Ads

DIET DUKAN, Langsing Tanpa Rasa Lapar! Kate Middleton Pun Amalkan Tau

Sejak Kate Middleton melahirkan anak sulung lagi memang ramai wanita yang teruja melihat penampilan puteri diraja ini. Masakan tidak, baru saja sehari bersalin Kate dah kelihatan segar dan mengenakan pakaian cantik seperti biasa. Siap pakai kasut bertumit lagi. Malah, masih mampu tersenyum melambai rakyat jelata yang teruja menantikan cahaya mata pasangan diraja William dan Kate.

Khabarnya, susuk tubuh menawan yang dimiliki Kate adalah disebabkan amalan diet Dukan. Bahkan diet ini juga pernah diamalkan selebriti dan model terkenal Gisele Bundchen dan Jennifer Lopez selepas melahirkan anak. Diet ini sebenarnya dicipta seorang doktor dari Perancis, Pierre Dukan yang membongkar rahsia bagaimana wanita di negara tersebut kekal langsing meskipun tanpa mengelak makanan tertentu atau pergi ke gim setiap hari.

DIET DUKAN, Langsing Tanpa Rasa Lapar! Kate Middleton Pun Amalkan Tau

DIET DUKAN, Langsing Tanpa Rasa Lapar! Kate Middleton Pun Amalkan Tau

Menarik tu! Patutlah naskhah The Dukan Diet ni licin di kedai-kedai buku di England. Nah, tiru 4 fasa berikut seperti yang ditekankan Dr Pierre Dukan.

LANGKAH 1: THE ATTACK PHASE

Ads

Nikmati makanan yang mengandungi sumber protein. Putih telur adalah salah satu sumber protein selain ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu yang bebas lemak. Menurut Dr Dukan, protein membuatkan perut cepat kenyang. Pastikan makanan dipanggang atau dibakar dan  amalkan fasa ini selama dua ke tujuh hari bergantung kepada matlamat anda untuk dapatkan berat badan yang disasarkan.

DIET DUKAN, Langsing Tanpa Rasa Lapar! Kate Middleton Pun Amalkan Tau

LANGKAH 2: THE CRUISE PHASE

Ads

Pada tahap ini, gabungan sajian tinggi protein yang dicampur bersama sayur-sayuran mengikut selera anda. Antara yang disarankan seperti tomato, bayam, saderi, lobak dan kubis. Tiada halangan tentang jenis protein dan sayuran apa yang harus dimakan sebaliknya Dr Dukan menggalakkan untuk nikmati apa saja hidangan asalkan masih berlandaskan kepada pemilihan protein dan sayur. Terus amalkan diet ini sehingga mencapai berat badan ideal.

DIET DUKAN, Langsing Tanpa Rasa Lapar! Kate Middleton Pun Amalkan Tau

LANGKAH 3: THE CONSOLATION PHASE

Ads

Setelah mencapai berat badan yang diidamkan, anda boleh kembali kepada pola makan normal. Namun, usah terlalu drastik. Lakukan secara perlahan-lahan untuk mengelak berat badan cepat naik atau turun. Boleh juga nikmati sajian nasi, mi, roti dan sebagainya.

LANGKAH 4: THE PERMANENT STABILIZATION PHASE

Makanlah apa saja yang anda mahu dengan syarat mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Namun, pastikan anda kekal menjalani THE ATTACK PHASE sekali dalam seminggu sebagai rutin pemakanan yang wajib diikuti agar berat badan kekal stabil. Jangan lupa untuk membuat senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari kerana kata Dr Dukan, senaman juga menjadi pengukur kejayaan untuk misi menurunkan berat badan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Amyra Rosli Bahagia Di Sisi Amar Baharin

Hampir Sedekad Kahwin & Tanpa Kontroversi, Amyra Rosli Bahagia Di Sisi...

Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.