Wah! Tahniah NONA ucapkan kepada angkasawan kebanggaan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menimang cahaya mata ketujuh apabila isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dikhabarkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi. Selain itu, Dr Sheikh turut berkongsi perkembangan terkini menyatakan bayi lelaki dan ibu dalam keadaan sihat.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia amat bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan. Beliau juga meluahkan kesyukuran atas berkat doa orang ramai dalam urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini. Wah makin meriah dan ‘happening’ la keluarga Dr Sheikh dan isteri!
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa,” tulis beliau dalam hantaran Instagramnya.
Ads
Untuk perkongsian, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut serta rakan-rakan artis yang menghujani ruangan tersebut dengan ucapan tahniah. Semoga anak Dr Sheikh akan membesar dan menjadi insan yang berguna dan bermanfaat buat ibu bapa, bangsa dan negara.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tumpang gembira untuk rakyat negeri Kelantan apabila Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan mengumumkan perkhabaran mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mengembalikan Emolumen Diraja kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Baginda mengambil langkah sama seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mengembalikan Emolumen Diraja selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 sehingga bulan September 2020.
Baginda berharap Emolumen Diraja yang dikembalikan ini akan dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan.
Dalam pada itu, Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia adalah penting untuk melandaikan puncak jangkitan (flattening the curve) dengan melindungi golongan yang mudah terdedah dan mengelakkan lebih ramai keluarga kehilangan orang yang disayangi.
KDYMM Sultan Muhammad V turut bertitah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin sukar bagi ramai orang, tetapi ia adalah langkah yang perlu diambil. Baginda berharap supaya rakyat dapat terus bersabar dan memandang Perintah Kawalan Pergerakan dari sudut positif di mana mereka boleh meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat. Baginda berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu di antara satu sama lain.
Kredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad VKredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad VKredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V
Baginda sekali lagi merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kritikal yang tidak mengenal penat lelah dan berkorban untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Akhir sekali, Baginda mengajak semua rakyat untuk turut sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira di Instagram peribadinya bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 27 Mei 2023 yang lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Dynas berkongsi satu foto dengan kapsyen ringkas: –
“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah a baby girl for us.”
Dynas meluahkan kesyukuran setelah selamat menimang cahaya mata perempuan namun belum mendedahkan wajah serta nama bayinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.
Untuk info, Dynas mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!