Jika sebelum ini Jalan Petaling atau Petaling Street terkenal di kalangan pelancong sebagai destinasi wajib di kunjungi jika melancong ke Kuala Lumpur, kini ia bertambah menarik dengan kehadiran satu lagi mercu tanda baharu yang menggabungkan tradisi masyarakat Cina serta gabungan dekorasi moden.

IKLAN
IKLAN

Gabungan ini membentuk elemen baharu dalam seni dekorasi untuk sesebuah hotel yang banyak menjadi daya penarik pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. Satu lagi mercu tanda baharu yang bakal menjadi talk of the town ialah Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown.

Apatah lagi apabila perayaan Tahun Baru Cina yang hanya berbaki beberapa hari lagi, pastinya suasana musim perayaan amat dirasai di sekitar kawasan Chinatown ini yang menyaksikan pelbagai persiapan berkaitan sambutan Tahun Baru Cina boleh dirasai di sini. Tidak cukup dengan itu, sempena kedatangan Tahun Baru Cina, Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown turut mengadakan Classic Chinatown Buffet dari 24 hingga 26 Januari 2020. Lebih istimewa, pelanggan boleh menikmati potongan diskaun sebanyak 20% dengan menggunakan code Huat666.

 

Hotel yang baharu dibuka secara rasminya pada tanggal 2 Disember 2019 yang lalu merupakan hotel ketiga di bawah label Four Points by Sheraton yang dibuka di Malaysia. Kedudukan hotel yang strategik di tengah-tengah nadi kepesatan kota metropolitan Kuala Lumpur, hotel ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi apatah lagi ia dihubungkan dengan jaringan jalan raya yang baik selain pengangkutan awam seperti MRT dan LRT yang terletak tidak jauh dari hotel. Ia sekaligus memudahkan pelancong untuk menikmati destinasi tumpuan seperti KLCC, Pasar Seni, Jalan Petaling ataupun Pavillion hanya dengan menggunakan kemudahan LRT dan MRT!

Malah pembukaan rasmi hotel ini telah disempurnakan oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz sambil disaksikan barisan tetamu VIP serta rakan media baru-baru ini.

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown menapilkan 318 bilik penginapan bercirikan kontemporari moden yang lengkap dengan kemudahan terkini bersesuaian dengan gaya hidup traveller masa kini. Setiap bilik penginapan mempunyai ruang yang luas dengan pemandangan indah Chinatown yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang mengembalikan nostalgia sesiapa sahaja yang melalui Kawasan tersebut.

Selain itu, dari bilik penginapan juga pengunjung boleh melihat keindahan ibukota Kuala Lumpur. Lebih istimewa jika anda menginap di 19 suite dan 76 inter-connecting rooms bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan atau berkeluarga, setiap sudut pemandangan indah ibukota Kuala Lumpur boleh dijadikan bahan perbualan untuk mengembalikan nostalgia! Setiap bilik mempunyai lukisan customized wall art hasil kerja tangan pelukis tempatan Loka di mana lukisan tersebut menceritakan tentang masyarakat Malaysia yang sememangnya kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam yang unik dan istimewa.

Usah bimbang untuk menikmati hidangan kerana Four Points By Sheraton menyediakan dua restoran untuk menjamu selera. Lady Yi’s Tea House yang terletak di lobby lounge menawarkan panorama keindahan Kuala Lumpur di samping menyediakan hidangan Peranakan Afternoon Tea yang pastinya memberi dimensi baharu bagi anda yang gemar mencuba menu baharu. Selain itu, Quan’s Kitchen menyediakan hidangan tempatan mahupun antarabangsa untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang memilih menjalankan urusan perniagaan di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, ia turut menyediakan kemudahan bilik mesyuarat dengan keluasan 2,626 kaki persegi untuk memudahkan sebarang mesyuarat, seminar mahupun pelancaran produk dijalankan dengan selesa.

Antara kemudahan lain yang turut disediakan termasuklah kemudahan kolam renang dan gimnasium yang terletak di tingkat 7 hotel. Pemandangan yang indah dari kolam renang dan gymnasium pasti memberi inspirasi yang lebih untuk mengekalkan stamina dan kesihatan!

Jadi, sekiranya anda menginap di Four Points By Sheraton Kuala Lumpur Chinatown anda bukan sahaja melihat keindahan seni masyarakat Cina yang diwarisi dari zaman ke zaman, malah anda dapat mempelajari gabungan dekorasi tradisi dan moden dapat diselari dengan baik malah memberi inspirasi untuk lebih mengagumi budaya tempatan berbanding dekorasi tanpa nilai estetik yang tinggi. Satu lagi info menarik yang ingin kami kongsikan ialah hotel ini mempunyai beberapa lokasi ootd yang sesuai untuk si kaki Instagram! It’s totally worth for your ootd!