FASHA SANDHA

Kagum dengan stamina Fasha Sandha! Mana tidaknya, umur dah hampir 40 tahun dan ada tiga anak, masih bertenaga macam umur 20an. Dikatakan sedang berusaha untuk kekal cergas dan mendapatkan berat badan ideal, kemunculan Fasha Sandha pada hari sukan sekolah anaknya dan menang acara lumba lari nyata menarik perhatian peminat.

IKLAN

Memuat naik video ketika menyertai acara tersebut baru-baru ini, Fasha dilihat bertanding bersama kira-kira 10 orang ibu. Dia juga berkongsi momen indah berkenaan bersama followers. Meraih hampir 20 ribu tanda suka, rata-rata peminat kagum melihat prestasi aktres cantik ini mengikuti acara larian 400 meter.

Dedah Fasha, “Last lumba lari entah bila. Perasaan nervous mula-mula sebab tengok mommies lain semua fit and slim. I ni kenderaan berat lagi ni. Belum cukup ringan, but alhamdulillah berjaya ke garisan penamat.

Ok la tu walau pun semput dan pancit. Pertandingan lari kategori mommies. It was fun.”

Credit Instagram @fashasandha
Credit Instagram @fashasandha
Credit Instagram @fashasandha

Dalam acara tersebut, isteri Aidil Aziz ini berjaya meraih tempat kedua. Boleh tahan tu!

Mengintai media sosial Fasha, dia memang gemar berkongsi aktiviti harian dengan peminat. Lebih-lebih lagi ketika bersenam di gimnasium.

Malah, dia juga selesa mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cantik dan bertenaga meskipun mengalami pertambahan berat badan selepas melahirkan anak.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Cikgu saya kata ‘There is no ‘short cut’ to get a flat tummy’, kena work hard for it, kena banyak makan protein, kena follow cara makan yang betul. Baik cikgu!

IKLAN

Saya tak berani nak buat pembedahan macam trend masa kini untuk kecikkan perut / bariatric / or any other short cut way walau ada juga doc yang nak menaja. Maaf saya tak berani dan tak berminat, thank you.

Takpe slowly la. Memang sakit, memang seksa, tapi saya yakin saya boleh buat. Saya jadikan Abil (Nabila Huda) sebagai inspirasi saya.

Credit Instagram @fashasandha
Credit Instagram @fashasandha
Credit Instagram @fashasandha

InsyaAllah slowly but surely. Walaupun sebenarnya saya pancit dan sakit badan setiap kali lepas workout. Nangis, seksanya nak hilangkan perut lepas bersalin anak-anakku. Pengorbanan seorang ibu untuk Rayfal, Raysha, Aisha.”

Fasha Sandha mempunyai dua anak menerusi perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Rizal Ashram iaitu Puteri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal. Dia juga mempunyai cahaya mata perempuan bakal berusia dua tahun diberi nama Aisha Amaira hasil perkahwinannya bersama aktor kacak, Aidil Aziz.