Longines, jenama jam tangan Swiss yang mengekalkan kepakaran pembuatan jam tangan serta mencerminkan komitmen utuh terhadap tradisi, keanggunan dan prestasi.

IKLAN

Butik terbarunya di Suria KLCC menampilkan koleksi muzium Longines yang bersejarah sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara mempamerkan koleksi jam tangan poket jenama ini.

Merangkumi keluasan sekitar 803 kaki persegi, butik ini direka bagi meningkatkan pengalaman pengunjung melalui reka bentuknya yang elegan seiring dengan motto jenama ini ‘Elegance is an Attitude’. Ruang baru ini menggunakan kod-kod rekaan yang dapat dilihat di butik Longines seluruh dunia.

Saat menjejakkan kaki masuk ke dalam butik ini pengunjung akan dialu-alukan dengan poster gergasi mewah yang menampilkan dutanya iaitu Kate Winslet.

Panel dinding utamanya terdiri daripada sebuah skrin video besar yang memaparkan informasi dunia Longines dan legasinya selama lebih daripada 185 tahun.

Esen Seni Pembuatan Jam Tangan & Legasi Jam Poket LONGINES Diterjemahkan Ke Dalam Butik Terbaru Di Suria KLCC

Mengutamakan keanggunan, butik ini menampilkan hiasan dalaman yang menggabungkan elemen tradisional seperti panel kayu lacquer dengan logo jam bersayap ikonik, permukaan kulit berkilat, marmar bergilap dan kelengkapan serta perabot yang dipilih secara teliti.

Pengunjung juga dapat melihat ruang khusus bagi Koleksi Longines Equestrian, satu penghormatan kepada penglibatan Longines dalam sukan ekuestrian dan komitmennya terhadap pelanggan wanita yang diilhamkan oleh unsur-unsur ikonik di dalam dunia kuda.

Panel pada ruang ini menawarkan reka bentuk berani dengan pelbagai pilihan jam tangan Koleksi Longines Equestrian.

IKLAN

Esen Seni Pembuatan Jam Tangan & Legasi Jam Poket LONGINES Diterjemahkan Ke Dalam Butik Terbaru Di Suria KLCC

Koleksi Agung

Sembilan jam poket yang berasal dari abad ke-19, secara eksklusifnya dipamerkan di butik ini. Ia mencerminkan kepakaran Longines dari segi teknikal dan estetik.

IKLAN

Sebagai tanda pengiktirafan terhadap peminat di Malaysia, pengunjung dapat menikmati filem yang memaparkan sejarah agung jenama ini.

Butik ini juga mempunyai sebuah ruang VIP yang eksklusif bagi membolehkan pelanggan berbelanja dalam keadaan lebih privasi sambil mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Longines dan koleksi-koleksi tertentu.

Butik ini menawarkan pelbagai koleksi jam tangan Longines termasuk Longines DolceVita, The Longines Master Collection dan Conquest Classic.

Esen Seni Pembuatan Jam Tangan & Legasi Jam Poket LONGINES Diterjemahkan Ke Dalam Butik Terbaru Di Suria KLCC

Setiap kali pembukaan butik baru, Longines mengambil peluang untuk mempamerkan aspek-aspek berbeza berdasarkan keutuhan pada keanggunan dan inovasi yang berterusan. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI