Azura Zainal bukan suatu nama asing dalam bidang pengacaraan. Forte wanita berambut kerinting ini sudah pasti melakukan aktiviti lasak. Umum juga sudah tahu, Azura telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Cristiano Genuino Da Silva, seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil. Azura telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel serta telah diberi nama Zeydan Genuino.

IKLAN
Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs
Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Ketika diajukan tentang amalan berpantang yang dilaluinya dengan penuh yakin jawapannya, “Saya mengamalkan cara berpantang secara tradisional. Saya selesa berpantang secara tradisional kerana percaya amalan berpantang dapat memulihkan kesihatan dalaman. Walaupun suami saya bukan orang Melayu tetapi dia menghormati pilihan saya,” jelas Azura sambil tersenyum.

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Walaupun sudah lebih 20 tahun telah berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Azura Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama. Bukan mudah wanita yang berusia 39 tahun ini, kekal relevan sebagai pengacara tetapi atas usaha gigih dan sentiasa menjaga kualiti kerja membuatkan dirinya sentiasa di terima.

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears

Azura begitu sinonim dengan Malaysia Disney Channel. Bercerita tentang itu, “Jika diingat kembali saya sendiri tidak menyangka saya mampu pergi sejauh ini. Segala-galanya bermula pada tahun 1999, ketika itu saya sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs
Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Benar kata orang kalau sudah dinamakan rezeki memang tidak akan ke mana. Ketika sedang berbual dengan rakan-rakan, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu yang menyuruh saya pergi membuat uji bakat di syarikat produksi rakannya. Ibu saya bersahabat baik dengan Ruhani Abdul Rahman yang merupakan penerbit Nizarman (M) Sdn. Bhd. Tanpa berfikir panjang saya terus pergi dengan penampilan yang seadanya.

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Apabila sampai tempat yang dituju, saya sangka ia adalah uji bakat untuk iklan komersial kerana sejak kecil lagi saya sudah berlakon iklan komersial. Rupa-rupanya mereka mencari pengacara untuk sebuah program televisyen yang tidak diterangkan kepada saya sejak awal. Setelah melalui dua kali uji bakat di dua tempat yang berbeza hanya dalam satu hari, akhirnya saya diberitahu saya dapat job tersebut.

IKLAN

Perasaan teruja tidak usah cakap, maklumlah ketika itu saya baharu sahaja berusia 18 tahun. Lebih menguja apabila mereka kata “We want you, you just like someone fell from the sky. You like the star when you smile and we are Walt Disney TV,” katanya.

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Saya memang meminati rancangan Disney dan apabila ditawarkan bekerja dengan produksi hebat ini, rasa syukur tidak terhingga. Seminggu selepas uji bakat saya sudah mula membuat penggambaran di Astro. Tidak pernah terfikir nak jadi pengacara. Bila dah dapat kerja dengan syarikat antarabangsa, memang mengagumkan apabila dapat pendedahan daripada mereka yang mahir dalam bidang ini,” imbas Azura yang pernah bercita-cita untuk menjadi peguam.

IKLAN

Terpancar sinar di hujung mata wanita yang peramah ini saat menyelongkar pengalaman bergelar selebriti televisyen. “Pengalaman manis memang banyak sangat! Nak pilih satu memang susah. Sewaktu bekerja dengan Walt Disney Television (S) Pte. Ltd. Saya memang bertuah kerana dapat berjalan ke luar negara.

Fenomena Disney Channel Datang Menerpa, Momen Terindah Azura Zainal Dilayan Umpama Britney Spears
Foto: Instagram @zurrs

Semasa di Filipina, kami ada buat roadshow di Davao City. Semasa di sana, saya rasa betul-betul macam Britney Spears kerana semasa kami sampai di sebuah pusat membeli-belah, peminat-peminat di sana memang ‘gila’.

Bayangkan ketika itu saya seorang sahaja memerlukan empat orang body guard! Mereka kejar dan tarik tangan nak bergambar, ada yang siap nak menangis sebab teringin nak autograf dan ambil gambar Ada juga yang ikut sampai ke tandas. Pengalaman itu memang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” kata Azura.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI