Kejelitaan yang dimiliki oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah mencuri tumpuan kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Ramai yang menyifatkan kejelitaan milik Puteri Kerabat Diraja Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh bondanya, Azrinaz Mazhar Hakim.

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @qudynaziz

Perkongsian foto terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah melalui @bruneiroyalfamily mendapat pujian dari KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Instagramnya @airtangan_tunkuazizah_l.f

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @bruneiroyalfamily

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAHUmum sudah mengetahui bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya terdahulu bersama Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @karenthenmakeup
Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @karenthenmakeup

Kedua-dua cahaya matanya iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @karenthenmakeup
Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Foto: Instagram @karenthenmakeup

Bekas personaliti televisyen ini telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Kini Azrinaz Mazhar Hakim telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya. Azrinaz Mazhar Hakim juga sedang hamil anak keempatnya dan usia kandungan memasuki 7 bulan.

Foto Terbaharu Puteri Ameerah Bolkiah Di Usia 13, Manis Berhijab Dapat Pujian TUNKU AZIZAH
Azrinaz Mazhar Hakim bersama anak ketiganya, Areesya Malaykha. Foto: Instagram @azrinazmazharhakim

YTM Puteri Ameerah Bolkiah yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu telah pun berusia 13 tahun pada tahun ini. Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI