DR SAMHAN Kongsi 7 Langkah Mudah Periksa Payudara Di Rumah

Hakikatnya, masih ramai wanita yang ambil mudah tentang soal penjagaan dan pemeriksaan payudara. Melakukan pemeriksaan sendiri di rumah secara berkala adalah satu langkah mudah untuk menunjukkan bahawa kita peka terhadap kesihatan payudara.

Ada sesetengah wanita yang tidak mahu ambil tahu atau mengabaikan tanda-tanda awal kanser payudara gara-gara terlalu bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi apabila mengetahui kebenaran.

Sedangkan mereka ini tidak sedar, dengan melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dapat membantu mengesan kanser payudara di peringkat awal. Maka, mudahlah untuk merawatnya.

Sebab itulah seorang wanita itu ‘wajib’ melakukan pemeriksaan payudara untuk mengelakkan kanser ini.

BERMULANYA KANSER PAYUDARA
Kanser ini bermula apabila sel di dalam payudara tumbuh tanpa terkawal dan membentuk tumor. Ia hanya boleh dilihat menerusi kaedah X-Ray atau dirasa seperti benjolan. Tumor yang mengakibatkan kanser membiak ke dalam tisu kemudian boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Walaupun kanser payudara sering berlaku pada wanita tetapi kaum lelaki juga turut berisiko. Bagi memastikan ia tidak merebak, pantauan serta peka terhadap tanda-tanda awal kanser payudara adalah sangat penting.

Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang baru-baru ini telah berkongsi satu video ringkas berinformasi di akaun Instagramnya tentang bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri rumah.

Terdapat 7 cara yang dikongsi oleh Dr Samhan:-

  1. Periksa payudara sebulan sekali.
  2. Gunakan hujung jari untuk memeriksa keseluruhan payudara.
  3. Berdiri di cepan cermin.
  4. Lakukan bulatan kecil dari luar payudara ke puting.
  5. Pastikan anda memeriksa sampai ke bahagian ketiak.
  6. Lihat dengan teliti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada warna, tekstur dan
  7. Picit puting payudara untuk periksa jika terdapat sebarang cecair.

Semoga perkongsian Dr Samhan memberi manfaat buat kita semua para wanita agar lebih peka dan menjaga kesihatan.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Samhan

IKLAN
Share