Berpeluang menuntut ilmu di luar negara dan bila tibanya hari konvokesyen pastinya bakal graduan bukan saja teruja untuk menerima skrol pengijrahan masing-masing bahkan penampilan di hari istimewa itu turut diberi perhatian.
Selain berpakaian kemas, graduan juga digalakkan untuk menyarungkan pakaian tradisional mereka. Sesiapa pun pasti berasa bangga dengan budaya dan adat resam turun temurun.
Dr Kaleena Bulan Micheal, pakar mata berketurunan etnik Orang Ulu yang berasal dari Miri, Sarawak. Tanpa ragu, dia memilih untuk berkongsi keindahan pakaian tradisi kaumnya di Eropah bersempena hari istimewanya menerima ijazah Doktor falsafah (PhD) di University of Glasgow, Scotland.
Wanita berusia 39 tahun ini yang menamatkan Kajian Klinikal dan Pembedahan Sains Optometri berkata, beliau mengenakan pakaian itu kerana mahu mempamerkan tradisi dan kebudayaan Sarawak di luar negara. Dr Kaleena berharap agar pakaian itu sentiasa dihargai terutamanya oleh generasi muda.
“Sudah tentu saya berasa gembira kerana berjaya menamatkan PhD.
“Bertambah manis apabila dapat mempamerkan kebudayaan Sarawak pada hari bahagia itu,” katanya ketika ditemu bual oleh TVS secara dalam talian baru-baru ini.
Dr. Kaleena bergelar pakar bedah sejak dua tahun lalu dan kini menetap bersama suami serta anaknya di United Kingdom.
Kecintaan wanita ini terhadap pakaian beridentitikan etniknya cukup menebal. Ini kerana Dr Kaleena turut mengenakan pakaian atau aksesori yang melambangkan tradisi Orang Ulu termasuk milik suku Kenyah dan Lun Bawang pada dua majlis konvokesyen awalnya.
Ads
“Ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan Pembedahan) di Universiti of Dundee pada 2008, saya memakai Pata’.
“Seterusnya ketika menamatkan Ijazah Sarjana di Kolej Oftalmologi Diraja London pada 2018, saya mengenakan Tapong Laka’ Anyam,” kongsinya.
Pada 29 Jun 2022 saat melangkah ke Bute Hall untuk menerima skrol PHD, Dr Kaleena memilih Tapong Se’.
“Ya, sudah pasti orang ramai di situ tertarik apabila melihat saya mengenakan busana tradisional gabungan Kenyah dan Lun Bawang.
“Ketika memakai Pata, rakan-rakan dari United Kingdom mengatakan saya ibarat seorang puteri yang menaiki pentas,” katanya.
Ads
Menurutnya persalinan Tapong Laka’ Anyam yang dipakai pada 2018 menyebabkan pensyarah dan rakan-rakannya menggelarnya Pocahontas.
Dr. Kaleena berkata, ramai yang ‘menyapa’ untuk berfoto, seolah-olah dirinya selebriti pada hari berkenaan. Namun beliau tidak menghampakan permintaan mereka itu.
“Sebenarnya, ibu dan ayah yang menghadiri setiap majlis konvo saya akan turut mengenakan pakaian tradisi Orang Ulu. Tidak hairanlah kami menjadi perhatian.”
PENGALAMAN PULIHKAN PESAKIT
Sepanjang bergelar doktor mata, Dr. Kaleena berkata tiada ganjaran yang lebih besar selain dapat berbakti kepada masyarakat.
“Apabila pesakit pulih, perasaan puas itu sukar diluahkan dengan kata-kata.
Ads
“Saya terkenang kes seorang pesakit yang hilang penglihatan selama empat tahun. Setelah pulih, saya melihat dia memeluk anak dan cucunya. Itulah momen paling indah bagi saya,” katanya.
Dr. Kaleena turut menitipkan pesan kepada orang Sarawak terutama masyarakat Orang Ulu dan Dayak agar jangan mudah putus asa untuk mengejar impian.
“Ada ketika kita tersadung dan terjatuh, namun ada harinya kita dapat berlari dan mengejar impian.
“Maka, amat penting untuk mencari rakan yang bagus dan menerima sokongan daripada ahli keluarga kerana tanpa mereka, saya tidak akan pergi jauh,” katanya.
Sumber: TVS
Kredit Foto: Facebook Kaleena Sampley
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.
Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Tak Ramai Kawan, Namun Allah Hadirkan Insan Baik Dalam Hidup
Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.
Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.
@wansharmilalala Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.♥️ Outfit : @Sharkha ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
“Jatuh Sayang Dekat Wan Sharmila. Sejuk Saja Hati Tengok Dia..” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya memuji imej Wan Sharmila yang disifatkan sangat manis dan sejuk mata memandang.
“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.”
“Kita yang perempuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia.”
Semoga Wan Sharmila terus istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Takutnya nak bersalin. Banyak pula pengalaman yang dikongsi dalam internet. Tapi kebanyakkannya lebih kepada mitos dan bukan fakta. Betul ke?
Bersalin normal
MITOS
Tidak memerlukan persiapan kerana segalanya berlaku secara semulajadi
FAKTA
Oh, jangan ambil mudah! Kaedah bersalin normal memang sakit kerana itu anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Posisi yang betul serta teknik yang sesuai perlu dipelajari kerana ada cara untuk mengelakkan anda merasa sakit yang teruk.
MITOS
Doktor perlu ada walaupun sudah ada bidan yang dipilih menyambut kehadiran si kecil
FAKTA
Bidan yang ada sudah dilatih untuk menyambut kelahiran bayi. Ilmu kebidanan yang mereka ada sudah cukup tanpa memerlukan bantuan doktor. Cuma, jika ada komplikasi, anda perlu segera menghubungi doktor.
Kaedah caesarean
MITOS
Jika anda sudah melepasi tarikh due, anda perlu berhadapan dengan kaedah pembedahan atau caesarean.
FAKTA
Induksi adalah cara alternatif yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya kontraksi tidak berlaku
MITOS
Kaedah caesarean sangat selesa dan lebih rendah risiko dari bersalin normal
FAKTA
Pembedahan caesarean tetap berhadapan dengan pendarahan, komplikasi terhadap ubat, jangkitan kuman serta kemalangan yang berlaku ketika pembedahan. Jadi, pilihlah kaedah untuk bersalin dengan betul.
MITOS
Hubungan ibu dengan anak lebih renggang sekiranya si ibu memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.
FAKTA
Hubungan erat di antara ibu dan anak boleh sahaja menjadi rapat. Sebaik selesai pembedahan, si ibu tetap boleh melihatnya si kecil dan memanjakannya bermula dengan memberikan susu badan.
Bersalin dalam air atau waterbirth
MITOS
Bayi boleh tenggelam, tersedak air dan lemas
FAKTA
Bayi baru lahir menerima oksigen dari plasenta dan mengalirkannya ke paru-paru. Plasenta berperanan sebagai sistem filter dan pernafasan di dalam perut. Ketika ia muncul di dalam air, sistem ini masih bekerja dan bayi ini di angkat dari air menerima signal untuk mengganti sistem sirkulasi. Ini menyebabkan darah mengalir ke paru-paru untuk kali pertama.
MITOS
Usia ibu menentukan kesesuaian pilihan untuk waterbirth
FAKTA
Tidak semestinya ini menjadi keutamaan. Cukup sekadar anak dan ibu cukup sihat untuk menjalani kaedah ini. Namun, jika bayi songsang, mempunyai kelahiran kembar atau bayi pra matang, anda dinasihatkan tidak menggunakan kaedah waterbirth.
MITOS
Kaedah waterbirth lebih sakit dari kaedah normal
FAKTA
Melahirkan bayi melalui kaedah waterbirth tetap sakit namun ramai wanita mengakui sakitnya kurang ½ daripada kaedah bersalin normal. Sekalipun sakit, ia bukan akibat daripada kontraksi tetapi kerana tekanan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
YM Puteri Sarimah Hamid seorang yang mudah mesra dan merendah diri. Selesa digelar sebagai Puteri sahaja, wanita berusia 30-an ini memiliki karakter yang lemah lembut dan bergaya.
Puteri membina kerjayanya sebagai Setiausaha Eksekutif di PETRONAS ICT Sdn Bhd sejak tahun 2011. Terdahulu, Puteri pernah bertugas di salah sebuah agensi insuran.
“Saya seorang yang workaholic dan sukakan cabaran. Sebab itulah saya sentiasa bersedia memberikan seratus peratus komitmen demi kerjaya. Sentiasa bersedia 24 jam dan bertindak pantas.”
Puteri dilahirkan dan dibesarkan di Bota Kanan, Perak. Puteri yang berketurunan kerabat Perak dan Selangor ini memiliki seorang kekanda bernama Puteri Dewi Kembang. Bondanya, Raja Bunga serta ayahanda, Abdul Hamid sudah lama kembali ke rahmatullah.
OBSES CANTIK
“Saya obses dengan produk-produk keluaran Korea kerana ia serasi dengan kulit saya yang jenis kering. Selalunya saya beli di Pavilion Kuala Lumpur, walaupun harganya mahal namun berkualiti.
Dek kerana ‘jatuh cinta’ dengan produk ini saya juga sanggup ke Korea. Di sana saya harganya akan lebih murah dan saya boleh dapat dalam kuantiti yang banyak. Selalunya saya ke sana bersama rakan-rakan rapat.
Selain itu, saya turut mengamalkan pengambilan suplemen, vitamin C serta kolagen. Rawatan wajah pula dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.”
RAHSIA LANGSING
“Saya amalkan minum air putih yang banyak setiap hari. Ketika sarapan saya amalkan makanan organik untuk tenaga dan stamina.
Untuk tengahari pula biasanya saya tak makan nasi. Sebaliknya, saya hanya makan salad bersama potongan isi ayam atau salmon. Tapi kalau keluar makan dengan rakan-rakan saya akan jamah nasi sedikit saja.
Sebelah malam pula saya hanya makan buah, sayur dan air kosong. Saya turut kurangkan minum air manis bagi mengelakkan risiko penyakit genetik iaitu kencing manis .
Rutin lain, selepas habis waktu bekerja biasanya saya akan ke gim. Saya akan habiskan masa di gim selama sejam atau dua jam setengah. Alhamdulillah setakat ini kesihatan saya berada di tahap memuaskan dengan rutin tersebut.”
SUKA BAJU CUSTOM MADE
“Dari segi fesyen, saya seorang yang sukakan custom made kerana bebas untuk memilih fabrik, warna dan stail yang tersendiri. Selalunya saya akan beli kain dan menghantarnya kepada tukang jahit atau pereka fesyen pilihan bersama contoh design yang diinginkan. Saya juga bertuah kerana mempunyai rakan yang pandai mereka kasut untuk saya,” ungkap Puteri yang berpegang kepada prinsip, apa pun yang dilakukan haruslah sentiasa positif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.