bahagian England yang secara tradisinya tidak mengundi Konservatif, sering berpindah randah antara Scotland dan utara England. Truss adalah anak kepada seorang profesor matematik dan ibunya pula seorang jururawat.
Truss terkenal dengan pandangan libertarian tentang ekonomi dan perdagangan. Truss mengasaskan Kumpulan Ahli Parlimen Konservatif Free Enterprise, kumpulan pasaran bebas ahli parlimen yang memperjuangkan ekonomi yang lebih keusahawanan dan lebih sedikit undang-undang pekerjaan.
Truss telah berkhidmat sebagai Setiausaha Luar sejak 2021 dan memegang jawatan Menteri untuk Wanita dan Persamaan sejak 2019. Pada tahun 2000, Truss berkahwin dengan akauntan Hugh O’Leary. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!