
Beruntungnya Maia Estianty kerana sering dimanja dan ‘diratukan’ suami tercinta, Irwan Danny Mussry. Terbaharu, penampilan selebriti popular Indonesia itu ketika menghadiri acara siraman anak sulungnya iaitu Al Ghazali menjadi bualan hangat warga maya.
Bukan hanya kerana gaya Maia yang elegan pada usia 49 tahun tetapi juga perhiasan mewah yang diperagakan ibu tiga cahaya mata ini pada majlis berkenaan.
Maia Estianty Pakai Perhiasan Mewah Blue Sapphire USD 578,000
View this post on Instagram
Dia yang anggun dalam persalinan kebaya berwarna biru dengan motif bunga-bungaan lengkap bersanggul khas Jawa tampil memukau dengan set perhiasan bertatahkan berlian dan batu permata nilam biru atau blue sapphire.
Maia Estianty mengenakan barangan kemas tersebut yang terdiri daripada cincin, rantai leher dan anting-anting.
Perhiasan mewah tersebut menjadi viral kerana disebut-sebut mirip cincin pertunangan milik mendiang Lady Diana yang kini dipakai Kate Middleton, isteri kepada Putera William.
Memetik laporan Kompas.com, set barang perhiasan Maia Estianty berasal dari koleksi eksklusif Bvlgari Burma No Heat Sapphire Jewelry Suite. Ia dianggarkan bernilai sekitar USD 578,000 atau RM2.45 juta.
Blue sapphire memang menjadi salah satu batu permata paling ikonik yang menjadi pilihan keluarga bangsawan di seluruh dunia.
Menerusi perkongsian video di YouTube ALElDul TV, kelihatan teman wanita Ahmad El Jallaludin Rumi iaitu Syifa Hadju memuji keindahan perhiasan mewah tersebut namun menolak pelawaan suami Maia untuk menggayakannya.
Jelas pelakon cantik itu, ‘ia umpama membawa rumah di badan’ kerana harganya yang ditaksirkan bersamaan nilai sebuah kediaman.
Gaya Hidup Mewah Maya Estianty
Kemewahan dan kesenangan yang dinikmati Maia Estianty hari ini bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat di Indonesia kerana umum mengetahui sosok suami bekas penyanyi kumpulan Ratu itu yang merupakan seorang usahawan kaya dan berjaya di Indonesia.
Irwan Mussry ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Time International iaitu pemegang hak rangkaian jam tangan mewah di Indonesia.
Dia yang kini meniti usia 63 tahun sah bergelar suami kepada Maia pada 28 Oktober 2018 di Tokyo, Jepun.
Maia berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.