Selain meraikan perayaan Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1443H, tanggal yang sama turut meraikan ulang tahun kelahiran Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu pada 10 Julai 2022 yang ke-97. Selang sehari kemudian, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula meraikan hari lahirnya yang ke-96.

Sambutan hari jadi pasangan bekas Perdana Menteri Malaysia tertua di dunia ini tentu sekali amat bermakna kerana dapat diraikan bersama ahli keluarga. Sambil meraikan Hari Raya Haji, semua anak menantu dan cucu-cucu Tun tidak ketinggalan berkongsi foto kenangan dengan pemimpin legenda itu.

IKLAN

Salah satunya adalah menantu Tun Dr Mahathir sendiri iaitu To’ Puan Seri Norzieta Zakaria yang merupakan isteri Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

“Happiest Birthday Mummy! May Allah Swt bless you with the pink of health, rezqi and lots of love on your special day!” To’ Puan Seri Norzieta

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Dari perkongsian foto ni, memang terserlah bahawa To’ Puan Seri Norzieta merupakan menantu kesayangan dan kelihatan cukup rapat dengan ibu bapa mertuanya!

Terlalu banyak jasa dan simbol mercu tanda Malaysia yang dicurahkan sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri ke-4 dan ke-7. Kekuatan beliau pastilah datang dari kekuatan isteri tersayang, yang setia di sisi sejak 66 tahun lepas… Kena tengok ni!

 

IKLAN

Tak puas menatap koleksi foto To’ Puan Seri Norzieta di media sosial, hanya satu yang dapat disimpulkan. Wanita asal Negeri Sembilan itu cukup keibuan, namun kecantikan wajahnya paling menarik perhatian.

Berkulit cerah dengan hidung mancung dan senyuman yang tidak lekang-lekang di bibir, amat mempamerkan kejelitaan wanita Melayu sebenar milik To’ Puan Seri Norzieta. Kemanisan itu luar biasa, lembut di luar tapi kuat di dalam… patutlah suami sayang!

Foto disamping anak-anak yang kian meningkat dewasa, juga menunjukkan paras rupa To’ Puan Seri Norzieta yang awet muda. Bila bergambar, nampak macam adik-beradik pun ada. Tak sangka terselit ibu mereka di sana!

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

IKLAN

 

Doa Seorang Menantu, Isteri Mukhriz Mahathir Kongsi Foto ‘Sweet’ Dengan Mertua!

 

Hasil perkahwinan To’ Puan Seri Norzieta dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sejak 14 November 1993, mereka telah dikurniakan cahaya mata iaitu Meera Alyanna, Misha Hakeem dan Melia Serena.

Sebagai menantu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, keakraban wanita ini dengan keluarga mertuanya terlihat jelas dalam setiap perjumpaan keluarga.

Tak hairanlah hubungan cucu-cucu dengan datuk nenek mereka rapat, tentu didikan To’ Puan Seri Norzieta sendiri memainkan peranan besar dalam membentuk jati diri anak-anak.

Sanah helwah Tun, semoga Bapa Pemodenan Malaysia ini terus di bawah lindungan rahmat-Nya, dikurniakan keberkatan Allah dan diluaskan pintu-pintu rezeki.

Paling tak lupa, bonda Tun Dr Siti Hasmah juga yang merupakan penerima anugerah Nona Superwoman 2020. Suka tengok gelagat ‘power couple’ ni, simbol cinta sepanjang zaman. Dah kawin 66 tahun and still going strong!

Kredit: Instagram @tpnnorzietaofficial

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI