Tahukah anda, dijangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysia?

Inilah hasil kajian dari Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) yang menjangkakan bilangan warga emas kian meningkat, malah jangka hayat juga dijangka lebih panjang dengan golongan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur hampir 80 tahun, manakala golongan wanita yang mencapai usia 65 tahun pada tahun lepas, dijangka akan hidup 17.8 tahun lebih lama sehingga usia 82 tahun.

IKLAN

Berita ini sesungguhnya mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri. Dari aspek positif, usia yang panjang memberikan lebih nilai kepada kehidupan seseorang tetapi sia-sia jika berpenyakit.

Elak Sakit Lutut & Tulang Reput, Ikut Cara Mudah Ini Jaga Kesihatan Sebelum Tua

Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan.

Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas.

Antara kesan-kesan penuaan yang paling ketara adalah kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi yang mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini.

LANGKAH-LANGKAH AWAL

  1. Mengekalkan berat badan yang sihat.
  2. kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.
  3. Merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan.
  4. Selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul.

Elak Sakit Lutut & Tulang Reput, Ikut Cara Mudah Ini Jaga Kesihatan Sebelum Tua

Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat.

“Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau.

Satu kajian yang terkini menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Kajian tesebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, mengalami 2X peningkatan fleksibiliti, 3 X peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.

IKLAN

Elak Sakit Lutut & Tulang Reput, Ikut Cara Mudah Ini Jaga Kesihatan Sebelum Tua

“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene ACTIFIT 3X dan GOLD 5X dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati.

MUSKULOSKELETAL

Menurut Dr Nor I’zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi agar kekal kuat untuk masa yang akan datang.

IKLAN

Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.

“Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan.

Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau.

Elak Sakit Lutut & Tulang Reput, Ikut Cara Mudah Ini Jaga Kesihatan Sebelum Tua

Anlene GOLD 5X yang baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang terdapat di dalam produk ini ialah MFGM Active, yang mengandungi MFGM – gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi.

Di dalam setiap gelas susu Anlene, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene GOLD 5X pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X dan tanpa gula tambahan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI