Heboh beberapa hari kebelakangan ini tentang dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan ke mana perginya sumbangan rakyat Malaysia terhadap Masjid Al-Aqsa.

Semenjak krisis di Palestin kembali menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia, banyak pihak mengambil inisiatif sendiri untuk melancarkan kutipan dana.

IKLAN

Namun persoalan utamanya, siapakah pihak yang ‘menerima’ dana tersebut? Adakah rakyat Palestin menerima manfaat bantuan, atau wujudkah ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengambil kesempatan terhadap kemuliaan hati dermawan kita?

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Masjid Al-Aqsa

 

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Penduduk Palestin mengerjakan solat sunat Aidilfitri

 

Terkini, Majalah Nona mendapatkan penjelasan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri yang kini aktif menguruskan pelbagai bantuan dari hasil sumbangan orang ramai.

Enggan sekadar berpeluk tubuh melihat kezaliman rejim zionis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan mempertahankan Al-Aqsa Malaysia atau ‘My Aqsa Defenders’ bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat negara itu.

 

PENJELASAN

(1) Tuduhan bahawa dana daripada NGO-NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, secara umum tanpa penjelasan terperinci, adalah berniat jahat.

(2) Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan modus operandi NGO-NGO di Malaysia.

Pertamanya, majoriti NGO-NGO ini tidak mensasarkan kutipan sumbangan ke Masjid Al-Aqsa atau Tebing Barat secara am, malah menumpukan kepada Gaza, dengan sebab-sebab yang akan saya terangkan di bawah.

Keduanya, tidak ada syarat yang diletakkan mana-mana pihak bahawa sumbangan yang hendak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau Palestin secara am perlu melalui Kementerian Wakaf yang dipertanggungjawabkan menjaga Al-Aqsa.

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Kerosakan di bumi Palestin tidak tertumpu pada satu wilayah semata-mata

 

(3) Justeru kenyataan yang lebih bijak dan diplomatik sepatutnya berbunyi, dana NGO Malaysia tidak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau dana NGO tidak disalurkan melalui Kementerian Wakaf, sebagai galakan berbuat demikian.

(4) Misalnya, kalau berlaku banjir di Kelantan atau Terengganu, kerajaan-kerajaan negeri tersebut, tidak boleh menuduh bahawa berlaku penyelewengan bantuan am semata-mata kerana sumbangan tidak disampaikan kepada mangsa melalui agensi kerajaan yang mengurus bencana. Malah, mana-mana pihak bebas menyampaikan bantuan sama ada melalui pihak ketiga atau terus kepada mangsa.

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Kebanyakan sumbangan NGO disampaikan terus kepada penduduk

 

(5) Isu Palestin adalah isu yang lama dan besar. Tetapi apabila isu tersebut signifikan hanya dengan krisis kemanusiaan dan perjuangan di Gaza, sehingga menyebabkan fokus media, solidariti dan bantuan kewangan hanya sampai ke Gaza, maka ada pihak yang perlu menjawab, kenapa penduduk Malaysia hanya mengenali Gaza?

IKLAN

Jawapan saya, ialah kerana pihak yang berada di Gaza, secara kolektif daripada penduduknya, kerajaannya (tanpa persoalan diiktiraf atau tidak), dan aktivisnya memainkan peranan yang sangat berkesan sehingga kemelut mereka dirasai dan dikongsi dengan masyarakat antarabangsa.

(6) Tetapi tidak ramai yang mengenali kesusahan penduduk yang berada di Tanah Jajahan 1948 dan di Tebing Barat. Tidak ramai yang faham dengan proses normalisasi yang sedang giat berlaku sehinggakan sedikit demi sedikit negara luar mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut tanpa disedari.

Tidak ramai yang menyedari bagaimana demografi Kota Al-Quds berubah dengan mendadak setelah puluhan ribu penduduk asal terpaksa berhijrah akibat tidak mampu membayar cukai yang bernilai puluhan ribu ringgit setahun yang dikenakan oleh kerajaan Zionis, dipaksa merobohkan rumah dengan tangan sendiri dan dilarang dibesarkan rumah sehingga puluhan anggota tinggal di dalam ruang kecil.

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Golongan minoriti seperti wanita dan kanak-kanak menjadi perhatian

 

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Bantuan NGO disampaikan terus kepada pihak yang terjejas

 

(7) Malah, dukacitanya masih banyak pihak yang mendabik dada bangga bahawa ziarah mereka ke Al-Aqsa sebagai pelancong membantu ekonomi penduduk kerana menginap semalam dua di hotel penduduk tempatan dan membeli cenderahati dari mereka. Kalau jahil, silakan bertanya, jangan tegakkan benang yang basah.

(8) Waktu ini bukan waktu yang sesuai untuk mencari lawan. Ia waktu untuk menyusun semula saf dan memperbetulkan barisan berdepan musuh yang tidak berpecah-belah. Berbanding mencari salah dan menuding jari, lebih baik mencari jalan menyatukan faksi yang banyak di dalam barisan Palestin – yang menyebabkan pendokong kalian muak – dan bersatu tatkala ummah sedia bersatu untuk kalian.

IKLAN

Daripada sibuk mengorek lubang baru, wujudkan gelombang bagaimana memaksa kepimpinan menghentikan kerjasama sekuriti dengan penjajah dan menoktahkan saki-baki Perjanjian Oslo dalam berdepan neo-Oslo iaitu Deal of The Century.

(9) Saya telah bertemu dengan pihak yang melontar tohmahan ketika berada di Malaysia dan menasihati supaya mereka mengadakan pertemuan mahabbah bersama-sama dengan NGO tempatan dan membentuk kerjasama.

Pandangan yang sama juga telah saya berikan kepada pihak di kerusi sama sebelumnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Yang ada hanyalah tuduhan dan persoalan mengapa NGO-NGO Malaysia gemar bekerjasama dengan pecahan Palestin yang tidak diiktiraf, dan mengapa kerajaan Malaysia sendiri menjalinkan hubungan dengan pihak terbabit yang ‘tidak diiktiraf dunia’.

Duit Lesap? Derma Dah Beri, Tapi Bantuan Tak Sampai Ke Al-Aqsa, Ini Penjelasan Konkritnya!
Nadir Al-Nuri

 

Kalau pun kami terlalu kecil dan usaha kami terlalu kerdil untuk dibentuk kerjasama, paling-paling kumpulkanlah mereka yang berusaha membantu anak bangsa kalian untuk bersilaturahim sebagai penghargaan.

(10) Malaysia mempunyai sejarah panjang membantu perjuangan rakyat Palestin, daripada kerajaan sehinggalah kepada NGO dan rakyat marhaen. Kami di PALM Strategic sendiri pernah menyiapkan kertas kerja berkaitan tajuk tersebut, sebagai tanda bangga bahawa kami merupakan sebahagian perjuangan pembebasan tanah milik ummah ini. Perjuangan ini, adalah perjuangan ummah, perjuangan milik bersama yang tidak ada tuan atau pemilik.

(11) Justeru itu, puluhan NGO bekerjasama di bawah payung Wisma Malaysia di sini untuk membantu dari segenap aspek dan sudut. Dan kami akan terus membantu penduduk Palestin di Gaza, di Masjid Al-Aqsa, atau di mana sahaja bumi yang dijajah, sama ada melalui Kementerian Wakaf, secara terus kepada penduduk atau melalui mana-mana badan yang kami yakini sebagai jalan dan jambatan menyampaikan amanah tersebut, sehinggalah Kiblat Pertama ummah kembali ke tangan kita.

 

Begitulah penjelasan panjang lebar daripada Nadir Al-Nuri atau nama sebenarnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, sebagai wakil PALM Strategic Initiatives Centre di Gaza.

Nadir Al-Nuri turut membentangkan senarai NGO bersama di bawah PALM iaitu:

  • Cinta Gaza Malaysia – CGM
  • MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization
  • Iman Care
  • Warga Cakna
  • Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Official
  • Serantau Muslim
  • Perdana Global Peace Foundation
  • Dana Kita
  • Sedekah Subuh
  • Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI