Kopi diterjemahkan dalam dunia fesyen? Mungkin agak janggal bila diperkatakan tetapi ternyata kreativiti si pereka fesyen dapat diserlahkan melalui kolaborasi antara kopi dengan fesyen.

IKLAN

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
Itulah idea yang telah digarap sempurna oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di pentas di runway Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
Menerusi kolaborasi antara pengasas jenama Khatreena dengan Moccona Malaysia, sebuah jenama kopi di bawah Jacobs Douwe Egberts Rtl Sfm My Sdn Bhd, ia menampilkan koleksi sedia-untuk-dipakai (ready to wear) yang berinspirasikan kopi baru-baru ini.
Koleksi yang berinspirasikan Moccona pada tahun ini sememangnya sesuatu yang istimewa di mana Khatreena membawakan sifat kopi dalam bentuk penyataan fesyen menerusi 10 jenis gaya sedia-untuk-dipakai atau RTW.

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
Fabrik beralun lembut menurut tona Moccona terserlah pada kesemua 10 rekaan Khatreena di mana setiap helaian boleh dipakai oleh mana-mana wanita sebagai sebahagian daripada gaya peribadi mereka.

Turut berangkat memberikan sokongan terhadap koleksi rekaan Khatreena yang diperagayakan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di samping beberapa tetamu kehormat yang lain.

IKLAN

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
.Dalam kolaborasi tersebut, intensiti kopi Moccona yang diperlihatkan dalam bentuk penyataan fesyen didatangkan dalam tiga varian iaitu ‘nombor 5’, ‘nombor 8’ dan ‘nombor 10’. Intensiti kopi yang pelbagai ini menggambarkan perbezaan personaliti dan mood yang berlainan mengikut seseorang individu pada sesuatu hari.

IKLAN

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
.Ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih kuat, manakala ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih ringan. Sama seperti fesyen, cara pemakaian kita berbeza mengikut hari kerana ia memainkan peranan dalam mencipta detik yang tidak dapat dilupakan, sama ada untuk menghadapi kesibukan pada waktu pagi atau untuk keluar pada waktu malam bersama yang tersayang.

Garapan Fesyen YAM Sharifah Khatreena Menggabungkan Kopi Sebagai Elemen Fesyen Menyerlah Di Pentas KLFW2022.
.Konsep ini merupakan asas bagi rekaan Khatreena untuk kolaborasi ini di mana varian fesyen yang pelbagai mencerminkan kenangan yang ingin dicipta buat hari yang tertentu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI