PIERCE BROSNAN & KEELY SHAYE SMITH

Kualiti yang ada dalam diri pelakon James Bond ini memang satu antara berjuta. Tak hairanlah dia pernah mendapat gelaran Sexiest Man Alive bukan hanya kerana populariti, wajah tampan dan susuk tubuh sasa yang dimiliki. Malah cukup setia dan sangat menghargai wanita terutama suri hatinya.

Tidak sekadar berbakat besar sebagai pelakon, Pierce Brosnan juga disifatkan seorang lelaki, suami dan bapa yang hebat di mata peminat. Hingga ramai melabelnya seorang ‘family man’ yang lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kesetiaan Pierce terhadap isteri tercinta, Keely Shaye Smith bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat aktor keturunan Ireland ini. Sejak pertama kali bertemu pada tahun 1994 hingga sekarang, hatinya masih tertawan dengan kejelitaan dan peribadi Keely.

4 Ogos nanti genap 21 tahun Pierce mendirikan rumah tangga dengan bekas personaliti televisyen dan wartawan Amerika Syarikat tersebut. Pierce berusia 68 tahun manakala Keely meniti usia 58 tahun.

Memetik laporan portal Parade, pasangan romantis ini mula berkenalan di Cabo San Lucas, Mexico pada tahun 1994. Waktu itu Keely ditugaskan menemu bual pelakon Ted Danson. Bagaimana pun Ted tidak dapat meneruskan sesi berkenaan dan dia kemudian bertemu Pierce.

“Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta!
Keely ketika muda
“Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta!
Pertama kali bertemu pada tahun 1994

“Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta!

Kata Pierce kepada media PEOPLE, perhatiannya terhadap Keely tidak pernah berubah sejak dia melihat wanita itu pada tahun 1994. “Ke mana saja saya pergi, saya akan merinduinya dan hantar tiket kepadanya untuk datang supaya kami boleh bersama. Saya menemui seorang wanita yang hebat dalam diri Keely Shaye. Dia umpama satu dalam berjuta.”

Sementara itu, mengulas pertemuan pertama mereka Keely mendedahkan Pierce seorang lelaki yang menawan. “Dia memiliki semua yang membuatkan orang tertarik dengan personalitinya. Dia juga mempunyai sepasang mata yang memikat.

Jadi saya faham mengapa wanita melihatnya sebagai seorang lelaki yang seksi. Dia sangat menawan dan menghargai wanita.”

“Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta!

Ketika ditemu bual The Sun pula, bintang Mamma Mia! ini berkata tidak kira apa sekali pun Keely tetap menjadi wanita terbaik dalam hidupnya. Apatah lagi pengorbanan Keely menjaga 5 anak Pierce. “Saya mengagumi jiwa dan semangat isteri. Bila dia merenung ke arah saya, saya jadi ‘lemah’.”

Sampai macam tu sekali Pierce ‘cair’ dengan buah hati kesayangan, Keely! Walau sudah 20 tahun hidup bersama tapi kedua-duanya masih kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.

Jelas Pierce, meluangkan masa berkualiti bersama pasangan merupakan kunci kepada hubungan yang baik di antara mereka.

“Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta! “Dia Satu Dalam Berjuta,” Pelakon JAMES BOND Ini Tetap Terpikat Peribadi Isteri Tercinta!

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2001 di sebuah biara berusia 785 tahun iaitu Ballintubber Abbey di County Mayo, Ireland. Majlis perkahwinan Pierce dan Keely dilaporkan bernilai USD1.5 juta dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Hasil perkongsian hidup, Pierce dan Keely dikurniakan dua orang anak iaitu Dylan Thomas Brosnan yang lahir pada 1997 sementara Paris Beckett Brosnan pula dilahirkan pada tahun 2001.

Ini merupakan perkahwinan kedua Pierce selepas isteri pertama, Cassandra Hariss meninggal dunia akibat kanser ovari pada tahun 1991. Cassandra yang sebelum itu pernah berkahwin mempunyai dua orang anak iaitu Charlotte dan Christopher. Sepanjang perkahwinan bersama Pierce, Cassandra turut melahirkan anak mereka yang diberi nama Sean Brosnan.

Selepas kematian Cassandra, Pierce mengambil tanggungjawab sebagai bapa kepada Charlotte, Christopher dan Sean. Pada tahun 2013, Charlotte turut meninggal dunia selepas menghidap kanser ovari seperti ibunya.

Kredit foto: Instagram Pierce Brosnan & Keely Shaye Smith

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI