Macam tak banyak berubah wajah pelakon wanita berbakat besar, Sherie Merlis. Tetap manis dipandang dan mempunyai aura tersendiri. Sejak awal pembabitannya sebagai anak seni sekitar tahun 1990 sampai sekarang, Sherie masih aktif membintangi drama dan filem tanah air.
Bahkan pengalaman yang ditimba sepanjang menjadi pelakon cukup mahal hingga dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan pelapis baharu tanah air.
Meniti usia 52 tahun, Sherie Merlis atau nama penuhnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin muncul dalam filem baharunya iaitu Bisikan Dosa pada awal Januari lalu. Antara pelakon yang turut terlibat dalam naskhah seram arahan Faizul Rashid tersebut ialah Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans dan Uqasha Senrose.
Meskipun sibuk dengan karier seni namun ibu empat anak ini tetap meluangkan masa dengan permata hati kesayangan. Menerusi perkongsian Sherie di media sosial, dia meluahkan rasa syukur apabila dapat berkumpul dengan keempat-empat anak tersayang.
Lebih manis dengan kehadiran menantu perempuan iaitu Natasha Amanda yang merupakan isteri kepada anak lelakinya, Harith Daniel yang juga seorang pelakon.
Ads
“Buat pertama kali saya dapat berkumpul dan beraya dnegan keempat-empat anak-anak saya. Hujung di sebelah kanan saya tu, menantu kesayangan – Natasha Amanda (isteri second son saya). Missing you guys badly.”
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian peminat seni tanah air.
Sherie Merlis Keturunan Arab, Indonesia & Cina
Pendek kata, aura figura ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Ads
Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Ads
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.
Pada Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak tampil dengan imej menutup aurat sepenuhnya, pelakon jelita Nora Danish kelihatan semakin berseri-seri dan ‘muda’ persis seorang remaja pada usia 42 tahun.
Sering berkongsi doa, kata-kata hikmah dan rutin menghadiri majlis ilmu di media sosial membuatkan ramai yang kagum dengan cara Nora untuk kekal istiqamah.
Ramai yang memuji dan memberi sokongan buat ibu tunggal kepada dua anak ini agar segala kebaikan yang ditunjukkan menjadi asbab pahala untuk dirinya mudah ke syurga.
Tulis Nora, ia bukan untuk merasa dirinya terpaling bagus sebaliknya demi memperbaiki diri yang serba serbi kekurangan.
Rajin Gali Ilmu Agama
Sahabat baik kepada Betty Rahmad ini turut meluahkan kesyukuran apabila sering diberi peluang menghadiri majlis-majlis ilmu.
Nora turut menitipkan pesanan buat para pengikut dan peminatnya agar tidak menolak untuk hadir ke majlis ilmu jika diberi peluang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nora kekal istiqamah, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik seterusnya sentiasa berkongsi kebaikan buat semua.
Seperti baru semalam mendapat perkhabaran kelahiran anak sulung Rihanna dengan pasangannya Rocky atau Rakim Athelaston Mayers. Namun penyanyi paling kaya di dunia ini mengumumkan berita kehamilan keduanya ketika persembahan di Super Bowl Halftime 2023, kurang setahun daripada kelahiran pertama pada Mei 2022.
Pelantun lagu Umbrella ini mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar.
Seperti ibu hamil lain yang perlu berjaga-jaga dengan pergerakan, Rihanna juga dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa bersama para penari latar yang mengelilingi beliau.
Menurut People, wakil pengurusan Rihanna turut mengesahkan berita gembira itu. Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.
GINCU RIHANNA
Tidak seperti lumrah ibu hamil yang kerap mengalami alahan, penampilan segar Rihanna mencuit perhatian peminat. Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty, 35 tahun, tampil anggun dalam sampul muka depan majalah Vogue.
Menyerlahkan aura keibuan sebenar, Rihanna turut mendedahkan wajah bayi comelnya secara eksklusif. Tapi paling suka tengok kejelitaan usahawan kosmetik Fenty Beauty, Fenty Skin serta empayar fesyen Savage X Fenty ini, nampak powerful sungguh!
Rahsia Rihanna barangkali terletak pada himpunan gincu yang baru dilancarkannya iaitu Fenty Icon Velvet Liquid Lipstick: Showstopp’r Edition. Inovasi gincu ikonik dengan penutup holografik ‘football’ edisi terhad ini dijangka bakal menjadi kegilaan wanita yang menyenangi sukan tersebut. Harganya RM140.
Selain itu, Rihanna turut melancarkan glos bibir Fenty Beauty X NFL Collection.Gloss Bomb edisi terhad dalam pembungkusan NFL yang eksklusif rekaan Rihanna sendiri pastinya menjadi rahsia kecantikan beliau selama ini.
Rona baharu yang dinamakan ‘Riri’ – adunan rona mauve polos yang berkilauan mampu membuatkan bibir nampak lebih mungil dan segar. Formula tidak melekitnya terhasil daripada adunan mentega shea dan aroma pic-vanila yang harum. Memang cantik sangat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!