Sekitar tahun 2021, pelakon filem Bad Moms dan juga siri Dead To Me, Christina Applegate mengumumkan dirinya menghidap penyakit saraf iaitu multiple sclerosis atau MS. Applegate yang sudah menghidap penyakit itu sejak awal tahun 2021 mengakui bahawa perjalanannya bukan mudah, namun mendapat sokongan ramai yang berdepan nasib sama.

IKLAN

Didignos Penyakit Saraf Multiple Sclerosis, CHRISTINA APPLEGATE Kekal Kuat Demi Karier & Keluarga “Memakai Tongkat Kini Normal Baru Saya”

“Ia adalah satu perjalanan yang aneh. Tapi, saya dibantu dan disokong oleh orang-orang yang saya tahu, turut berdepan situasi sama. Ia adalah jalan yang sukar. Tapi, walaubagaimanapun, perjalanan harus diteruskan melainkan ada sesuatu yang menghalangnya,” katanya.

Didignos Penyakit Saraf Multiple Sclerosis, CHRISTINA APPLEGATE Kekal Kuat Demi Karier & Keluarga “Memakai Tongkat Kini Normal Baru Saya”

Multiple sclerosis memberi kesan kepada sistem saraf utama dan dalam kata lain, sistem imunisasi menyerang sel sihat ia sendiri.

Penyakit ini boleh memberi kesan kepada kualiti kehidupan seseorang individu dan boleh menyebabkan kecacatan, berpotensi menjejaskan sistem saraf pusat, terutamanya otak, saraf tunjang dan saraf optik. Ia dipanggil sebagai penyakit progresif sistem saraf yang menyebabkan masalah komunikasi antara otak dan seluruh badan.

IKLAN

Khamis lepas, Applegate mendedahkan menerusi hantaran di kepada Twittersphere – dan seluruh dunia, bahawa ketika ini dirinya sudah bersiap untul tampil di tempat awam dengan imej ‘normal baharunya’ iaitu bakal menggunakan tongkat. Jelas Christina “Saya bakal menghadiri acara yang penting tidak lama lagi. Ini merupakan penampilan pertama saya selepas didiagnosis dengan MS.”

Didignos Penyakit Saraf Multiple Sclerosis, CHRISTINA APPLEGATE Kekal Kuat Demi Karier & Keluarga “Memakai Tongkat Kini Normal Baru Saya”

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI