Diam tak diam, sudah hampir lapan tahun Leuniey Natasha menjadi suri hari bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex. Sah bergelar suami isteri pada tanggal 28 Disember 2012, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata comel sebagai penyeri rumah tangga. Meskipun kedua-duanya melayari bahtera perkahwinan pada usia yang muda namun mereka berjaya membuktikan kematangan diri dan terus menikmati kebahagiaan hidup bersama-sama hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Sewaktu menjadi isteri kepada Apex, Leuniey baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang ketika itu meraih populariti dan sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini pun ibu kepada tiga anak ini masih kekal menawan. Ditanya resipi perkahwinan bahagia di samping suami tercinta, Leuniey ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur.

IKLAN

“Alhamdulillah takdalah resipi sangat pun. Tahun ni merupakan tahun ke-8 perkahwinan kami, insyaAllah. Apa yang boleh Leuniey katakan, persefahaman yang baik antara pasangan itu adalah sangat penting. Begitu juga dengan sikap toleransi sesama suami isteri. Sebagai isteri, elakkan daripada buat benda yang suami tidak suka dan hormati suami adalah kunci utama dalam perkahwinan Leuniey dan Apex.”

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!Ujar wanita cantik ini lagi, “Sekarang kami menetap di Melaka, dah nak masuk tahun ketiga kami di sini sebab Apex main untuk Melaka United. Anak sulung dan nombor dua pun dah bersekolah tadika, masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Kebanyakan masa memang Leuniey bekerja dari rumah sebab office dan warehouse kami di Bangi. Setiap dua atau tiga kali seminggu Leuniey akan ke office di Bangi untuk jumpa team, jadi nak bahagikan masa di antara bisnes dan keluarga alhamdulillah tiada masalah buat kami.

Kalau Leuniey ke office belah pagi, Apex pula akan tolong jagakan anak sambil dibantu oleh maid sebab Apex training belah petang. Mujurlah kami ada maid yang sangat baik dan membantu dari segi kerja rumah dan anak-anak. Pada waktu lapang, Leuniey akan memenuhi waktu masa dengan anak-anak dan suami seperti bawa mereka keluar makan dan teman bermain. Kalau untuk diri sendiri pula Leuniey lebih suka pergi bersenam atau shopping bila ada masa terluang. Biasanya Leuniey buat rutin senaman pilates dan gym termasuk buat Live di Instagram untuk kongsi make up tutorial atau sekadar bersembang dengan rakan-rakan IG, ” ungkap pemilik nama Nur Eilunie Natasha Jaafar ini.

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

IKLAN

Terpikat dengan kemulusan kulit wajah Leuniey, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, Leuniey membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.

Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”

Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kecantikan terbaru, LadyVie. Difahamkan produk ini baru sahaja dilancarkan Mac lalu. “Idea untuk buat jamu modern LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.

IKLAN

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Elak Buat Benda Suami Tak Suka & Hormat Suami, Resipi Rumah Tangga Bahagia LEUNIEY & APEX!

Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan lebih. Alhamdulillah Mac lepas kita dah buat online launching,” ulas Leuniey yang gemar membuat kerja seni, mengembara dan menari.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi Covid-19 yang melanda negara Leuniey berkata ia secara tidak langsung turut menjejaskan bisnes miliknya. “Dengan musim Covid-19 ni memang Leuniey sangat terkesan terutamanya dari segi bisnes. Lagipun seperti yang kita tahu semua orang termasuk Leuniey sendiri kena berjimat-cermat beli barang. Boleh dikatakan keadaan sekarang ni agak mencabar bagi seorang peniaga. Walau bagaimanapun Leuniey doakan semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia supaya terhindar daripada wabak ini.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI