Keupayaan ekonomi negara untuk mendepani PKP 3.0 yang diumumkan semalam, sekali lagi menjadi tanda tanya rakyat Malaysia. Persoalan ini mendapat perhatian Gabenor ke-9 Bank Negara iaitu Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Menurut wanita hebat yang dilantik pada Julai 2018 itu, pelaksanaan PKP 3.0 tidak akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara seperti yang pernah dilihat pada suku kedua tahun lepas.

IKLAN

Menurut beliau, pemulihan ekonomi negara masih di landasan yang baik meskipun terdapat beberapa cabaran.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Yakin PKP 3.0 Tidak Jejas Ekonomi

 

“Walaupun dikenakan PKP 2.0, pertumbuhan KDNK suku pertama lebih baik daripada yang dijangkakan. Satu perbezaan penting antara PKP 2.0 dan PKP 1.0 ialah semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Begitu juga dengan kebanyakan sektor ekonomi yang tetap terbuka pada PKP 3.0. Kami tidak menjangkakan pengumuman PKP semalam (Isnin) akan memberi kesan yang signifikan kepada jangkaan pertumbuhan keseluruhan sehingga tahap yang dilihat pada suku kedua tahun lalu.

Selain itu, kita akan mendapat keuntungan dari peningkatan permintaan luaran yang besar. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula pertumbuhan global untuk tahun ini meningkat kepada 6 peratus pada bulan April daripada 5.5 peratus pada bulan Januari lepas,” katanya dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Datuk Nor Shamsiah sebelum ini pernah mencadangkan supaya Malaysia melakukan aturan semula dan merebut peluang pertumbuhan baharu untuk bangkit selepas pandemik.

Beliau mencadangkan fokus perlu diberi untuk menarik pelaburan berkualiti dan membina kapasiti inovasi, meningkatkan kompleksiti ekonomi serta melakukan pembaharuan perlindungan sosial.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Yakin PKP 3.0 Tidak Jejas Ekonomi

IKLAN

 

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Yakin PKP 3.0 Tidak Jejas Ekonomi

 

POSITIF

IKLAN

Selain Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus adalah wanita kedua dilantik menerajui Bank Negara Malaysia sebagai Gabenor. Justeru, keyakinan Datuk Nor Shamsiah ini sedikit sebanyak menyuntik semangat positif ke jiwa rakyat yang bakal melalui PKP 3.0 bermula esok, 12 Mei.

Berusia 56 tahun, Datuk Nor Shamsiah memiliki kelulusan Certified Practising Accountant (CPA) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera Perakaunan dari University of South Australia.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 2010 hingga 2016 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Yakin PKP 3.0 Tidak Jejas Ekonomi
Datuk Nor Shamsiah merupakan seorang akauntan bertauliah

 

Datuk Nor Shamsiah menyertai Bank Negara Malaysia pada tahun 1987 dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang termasuk peraturan berhemat, perundangan, polisi serta garis panduan bagi sektor kewangan dan penyeliaan.

Beliau terlibat dalam inisiatif resolusi sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia serta memainkan peranan utama dalam penggubalan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020) yang melakarkkan pembangunan sistem kewangan Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI