Aura Datin Vivy Yusof sememangnya luar biasa. Beliau bukan hanya menjadi inspirasi kerana kebijaksanaan dan kejayaan yang diraih bahkan pengasas FashionValet ini juga dikagumi kerana keperibadian, wajah cantik dan cita rasa fesyennya. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan usahawan ternama ini pasti menjadi ikutan. Tidak hairanlah, ramai generasi muda hari ini menjadikan beliau sebagai ikon dan sumber inspirasi!
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 11 Disember lalu, Vivy sekali lagi menarik perhatian netizen. Mana tidaknya dalam usia yang masih muda, beliau sudah pun memiliki segala-galanya yang diidamkan kebanyakan wanita. Diberkati dengan rupa paras cantik, kerjaya membanggakan, terkenal, suami penyayang dan anak-anak yang comel.
Sempena hari lahir Vivy tahun ini, beliau tidak hanya diraikan staf FashionValet dan The Duck Group serta kenalan rapat malah turut menerima hadiah istimewa iaitu dua buah suitcase berjenama mewah daripada suami dan anak-anak. Alahai, bertuahnya wanita bernama Datin Vivy Sofinas Yusof… disayangi ramai orang!
Lebih istimewa, suami tercinta iaitu Datuk Fadza Anuar turut menghadiahkan tiket percutian ke Seoul, Korea Selatan. Tiba di bumi Kpop tersebut tiga hari lalu, akui Vivy ia adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sana. Menerusi foto-foto percutian yang dikongsikan Vivy di Instagram miliknya, jelas terserlah kejelitaan ikon wanita negara ini. Walau berstatus ibu kepada tiga anak, pujian harus diberikan kepada Vivy kerana pandai menjaga penampilan diri. Cantik je from head to toe!
Percutian romantis di samping suami tersayang berjaya menggamit dan menghangatkan kembali hubungan cinta mereka. Kata Vivy, “On our first date, he didn’t pay for my movie ticket. He joked later we weren’t a sure thing yet, he didn’t want to invest wrongly. But since then on, he’s been doing nothing but spoil me rotten with love, care and all the things a wife could ask for. For my birthday, he bought me a suitcase, a pulley and let the kids get all the credit.
Then, he presented me with tickets to a holiday in Seoul and said he will buy me whatever I want the entire trip. Where did you come from, Fadza Anuar? Which planet? Thank you for being the best husband ever, I thank God everyday for you. I pray as we go through life’s journey, we’ll always be complete because we have each other.”
Hari pertama di Seoul, gaya fesyen Vivy sudah menarik perhatian peminat. Mengenakan trench coat Burberry dan gaya hijab turban… beg tangan Christian Dior yang dibimbit Vivy melengkapkan lagi penampilan mewah dan elegan. Sebagai individu yang berkecimpung dengan dunia fesyen setiap hari, Vivy tahu gaya terbaik yang sesuai dengan peribadinya. Namun, yang paling mencuri tumpuan ialah beg tangan yang digayakan Vivy sepanjang percutian tersebut. Kalau dihitung, lebih dari tiga jenis dan berjenama mewah.
Salah satu tempat yang dilawati Vivy di Seoul termasuklah lokasi popular, Starfield Library yang menghimpunkan pelbagai bahan bacaan. Ketika mengunjungi perpustakaan popular tersebut, Ahli Lembaga Pengarah UiTM ini turut memberitahu, “Dah lama teringin hendak datang ke sini dan hari ini my bucket list is checked, alhamdulillah.
Berada di dalam perpustakaan ini memang mengujakan. Sejak kecil, mak ayah saya sudah tanamkan minat membaca dalam diri dan menurut guru saya ketika masih kecil, saya tak mahu balik ke rumah selagi tak habis membaca sesebuah buku.”
Selain Starfield Library, Vivy juga berpeluang mengunjungi Myeongdong dan Bukchon Hanok Village. Tidak ketinggalan, butik jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Dior.
Sumber: Instagram Vivy Yusof