Baru-baru ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda atau Double Face Mask. Pemakaian pelitup muka berganda ini telah disarankan oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat.
Ada yang menyokong dan tak kurang juga merungut tentang penggunaan pelitup muka yang disarankan ini. Tapi, untuk keadaan sekarang ini, mencegah adalah lebih baik dari mengubati, kan.
Foto: Instagram @say_shazrilTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Say atau nama sebenarnya Dr Shazril Shaharuddin telah terpanggil untuk berkongsi pengetahuannya tentang penggunaan double face mask ini menerusi platform media sosialnya. Bagus penjelasan Dr Say berkenaan pemakaian pelitup muka berganda ini.
Ads
“Baru-baru ini Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ada melakukan satu study yang mana dengan memakai dua mask, ia dapat menapis lebih banyak partikel berbanding satu mask,” tulis suami kepada Dr Azura Abas ini.
Foto: Instagram @say_shazril
Rupanya pemakaian double face mask ini bukan seperti yang difikirkan. Tambah Dr Say lagi, “CDC does not refer to pakai 2 surgical mask serentak. Akan tetapi study mereka refer to mask kain on top of surgical mask (macam dalam gambar saya),” tulis doktor kacak ini.
Ads
CARA PEMAKAIAN PELITUP MUKA BERGANDA
Foto: Instagram @say_shazril
Dr Say turut menjelaskan keberkesanan pemakaian double face mask ini. Double mask dapat filter 85.4 % of particles mana kala single surgical mask filter 56.1 % dan cloth mask filter 51.4 % of particles. “Tapi kalau ampa pakai mask N95, tak perlu doubling pun sebab N95 filter 95 % of particles,” jelasnya lagi.
Bapa kepada seorang anak lelaki ini sempat menitipkan nasihat kepada semua agar menjaga diri sendiri dengan, jaga penjarakan fizikal, pandai duduk rumah, pandai patuh SOP. “KKM tak wajibkan pun double mask ni cuma kepada mereka yang nak amik extra precaution, double mask’s efficiency has been validated by CDC.
Foto: Instagram @say_shazril
Terpulang nak double mask atau tidak. Tapi kalau yang nak perlindungan lebih, pakailah double face mask memandangkan kes sangat tinggi sekarang, silakan. Stay safe & take care peeps,” coret Dr Say.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
April ini, genap setahun Nor Farhatul Fairuzah Panut bergelar Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019. Sepanjang tempoh itu bermacam-macam usaha telah dilakukan gadis berusia 20 tahun ini demi menyebarkan syiar Islam di mata dunia dan Malaysia khasnya. Selain berjaya menghasilkan single dakwah ‘Bukti’, Farha turut menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan label tudung miliknya sendiri iaitu Farha Looks.
Awal Januari lalu, Farha berangkat ke Korea Selatan dan bertemu mualaf popular di sana yang dikenali sebagai Daud Kim untuk mengajar ilmu dan bacaan tarannum Al-Quran. Sehingga ke hari ini, video mengaji Al-Quran mereka berdua yang dimuatnaik di Youtube milik Daud Kim telah ditonton hampir 600 ribu orang!
Susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan kepada setiap rakyat, Farha terpanggil untuk mengadakan slot ‘live’ untuk mengajak lebih ramai umat Islam mendalami Al-Quran sepanjang tempoh kuarantin ini. Walau tidak dapat bersemuka dengan followers namun niat untuk memgimarahkan kitab suci tetap giat dilakukan Farha menerusi alam maya.
Jelas anak bongsu daripada lima beradik ini, dia menggunakan media sosial Instagram miliknya sebagai platform untuk mengajar dan bertarannum Al-Quran. Ketika dihubungi untuk bertanyakan mengenai usaha tersebut, Farha dalam nada gembira membuka bicara. “Farha akan buat live IG selama dua jam atau lebih sebab alhamdulillah banyak sangat request nak join baca Quran berlagu.
Selain belajar bertarannum bersama, Farha juga buka QnA untuk mereka bertanyakan soalan atau penjelasan tentang tarannum. Dengan adanya teknologi media sosial macam ni, mereka yang ada di luar negara pun boleh ikut serta dan Farha sendiri tak sangka ada di antara mereka dari Iraq dan Palestin. Yang paling muda pula kalau tak silap Farha dalam lingkungan 10 atau 11 tahun. Alhamdulillah.”
Kongsi Farha lagi, kebiasaannya dia akan mula bersiaran langsung di IG selepas Isyak. “Antara yang Farha buat semasa live ialah perkongsian tarannum dengan bacaan surah-surah yang pendek. Tarannum asas dan tajwid yang betul. Tak semestinya join live ini untuk bertarannum, yang ‘datang’ untuk mendengar saja pun sebenarnya dah boleh dapat pahala,” pelawa bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan ini.
Melihat usaha menggaji Al-Quran turut diamalkan golongan selebriti tanah air ketika PKP ini, Farha turut mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan. “MashaAllah, sangatlah bagus bila selebriti dan golongan artis ini dapat manfaatkan masa PKP dengan mengimarahkan media sosial dengan membaca Al-Quran. Bagi Farha, ia secara tak langsung dapat menarik lebih ramai orang di luar sana untuk sama-sama mendalaminya.
Alhamdulillah Farha tengok ramai selebriti yang minat dalam bacaan Quran bertarannum macam Mira Filzah, Zizan Razak, Aliff Satar dan Faizal Tahir. Mereka semua ada komen di posting Farha dan follow IG saya. Tarannum ini salah satu seni Al-Quran yang indah Allah turunkan dan memberi impak yang besar dalam menarik minat.”
Dalam pada itu, anak kepada pasangan Allahyarham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini turut mahu menzahirkan ucapan terima kasih kepada para frontliners negara yang telah bertungkus-lumus menangani Covid-19. “Allahu, pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih atas bantuan dan penat lelah semua pekerja-pekerja dan petugas yang menangani Covid-19 ini. Rasulullah bersabda, ‘Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.’ Alhamdulillah semoga Allah beri ganjaran pahala yang melimpah buat mereka dan diberi perlindungan. Teruskan semangat.
Setakat ini Farha hanya bantu mana yang mampu dengan menyalurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara dalam talian. Lagipun hendak keluar rumah sekarang ni agak susah. InshaAllah Farha sentiasa doakan semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya.”
Mengimbas kembali perjalanan awal Farha sebelum bergelar Johan Qariah negara, gadis yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah bidang Al-Quran ini berkata, “Sejak umur lima tahun lagi saya dah mula belajar tarannum. Bila masuk darjah satu pula, saya dah didedahkan menyertai pertandingan tilawah. Mak dan ayah yang banyak mendidik saya sejak kecil lagi sebab mereka berdua bekas Qari dan Qariah. Ayah jadi Qari sekitar tahun 1990an dan kali terakhir mak bergelar Qariah pula pada tahun 2004 di Perlis dan dapat tempat ketiga peringkat kebangsaan.
Kalau diikutkan, selain suka dengar lagu-lagu Arab, tilawah juga salah satu hobi saya. Tujuan saya masuk tilawah adalah untuk menilai sejauh mana kualiti bacaan.” Apa yang membuatkan penulis kagum dan teruja, kelima-lima beradik Farha juga aktif mendalami Al-Quran dan menyertai pertandingan tilawah. “Semua adik-beradik saya pernah wakil negeri dan ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai anjuran. Memang ini adalah impian arwah ayah dan mak. Lagipun, mak adalah guru mengajar Al-Quran.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sibuk-sibuk kita laungkan Save The Earth, adakah kita benar-benar melakukannya? Kadang-kadang cakap saja lebih, buatnya tidak! Tapi mungkin lepas baca pasal Dr Halina ni, kita akan lebih bersemangat.
Better late than never kan! Masih belum terlambat sebenarnya untuk anda mulakan mengitar semula bahan terbuang. Sebagai wanita, andalah contoh terbaik yang boleh ditunjukkan kepada keluarga kerana semuanya bermula dari rumah.
Baru-baru ini Dr Halina Mohd Yunos berkongsi satu post di Instagram info grafik bertajuk 7 Single-Use Swaps And The Trash You Can Save In One Year. Info yang terkandung di dalam post ni cukup menarik dan membuka mata orang yang membacanya. Malah, ramai pula berkongsi pengalaman masing-masing yang sudahpun mula mengitar semula bahan terbuang.
Kempen Zero Waste yang cuba diikuti Dr Halina masih dalam peringkat awal. Maklumlah, apabila kita sudah terbiasa dengan amalan menggunakan plastik dan sebagainya, ia pasti mengambil masa untuk berubah menerima perubahan dan dia bermula dengan Less Waste. Dr Halina sendiri baru mengetahui mengenai banyak lagi kelebihan yang boleh dilakukan jika kita mengitar semula.
Tengoklah apa yang dibawa Dr Halina setiap kali ke pasaraya. Beg shoppingnya ‘beranak’ menjadi beg-beg kecil yang ringan dan senang di cuci contohnya beg kasut dan mesh bag. untuk memuatkan barang keperluan yang ingin dibeli semata-mata untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. yang akan digunakan untuk mengisi barang dibeli. Malah, panjang lebar juga perkongsiannya untuk wnaita-wanita di rumah yang ingin mula mengikuti kempen kitar semula. Bacalah…
Perkongsian Dr Halina tidak terhenti di situ. Sebuah video yang menayangkan penggunaan plastik untuk membeli roti juga membuka minda kita semua untuk lebih menyayangi alam sekitar.
Pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Tetapi apa yang kita rancang, hanya Tuhan yang menentukan. Ada yang bunting pelamin, ada yang hamil selepas beberapa bulan, beberapa tahun malah ada yang menunggu lebih 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.
Bila dah lama menunggu, ada yang membuat keputusan untuk tanya Mr. Google rawatan-rawatan yang boleh membantu untuk merealisasikan hajat untuk memiliki anak. Mulalah keluar rawatan-rawatan tradisional seperti mengurut, berbekam malah ada yang sibuk menjual produk yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia!
Melalui perkongsian Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat di laman FBnya, Dr Hamid dengan paparan infografik ‘Pak Bidan’ berkongsi pelbagai tips untuk menjaga kesihatan terutamanya melibatkan tumor dan cyst.
Punca terjadi adenomyosis dan fibroid?
APA NASIHAT PAK BIDAN?
PALING PENTING, DIET!
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!