Selepas tercetusnya fenomena majlis ‘Nona Superwoman Award’ yang mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan golongan wanita dalam pelbagai bidang anjuran Majalah Nona pada tahun 2018 dan 2020, buat julung kalinya kesinambungan misi pencarian untuk memperkasakan kaum Hawa kini dikembangkan serta diangkat sebagai program realiti TV.

Program Pencarian Nona Superwoman ialah sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ia sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan.

IKLAN

Musim pertama Pencarian Nona Superwoman menyaksikan kerjasama strategik di antara pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan saluran Astro Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi.

Fenomena Wanita Besi, Program Pencarian Nona Superwoman Bakal Perkasakan Usahawan Wanita, Cetus Inspirasi!

PENGIKTIRAFAN

Mengulas lanjut mengenai penganjuran program Pencarian Nona Superwoman, Norzeha
Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata,

“Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal dan sememangnya telah lama diiktiraf.

Seperti yang kita dapat lihat, penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan pada hari ini juga sudah semakin meluas, bahkan banyak bidang perniagaan kini didominasi oleh kaum Hawa.

Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penerbitan program Pencarian Nona Superwoman kerana wanita juga wajar diberikan peluang dan sokongan terutamanya sewaktu era pandemik yang serba mencabar dan kompetitif ini.

Semoga penganjuran Pencarian Nona Superwoman dapat mengukuhkan lagi pengaruh jenama Nona sebagai sebuah platform pencarian komersial dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat di luar sana.”

Fenomena Wanita Besi, Program Pencarian Nona Superwoman Bakal Perkasakan Usahawan Wanita, Cetus Inspirasi!
Uyaina Arshad menggalas tanggungjawab sebagai hos

“Program realiti ini memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.

Ini adalah platform terbaik untuk para usahawan wanita yang diserap sebagai peserta untuk terus melebarkan empayar mereka. Dalam setiap episod, para peserta dan penonton dapat belajar melalui pelbagai cabaran, dorongan dan ilmu-ilmu yang dikongsikan,” ujar Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.

Fenomena Wanita Besi, Program Pencarian Nona Superwoman Bakal Perkasakan Usahawan Wanita, Cetus Inspirasi!
Usahawan yang juga pengacara dan pelakon Awal Ashaari sebagai juri tetap

Fenomena Wanita Besi, Program Pencarian Nona Superwoman Bakal Perkasakan Usahawan Wanita, Cetus Inspirasi!
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana selaku juri tetap

SAMBUTAN

Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun.

Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama.

12 finalis Pencarian Nona Superwoman yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA NAJIA (26, Perak), RINA HASHIM (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYAMIMI KHALIL (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA AZLAN (30, Kelantan), EMMA BEE (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur).

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.

Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga merupakan penerima anugerah ‘Nona Best Strategic Business Thinker’ di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian Pencarian Nona Superwoman musim pertama.

Selain daripada mereka, barisan personaliti popular juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu sebagai juri jemputan.

BARISAN PESERTA

Rancangan program Pencarian Nona Superwoman akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Program berbentuk kapsul berjudul Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021.

Program utama Pencarian Nona Superwoman pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Program Pencarian Nona Superwoman turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja
utama. Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan
ekonomi wanita Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI