Baru sahaja melakar sejarah dalam diari seninya apabila dinobatkan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh TIME, bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sebuah lagi momen manis apabila diumumkan sebagai barisan calon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe ke-80. Anugerah berprestij itu bakal disiarkan pada 11 Januari depan.

IKLAN

Dicalonkan Di Golden Globe ke-80, TAN SRI MICHELLE YEOH Bakal Rangkul Anugerah Aktres Terbaik

Filem aksi yang berkonsepkan sci-fi itu membariskan Yeoh dalam kalangan calon kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem Muzikal atau Komedi) seperti Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Dicalonkan Di Golden Globe ke-80, TAN SRI MICHELLE YEOH Bakal Rangkul Anugerah Aktres Terbaik

Persembahan cemerlang bintang kelahiran Ipoh, Perak dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan and Daniel Scheinert tidak perlu dipertikaikan lagi. Lakonan hebatnya menjadi bualan ramai dan dikatakan bakal menggenggam trofi Oscar kelak melalui wataknya, Evelyn Quan Wang, wanita imigran dari China yang tinggal di Amerika bersama keluarganya.

Malah, filem tersebut turut menerima enam pencalonan dalam anugerah tersebut termasuklah kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Filem Terbaik (Komedi atau Muzikal), Pengarah Terbaik serta Pelakon Pembantu Wanita & Lelaki Terbaik. 

Dicalonkan Di Golden Globe ke-80, TAN SRI MICHELLE YEOH Bakal Rangkul Anugerah Aktres Terbaik

Yeoh yang merupakan bintang Asia terkemuka menganggap penglibatannya dalam filem Everything Everywehre All At Once sebuah peluang yang paling dinanti-nantikan. Memetik temu bualnya bersama GQ, dia menyatakan bahawa karakter inilah yang dia ingin lakonkan.

IKLAN

Watak Evelyn dalam filem Everything Everywhere All At Once merupakan sebuah watak yang sudah lama saya nantikan, untuk mempersembahkan kepada penonton kredibiliti lain yang mampu saya bawakan.

Dicalonkan Di Golden Globe ke-80, TAN SRI MICHELLE YEOH Bakal Rangkul Anugerah Aktres Terbaik

Nama Michelle Yeoh semakin popular dan dikenali ramai semenjak dia membintangi filem Hong Kong pada lewat 1980 dan 1990. Bermula dari situ, wajahnya seringkali menjadi watak utama dalam rangkaian filem terbaik termasuklah Crazy Rich Asians (2018), Tomorrow Never Dies (1997), Memoirs Of A Geisha (2005) dan lain-lain lagi.

IKLAN

Anugerah Golden Globe ke-80 bakal bersiaran secara langsung pada 11 Januari ini. Acara gemilang itu akan dihoskan pelawak terkenal, Jerrod Carmichael.

Tahniah team NONA ucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana terus mengharumkan nama negara ke persada dunia!

Sumber gambar: Instagram Tan Sri Michelle Yeoh

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI