Pada Syawal baru-baru ini, isteri kepada kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen apabila meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram di mana salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab, sekaligus mengesahkan dirinya sememamgnya sudah tidak lagi mengenakan tudung.
Mengakui enggan hipokrit, ternyata tindakan isteri kepada penyanyi dan pelantun lagu Mimpi itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat.
Dan kini, Anis Sofea dilihat lebih gembira dengan kehidupannya kini selepas tidak lagi mengenakan hijab malah gambar-gambar di media sosialnya sentiasa mencuri perhatian ramai.
Yang terbaru, Anis Sofea dilihat memuat naik gambar dirinya yang dipercayai sedang bercuti di sebuah pulau bersama suaminya.
Ads
Namun apa yang menarik perhatian, wajah mulus Anis mendapat pujian ramai, malah ada yang menyamakan wajah Anis saling tidak tumpah dengan wajah ahli kumpulan Blackpink, Jisoo. Malah ramai juga yang memuji kecantikan Anis Sofea yang dilihat cukup manis dan ayu.
Ads
Ada juga yang mengatakan apabila Anis bertudung wajahnya mirip wajah isteri Hairul Hazreen, Hanis Zalikha.
Sebelum ini, Anis Sofea sering kali dikatakan memiliki iras salah seorang anggota kumpulan Blackpink tersebut selepas dirinya dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan jenama tempatan.
Ads
Jadi, apa pendapat anda? Anis ini ada iras-iras Jisoo tak?
Perkembangan gaya solekan sama seperti peredaran dalam dunia fesyen. Sentiasa berubah mengikut selera generasi masa kini. Mekap artis adalah orang yang berani untuk mengubah trend solekan untuk dijadikan ikutan wanita yang gemar bergaya. Nama Dato’ Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari juru solek yang satu ini kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
5 DO & DON’T BUAT BAKAL PENGANTIN
DO
DON’T
BOLEH BERI TIP BUAT BAKAL PENGANTIN UNTUK TAMPIL BERSERI-SERI PADA HARI BAHAGIA MEREKA?
Bakal pengantin perlu menjaga bahagian dalaman dan tidak membuat persiapan saat akhir. Buat kerja last minute ini akan ganggu emosi kita menjelang tarikh perkahwinan nanti. Kalau boleh seminggu sebelum majlis segala persiapan telah siap dan masa untuk berehat. Serahkan tugas yang berbaki kepada keluarga atau wedding planner. Stres akan memberi kesan yang tidak cantik dan tidak naik seri pada wajah. Waktu sedang mekap sediakan masa untuk mekap sahaja. Jangan dicampur-adukkan dengan perkara lain.
SOLEKAN BEGITU PENTING BUAT PENGANTIN WANITA. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMILIH MEKAP ARTIST?
Cari mekap artis yang anda sendiri pernah lihat sendiri hasilnya. Bukan melalui media sosial yang telah ditapis atau menggunakan aplikasi nampak lebih cantik. Jangan menilai solekan lebih-lebih lagi solekan selebriti kerana mereka memang sudah sedia cantik. Sebaliknya tengok look pada selebriti tersebut. Contohnya kalau selebriti tu suka mekap heavy kita teliti hasil solekannya begitu juga kalau selebriti itu suka solekan natural kita amati cara solekannya. Kemudian bagaimana touch mekap artis tersebut kepada orang lain.
Tidak salah sekiranya mintak kebenaran pengantin (kawan-kawan) sekejap untuk melihat cara mekap artis bekerja. Kalau jauh tidak berkesempatan untuk melihat cara mekap artis bekerja boleh mencari foto ‘tagged’ di Instagram lebih-lebih lagi foto daripada juru foto rasmi mereka. Pengantin mesti menetapkan sendiri look yang mereka kehendaki. Kena study sikit look yang bersesuaian dengan wajah sendiri.
Kredit foto: Instagram @alhaalfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai wanita yang menginginkan rambut lurus menawan dan mudah dirapi. Namun, usah risau jika anda adalah antara wanita yang dikurniakan rambut kerinting kerana setiap jenis rambut memiliki kelebihan tersendiri. Sama ada lurus atau kerinting, anda mampu tampil bergaya dan menawan pada pagi raya!
Kunci utama untuk kekal menawan diperoleh melalui keyakinan diri dan penjagaan rambut yang sihat. Dengan perawatan yang tepat, rambut kerinting juga mampu menyerlah dan tampak sihat serta mudah diurus. Patuhi tip berikut dan nikmati hari-hari mendatang dengan penuh keanggunan.
POTONGAN RAMBUT Potongan rambut jenis layer cukup sesuai bagi mereka yang berambut kerinting. Gaya potongan rambut bertingkat ini dipercayai akan membuatkan rambut mudah dirapi dan mengelak daripada menjadi terlalu menggerbang.
Selain itu, anda juga perlu rajin memotong atau merapikan rambut setiap 8 hingga 10 minggu sekali. Ini bagi memudahkan rambut cepat panjang secara alami.
VITAMIN DAN PERAPI Latih diri agar sentiasa menggunakan perapi rambut selepas mencuci rambut. Pemakaian perapi mampu membuatkan struktur rambut lebih lembut dan mudah dijaga. Apabila rambut telah kering, titiskan beberapa titik serum atau vitamin rambut supaya tidak kering dan kelihatan sihat bersinar. Kesannya, tekstur rambut kerinting tampak eksotik dan bergaya.
HINDARI PENGERING RAMBUT Penggunaan pengering rambut bukan sahaja merosakkan rambut, malah ia membuatkan rambut menjadi kering dan bercabang. Penyelesaian terbaik untuk mengeringkan rambut boleh dilakukan secara alami. Misalnya dengan menggunakan tuala untuk mengelap rambut yang basah dan membiarkan ia kering dengan sendiri.
ALAT PELURUS RAMBUT Yakin dan berbanggalah dengan rambut anda. Elakkan daripada menggunakan alat pelurus rambut kerana ia bukan sahaja mengubah kecantikan semula jadi rambut kerinting malah menambah kerosakan rambut. Bahkan, penggunaan alat ini hanya berkekalan untuk sementara waktu sahaja.
SISIR RAMBUT DENGAN BETUL Rambut kerinting perlu disisir dengan betul agar tidak kusut dan rosak. Penggunaan sikat bergigi jarang juga amat disarankan bagi mengelak kekusutan rambut. Oleh kerana tekstur rambut kerinting padat, ada baiknya anda menyisir rambut menggunakan tangan secara perlahan-lahan. Ia bagi membolehkan tekstur kerinting tersebut kekal semula jadi.
POTONGAN RAMBUT MENGIKUT WAJAH
BENTUK SEGI EMPAT Bentuk wajah ini dapat dilihat melalui dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang yang seimbang. Bagi yang memiliki bentuk wajah segi empat, pilih potongan rambut yang lembut dan bergelombang untuk menutupi bahagian dagu. Elakkan potongan rambut gaya geometri dan belahan rambut tengah dan menyelit rambut ke belakang telinga kerana ia akan menyerlahkan lagi bentuk wajah anda.
BENTUK HATI Ia mempunyai dahi yang lebar, tulang pipi tinggi dan bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Sebaiknya pilih potongan yang membuat bahagian rahang penuh. Bentuk wajah ini sesuai mengenakan gaya rambut kerinting terutama di hujung rambut.
BENTUK BULAT Pilih potongan rambut yang lembut, berperingkat atau gaya bob bertingkat untuk menyerlahkan kesan panjang dan ramping. Untuk potongan rambut pendek, pastikan ia menutupi bahagian pipi yang bulat dan lebar.
BENTUK BUJUR Bentuk wajah ini paling ideal dan sesuai untuk semua potongan rambut sama ada panjang atau pendek. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bak kata anak-anak muda, ‘Kau punya sembang, gajah pun terbang!’
Itulah strategi pengiklanan produk kosmetik di negara kita, kebanyakannya memang suka menjanjikan bulan dan bintang. Nak hilangkan jerawat? Nak putih berseri? Nak licin berkilat macam pantulan cermin? Gunalah produk sekian sekian.
Lalu ramailah yang terpedaya gara-gara mahukan kulit cantik sekelip mata. Masalahnya bukan tak tahu, tapi teknik pemasaran yang licik, selain pujuk rayu si penjual kadang-kadang membuatkan kita ‘gelap mata’ untuk memeriksa tahap keselamatannya.
Terkini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan senarai terbaharu produk kosmetik yang ditarik balik notifikasi dan dilarang penjualannya dalam pasaran.
Produk-produk ini dikesan mengandungi bahan-bahan beracun yang boleh memudaratkan pengguna.
Penjelasan Ahli Farmasi Fahmi Hassan ini tentang kesan sampingan Tretinoin, Hydroquinone dan Merkuri dalam produk kosmetik patut menjadi peringatan buat semua.
TRETINOIN
Ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih. Kulit juga boleh menggelupas dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Untuk sesetengah orang, kulit akan menjadi teruk seperti kesan melecur.
HYDROQUINONE
Ia akan menyebabkan kulit menjadi merah. Warna kulit juga akan berubah dan kulit menjadi terlalu sensitif. Kadar perlindungan kulit terhadap sinar UV matahari akan berkurangan. Ini meningkatkan risiko penyakit kanser kulit berlaku.
MERKURI
Ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit. Merkuri akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Bayi dalam kandungan juga boleh terdedah kepada bahaya ini. Ia akan mengganggu perkembangan otak mereka.
Ketiga-tiga bahan ini dikategorikan sebagai racun berjadual dan merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, beliau menyeru pengguna yang sedang menggunakan produk kosmetik ini supaya berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat perubatan jika mengalami ketidakselesaan.
Antara tanda yang paling mudah untuk tahu produk mengandungi bahan terlarang adalah apabila ia menjanjikan keberkesanan mencerahkan kulit dalam masa yang amat singkat. Norzalina Mohd Alias
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.