Sebagaimana orang lain tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat pandemik COVID-19 ini begitu juga dengan wanita cantik kelahiran Palembang, Indonesia ini. Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin sudah dua tahun tidak berjumpa keluarga tersayang di Negara Seberang namun akur dengan ketentuan itu.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Dalam pada itu, isteri kepada Asyraf Khalid ini telah mencungkil bakat baharu yang ada dalam dirinya. Tya memberanikan diri menjadi pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Selain menjadi pelakon, penyanyi dan usahawan perniagaan jus kesihatan, Mutyara, wanita ini gembira dengan perkembangan terbaharunya ini. “Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
Ads
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak-jinak jadi pengacara,” kata ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
Ads
Ads
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada.
Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan,” kata Tya yang pernah menjemput Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad di dalam programnya.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan menginspirasikan! Rohana Abdullah, penerima Biasiswa Anak Emas UTeM, kini bergelar graduan selepas menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 baru-baru ini.
Kisah Rohana pernah tular hampir empat tahun lalu apabila beliau dijaga oleh ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan.
Namun, perjalanan hidupnya tidak mudah kerana berdepan kesukaran mendapatkan taraf kerakyatan selepas ditinggalkan sejak kecil.
Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian ramai termasuk pujian kepada ibu angkatnya, Chee Hoi Lan yang kekal teguh memastikan Rohana dibesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa mengubah agama asalnya.
Malah, ibu angkatnya itu pernah menerima Anugerah Ikon Ibu Sejati sempena Maulidur Rasul 2022.
Gadis berjiwa kental ini juga pernah bekerja sebagai pengajar tuisyen sebelum mendapat perhatian mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tampil membantu sehingga beliau berjaya memperoleh kewarganegaraan menerusi Surat Keputusan Kewarganegaraan.
Dengan keprihatinan pihak universiti di bawah kepimpinan Naib Canselor, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, Rohana telah ditawarkan tempat pengajian serta dipilih sebagai penerima pertama Biasiswa Anak Emas UTeM.
Biasiswa ini merangkumi pembiayaan penuh pengajian diploma serta bantuan wang saku sepanjang tempoh pengajian.
Program Biasiswa Anak Emas UTeM ini diwujudkan untuk membantu pelajar cemerlang daripada golongan kurang berkemampuan.
Ia merupakan inisiatif Yayasan Tun Canselor UTeM yang menyediakan tajaan penuh bagi meringankan beban pelajar agar mereka dapat belajar dengan lebih fokus dan mencapai kecemerlangan akademik.
Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin menjelaskan, kejayaan Rohana membuktikan bahawa program ini membuahkan hasil selepas tiga tahun pelaksanaannya.
Beliau berkata, UTeM bukan sahaja unggul dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi, tetapi juga sentiasa mendahulukan kebajikan pelajar.
“UTeM sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan pelajar agar mereka menikmati suasana pembelajaran yang kondusif sepanjang tempoh pengajian,” ujar beliau.
Sementara itu, Rohana menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang keemasan melalui Biasiswa Anak Emas UTeM sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88.
“Saya amat berterima kasih kepada UTeM, terutamanya kepada Tun Canselor dan Naib Canselor atas kepercayaan yang diberikan melalui program ini.
“Terima kasih juga kepada semua pensyarah, staf dan pegawai yang sentiasa membantu saya dari tahun 2022 hingga 2025,” katanya.
Tambah Rohana, program ini benar-benar membantu pelajar cemerlang yang berdepan kesukaran kewangan dengan memberikan bantuan kewangan, motivasi dan peluang terbaik untuk mencapai potensi diri sepenuhnya.
Kini, beliau meneruskan perjalanan akademiknya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian di UTeM, sekali lagi membuktikan keberkesanan Biasiswa Anak Emas UTeM dalam melahirkan graduan berprestasi tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berderai air mata tengok reaksi bapa ini saat menerima hadiah kereta baru daripada anak-anak. Walau hanya sekadar melihat menerusi alam maya, tapi riak wajah bapa bertuah ini sudah cukup membuatkan netizen merasai perasaan yang dialaminya ketika itu. Allahu, bersyukurnya dikurniakan anak-anak yang prihatin dan mengenang jasa.
Menerusi video yang dimuat naik Nor Haliza Samsudin yang kini mencecah lebih sejuta tontonan, bapanya Samsudin Zainuddin dan ibu, Nor Hayati Abdul Talib kelihatan terpinga-pinga saat membuka kota berisi kunci yang diserahkan kepada mereka. Tak sedar ‘hadiah’ yang bakal diterima, reaksi kedua-duanya berubah apabila sebuah kereta Perodua Axia memasuki perkarangan rumah.
Tindakan si ayah yang beberapa kali mengesat air mata turut membuatkan semua yang menonton video ini menangis gembira.
Kongsi anak kedua daripada lapan beradik, Nor Haliza Samsudin di Facebooknya, “Kami adik-beradik tak sampai hati tengok ayah bawa kereta lama. Air cond tak ada, banyak yang rosak, tak selesa. Sedangkan kami semua naik kereta yang selesa. Maka, perancangan demi perancangan untuk buat surprise.
Dan akhirnya, 9 Mei 2018, sempena hari mengundi dapat juga kami semua berkumpul untuk serahkan kereta untuk ibu dan ayah. Bukan kereta mewah kami dapat belikan, hanya kereta kecil ikhlas dari jiwa kami yang besar untuk ibu ayah tersayang. Maaflah ibu ayah, banyak sangat kami terpaksa ‘menipu’ untuk buat suprise untuk ibu ayah.
‘Biar 1 dunia membenci, kami tetap di sisi’. Ayat ayah semalam, ‘Ayah tengah mandi pun terasa nak nangis, tersenyum sendiri.”
Ketika dihubungi, Haliza turut memberitahu pemberian istimewa ini dah lama dirancang. “Kami start plan nak hadiahkan pada ibu ayah memang dah lama. Tapi cuma angan-angan je sebab kami bukan jenis berkemampuan sangat. Bila dengar ayah cerita kereta selalu rosak, terus kami bincang secara serius pada 16 April lalu dan sepakat untuk sama-sama belikan ayah kereta yang kebetulan sempena ulangtahun perkahwinan mereka pada 13 April 2018.”
Baiknya hati lapan beradik ini. Ternyata, bukan hadiah yang menjadi ukuran kebahagiaan tetapi ingatan mereka terhadap jasa ibu dan ayah meskipun jauh di sudut hati pasangan suami isteri ini untuk meminta-minta bantuan daripada anak-anak. Moga kenangan manis keluarga ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus berbakti dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita. InshaAllah.
Sumber: Facebook Nor Haliza Samsudin Jrm
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok melihat perkongsian Datin Emy Mellisa Mohd Kasim di Instagram berkenaan diet telur rebus yang diamalkan. Bagi memudahkan para pengikutnya, Datin Emy Mellisa meletakkan #eggdietemymellisabdk sebagai rujukan. Diet jenis ini sememangnya menjadi trend masakini untuk memiliki berat ideal. Ternyata, Datin Emy Mellisa berjaya mencapai berat idealnya berkat amalan yang konsisten.
“Saya memang jenis yang kurus sejak kanak-kanak sampailah ke zaman kampus. Namun semasa umur 25-26 tahun saya tak sedar berat badan naik mendadak. Lalu saya nekad untuk berhenti kerja dengan niat nak turunkan berat badan dan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Saya google macam-macam jenis diet. Akhirnya saya tertarik dengan diet Atkins lalu mencubanya. Dari berat 75kg, saya berjaya dapatkan berat 57kg. Tapi semasa dalam fasa maintain tu saya tersasar sedikit. Berat saya naik ke 62kg!
Lepas berkahwin, saya ada melakukan minor surgery. Disebabkan itu berat saya kembali naik sampai 68kg. Saya cuba untuk diet semula. Saya terbaca kisah viral Amylia AF yang kembali kurus dengan hanya mengamalkan diet telur tanpa ke gim. Saya terus google berkaitan diet telur.
Walaupun saya bukanlah penggemar telur rebus tapi saya nekad juga demi kurus. Telur rebus menjadi signature food saya setiap hari. Saya berjaya mencapai berat ideal semasa zaman sekolah menengah. Dari 68kg saya berjaya mendapat 52kg dalam masa tiga bulan setengah.
Saya idamkan untuk mendapat berat 48-49kg walaupun sebenarnya dengan berat sekarang dah cukup ideal dengan ketinggian saya iaitu 160cm. Empat makanan yang ‘wajib’ ada sepanjang saya amalkan diet telur iaitu telur rebus, epal hijau, kacang kuda dan teh hijau. Bila berlaku penurunan berat yang banyak, saya mula mempelbagaikan makanan sihat lain dalam menu harian.”
PERNAH DIPANDANG SINIS
“Semasa bujang ada yang cakap badan saya macam perempuan yang dah kahwin anak lima. Bentuk badan saya dipertikaikan. Lepas berkahwin pula, ada yang menegur badan saya lebih berisi tak macam sebelum berkahwin.
Sokongan suami membuatkan saya lebih konsisten semasa berdiet. Suami tahu saya tak suka telur rebus tapi setiap pagi suami masakkan telur rebus. Rupanya sangat cantik sehinggakan saya tiba-tiba boleh sukakan telur rebus. Ramai juga followers di Instagram yang turut mencuba cara diet saya. Kebanyakannya mengucapkan terima kasih kepada saya kerana berkongsi tentang diet telur.
Kebanyakan menu sihat yang saya sediakan adalah daripada imaginasi sendiri. Saya tak merujuk mana-mana buku walaupun di rumah ada banyak buku resipi. Kadang-kadang apa yang saya makan di luar, saya akan olah menjadi versi yang lebih sihat. Resipi rakan-rakan di Instagram juga menjadi rujukan saya.
Menu sihat kegemaran saya ialah salad yang ditambah protein. Saya amalkan sayuran hijau dan ulaman untuk awet muda. Saya juga gemar ke gim 4-5 hari dalam seminggu dan meluangkan masa sejam setengah ke dua jam untuk senaman kardio dan strength training.”
NASIHAT BUAT YANG SEDANG BERDIET
“Buat wanita-wanita yang sedang berdiet, untuk kawal nafsu makan anda haruslah bijak membezakan rasa lapar atau nafsu. Kawal stres kerana ia membuatkan kita sentiasa rasa nak makan. Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong.
Berhenti membandingkan makanan kita dengan orang lain, tak perlu fikir makanan yang terlalu fancy kerana makanan biasa pun mampu membuatkan kita kurus dan kekal sihat. Paling penting jangan jadikan makanan ringan sebagai stok di rumah sebab potensi untuk ‘termakan’ tu sangat tinggi.”
Datin Emy Mellisa berusia 34 tahun dan merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dari UTM Skudai.
SALMON MASAK LEMAK CILI PADI VERSI DATIN EMY MELLISA
Bahan-bahan:
Kepingan isi ikan salmon
1 kotak kecil santan
Cili padi (dikisar/ditumbuk kering)
Kunyit (dikisar/ditumbuk kering)
Garam secukup rasa
Asam keping
Sedikit air
Daun selasih
Hirisan daun kunyit
Cara Membuat:
Masukkan santan ke dalam periuk diikuti bahan yang dikisar atau ditumbuk kering. Tambahkan air dan hirisan daun kunyit. Biarkan mendidih seketika, masukkan kepingan isi salmon. Tambahkan garam, asam keping dan daun selasih. Kacau sebentar kemudian angkat.
Kredit Foto: Instagram Emy Mellisa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.