Nama Nurul Zuriantie Shamsul menjadi bualan selepas tersenarai sebagai salah sorang finalis Miss Universe New Zealand (Ratu Cantik NZ) 2018. Lebih-lebih lagi apabila penampilan Nurul yang berhijab sebaris dengan finalis lain.

IKLAN

Peristiwa berdarah insiden tembakan rambang di dua buah masjid iaitu Masjid di Hagley Park dan Masjid di Linwood, Christchurch telah menggemparkan dunia termasuk Nurul yang menetap di Morrinsville, New Zealand.

Finalis Miss Universe New Zealand Ini Turut Berada Dalam Masjid Ketika Insiden Menembak Di Christchurch

Cerita Nurul kala dihubungi, “Ketika insiden tembakan rambang di dua buah masjid Christchurh tersebut, saya berkeseorangan mendirikan solat zohor di dalam sebuah masjid berdekatan kediaman saya. Saya hanya dapat tahu sejurus selepas 10 minit peristiwa itu berlaku.

Saya terkejut dan tegak bulu roma membaca berita yang tidak pernah disangka lebih-lebih lagi apabila turut berada dalam masjid juga. Timbul rasa takut dan bimbang mereka berada di masjid yang saya kunjungi. Apabila saya bangun tidur pagi ini terasa seperti apa yang berlaku umpama mimpi ngeri,” tutur Nurul yang bekerja di Hamilton, North Island kira-kira 677 kilometer dari Christchurch, New Zealand ini.

Finalis Miss Universe New Zealand Ini Turut Berada Dalam Masjid Ketika Insiden Menembak Di Christchurch

Tambahnya lagi, “Secara jujurnya saya tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan emosi saya ketika ini. So many thoughts and emotions. Situasi di sini agak tegang dan dalam langkah berjaga-jaga.

IKLAN

Apabila melihat polis bersenjata berlegar-legar di sekitar New Zealand di depan mata sendiri yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini memberi pengalaman baharu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasa takut saudara seislam kita di negara yang bergolak seperti Syria dan Palestin,” ujar Top 5 Miss Universe New Zealand berketurunan Melayu yang berusia 21 ini.

Nurul yang sudah 16 tahun menetap bersama keluarganya di negara itu berkata seluruh masjid di sana diarahkan tutup buat sementara sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

IKLAN

Finalis Miss Universe New Zealand Ini Turut Berada Dalam Masjid Ketika Insiden Menembak Di Christchurch

Kongsi Nurul yang pernah melawat Christchurch beberapa tahun lalu, “This was me in Christchurch (gambar di atas). A few years back. The place holds a special place in my heart. I felt so much hope at the time I was at Christchurch last time,” akhiri Nurul yang berharap keadaan cepat pulih.

Ketika serangan tersebut dikatakan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di masjid di Christchurch, New Zealand yang menyebabkan 40 jemaah maut dan lebih 20 cedera. Malah terdapat tiga orang rakyat Malaysia turut dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.

Finalis Miss Universe New Zealand Ini Turut Berada Dalam Masjid Ketika Insiden Menembak Di Christchurch

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI