Beruntungnya ibu mentua usahawan berjaya, Yatie Kamarzaman! Mana tidaknya, bukan hanya dihargai seperti ibu sendiri dengan bawa pergi melancong dan sebagainya. Bahkan Mei lepas bersempena Syawal dan ulang tahun kelahiran mentua tersayang, Yatie seisi keluarga meraikan detik indah tersebut bersama-sama.

Ads

Lebih bermakna, mereka sekeluarga memilih Putrajaya sebagai destinasi pilihan dan menaiki cruise yang mengelilingi Tasik Putrajaya sambil meluangkan masa berkualiti dengan ahli keluarga. Enjoy sangat tengok kehidupan keluarga bahagia ini!

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Yatie di Instagram miliknya, ruang kapal cruise dihias indah dengan dekorasi rona pastel, belon dan bunga-bungaan. Terdapat juga meja buffet yang menghidangkan aneka juadah dan dessert menyelerakan.

Sepanjang pelayaran di Tasik Putrajaya ini, jelas terpancar wajah bahagia Samsiah Jamaluddin yang diraikan cukup meriah oleh anak-anak, menantu dan cucu tersayang!

Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn

“Menyambut Syawal bersama family Mohamad Zaidi Aziz sekaligus celebrate ulang tahun mertua. Semoga memori yang kita create sentiasa dalam ingatan,” tulisnya.

Meskipun sambut hanya di dalam negara namun cukup bermakna. Bertuah Samsiah Jamaluddin dikurniakan anak dan menantu yang sangat menghargai dirinya.

Tengok persiapan dan dekorasi yang dilakukan untuk majlis hari lahir ibu mentua Yatie ini, dah macam majlis pertunangan pun ada. Semuanya nampak indah dan sempurna!

Ads
Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
Eksklusifnya, Yatie Kamarzaman Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Dalam Cruise Dihias Indah!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn

Awal Syawal lalu, Noor Hayati Kamarzaman dan suami turut membawa ibu kesayangan ini bercuti di Sepanyol. Bukan itu saja, hujung Februari lepas mereka turut melancong ke Bali, Indonesia.

Ketika berada di sana, pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini menerima kejutan istimewa daripada suami dan anak-anak yang meraikan hari lahirnya di sebuah restoran eksklusif di sana.

Kenangan sambut hari lahir di Koral Restaurant, Bali https://www.nona.my/cecah-usia-39-tahun-usahawan-berjaya-percutian-mewah-yatie-kamarzaman-di-bali-jadi-perhatian/

Ads

Selain gaya hidupnya yang sering menjadi perhatian, kisah kejayaan dan kediaman mewah Yatie juga menjadi bualan followers.  

Apa tidaknya, mahligai indah Noor Hayati Kamarzaman ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI