Tahniah Noryn Aziz. Semalam berlangsungnya majlis pernikahan Noryn Aziz bersama pasangannya Rizal. Pesona yang dimiliki Noryn begitu terserlah apalagi saat menyarungkan busana cukup indah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Malah solekan sempurna sentuhan jurusolek tersohor, Sheila Mohamad melengkapkan penampilan indah Noryn pada hari pernikahannya.
Pengantin baharu ini memang cantik orangnya malah sangat mesra untuk didekati. Pernah juga Nona menemubual Noryn dan dia turut berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkan. Patutlah ibu kepada Umar ni cantik sangat. Sihat dan cantik berjalan seiring katanya!
“Anak saya Umar adalah fokus saya kini. Setiap aktiviti dilakukan bersama seperti bersenam, membeli-belah dan sebagainya. Selain itu, kini saya lebih mengutamakan kesihatan. Saya mempunyai seorang doktor untuk monitor kesihatan melalui ujian hormon.
It feels good kerana kita tak mampu untuk menduga dan melihat kesihatan dalaman. Supplemen yang diambil pula adalah untuk kesihatan hasil dari ujian darah hormon yang dilakukan.
Suka untuk saya berkongsi dan berpesan kepada para wanita terutamanya untuk membuat pemeriksaan hormon. Kita perlu tahu apa keperluan tubuh dan tidak perlu mengikut regimen yang kadangkala tidak sesuai untuk tubuh kita. Hampir tiga tahun saya tumpukan kepada pemeriksaan hormon, and its worth it. Alhamdulillah saya lebih sihat mental dan fizikal.”katanya.
Setiap kali naik ke pentas, juara Gegar Vaganza 5 ini diiringi aura yang boleh memukau penonton apalagi saat dia melontarkan suara emasnya. Selain nyanyian, dia juga aktif dengan perniagaan tudung by_norynaziz.
“Alhamdulillah sambutan sangat bagus. Kalau saya tahu penerimaannya baik, mungkin saya akan mulakan lebih awal dulu tetapi kerana bimbang terlalu banyak pilihan tudung di pasaran , saya jadi tak berani. Rezeki Allah luas, itu sahaja yang kuatkan saya untuk meneruskan niat berniaga.
Perniagaan ini pun saya bina untuk diri saya dan masa depan Umar. Pada masa sama, saya ingin membantu orang-orang sekeliling saya dari segi kewangan kerana cabaran hidup sekarang ini sangat sukar. Koleksi By_Noryn mengetengahkan instant shawl dan hoodie yang mudah dibentuk dan susah berkedut. Paling penting, penampilan nampak stylish dan affordable.”katanya.
Malah Noryn sendiri berharap agar setiap wanita berusaha untuk menjana pendapatan sendiri untuk membantu ekonomi keluarga dan masyarakat. “For me, every woman is a superwoman, kerana wanita itu berdaya dan bijak dalam menguruskan keluarga.”tegasnya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Serlahkan rona kulit anda yang eksotik, jangan ragu untuk mencuba 9 warna berani ini yang mungkin anda takut untuk cuba. Apa yang penting confident seperti 3 artis wanita popular Yuna, Nabila Huda dan Dayang Nurfaizah yang memiliki rona kulit yang eksotik. Cantik!
PUTIH
Rona putih antara rona yang wajib ada dalam wardrobe anda. Mungkin sesetengah wanita berkulit gelap khutir untuk mengenakan rona ini kerana ronanya yang terang dan memberikan kontras yang ketara buat kulit mereka.
Namun, rona putih adalah rona yang boleh kelihatan cantik dengan paduan sebarang motif dan kontra rona ini menghasilkan penampilan yang lebih bold buat wanita berkulit gelap.
PASTEL
Siapa kata rona pastel atau lembut hanya sesuai buat mereka yang mempunyai kulit cerah? Rona pastel juga dapat membuatkan mereka yang berkulit gelap nampak menarik. Namun anda harus bijak menggayakannya.
Kredit Foto: Instagram Yuna
Rona ini dapat menyejukkan dan memberi keseimbangan rona dari kulit gelap. Paling penting, anda harus yakin dengan diri sendiri agar aura kulit eksotik tampil menyerlah.
FUSCHIA
Fuchsia pink merupakan gabungan rona merah muda dan ungu ini bisa dijadikan pilihan untuk anda si pemilik kulit gelap.
Ronanya yang cerah namun tidak terlalu terang ini mampu memancarkan keindahan warna kulit anda. Anda boleh memadukan rona ini dengan rona putih atau beige.
EMERALD GREEN
Rona yang berasal dari salah satu jenis batu permata ini dapat memberikan kesan klasik dan sesuai untuk semua rona kulit, tanpa membuat kulit gelap anda terlihat kusam.
Rona hijau emerald yang mewah ini sangat cantik jika anda padankan dengan skinny jeans berwarna gelap.
COBALT BLUE
Cobalt blue memiliki karakter yang sama dengan rona fuchsia, namun rona ini boleh menjadi pilihan yang tepat jika anda ingin menggunakan outfit berwarna biru.
Cuba gunakan skirt berona cobalt blue dengan atasan berwarna putih atau kamu juga mencuba mengaplikasikan rona ini untuk luaran dengan skinny jeans dan ankle boots. Perfect!
MERAH HATI
Rona terang seperti merah pasti akan dijauhkan buat mereka yang memiliki kulit gelap. Mereka beranggapan rona ini tidak sesuai dengan mereka.
Kredit Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Rona merah akan terlihat sempurna jika anda menggunakan dengan baik. Ramai model yang berkulit gelap memakai rona merah yang agak gelap seperti merah hari sebagai pilihan. Kenapa tidak anda?
UNGU
Masih ragu untuk menggunakan rona ungu sebagai outfit? Jika anda masih takut menggunakan rona campuran merah dan biru ini, segera hilangkan ketakutan anda kerana rona ini sangat sesuai dipadukan untuk pemilik kulit gelap sepertii anda.
Kredit Foto: Nabila Huda
Bukan sahaja hanya membuat penampilan anda tampak stunning, malah anda akan menjadi perhatian ramai.
TEAL
Warna teal adalah gabungan antara rona biru dan hijau.
Hampir sama seperti emerald, namun rona teal merupakan rona yang biasa ditemui di batu alam. Anda boleh menggunakan pakaian dengan rona ini untuk pergi ke parti.
HITAM
Rona ini menjadi kesukaan semua wanita termasuk wanita berkulit gelap. Rona ini boleh dikatakan rona selamat yang sesuai buat semua jenis kulit. Rona ini mampu membuatkan penampilan kelihatan elegan dan eksklusif.
Namun, buat mereka yang memiliki kulit gelap, penampilan akan tampak lebih menyerlah jika dipadankan bersama aksesori dengan rona cerah seperti rona metalik mahupun keemasan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang mulai kecewa bila payudara mulai ‘jatuh. Ada yang sanggup berhenti menyusu badan dan memberi susu formula kepada bayi semata-mata bimbang payudara menjadi kendur dan tak boleh kembali tegang seperti asal.
Tapi jangan bimbang, selain penggunaan krim (tidak disarankan), anda boleh mencuba beberapa langkah ini untuk kembali menegangkan payudara yang ‘londeh’.
Senaman dada
Kebiasaannya, apabila anda mula mengurangkan berat badan, bahagian payudara akan menjadi ‘kecut’ kerana kehilangan lemak. Sekiranya anda susut lebih daripada 200 paun, anda mungkin terpaksa membuat pembedahan plastik untuk membuang bahagian kulit menggeleber. Tetapi untuk payudara kendur disebabkan penuaan atau kehamilan dan menyusu badan, senaman di bawah boleh membantu anda tampil yakin semula.
Wall push-ups:
Cara ini menumpukan otot pada bahagian bawah payudara. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berdiri menghadap dinding. Lekapkan kedua-dua tapak tangan pada dinding selaras bahu dan menjarakkan sedikit bahu anda. Bengkokkan lengan dan sandarkan ke dinding.
Tolak dan angkat tubuh dari dinding. Lakukan 3 set dengan 12 push-up dalam setiap set.
Senaman menggunakan dumb bell
Baring pada lantai rata. Pegang dua dumb bell pada setiap tangan dengan telapak menghadap di antara satu sama lain. Rendahkan lengan ke tepi pada aras dada. Sentiasa pastikan siku anda pada level sama, jangan terlalu rendah. Ulang sebanyak 10 hingga 12 kali.
Urutan
Urut bahagian payudara anda 3 kali sehari untuk menegangkan payudara kendur selepas melahirkan anak atau kehilangan berat badan. Anda boleh lakukan sendiri urutan payudara dengan menggunakan minyak urut atau minyak zaitun. Teknik urutan membantu menegangkan otot dada dan menegangkan kulit dengan peningkatan elastik dan tekstur.
Anda juga boleh ke spa untuk mendapatkan urutan ini. Selain mendapatkan urutan menegang payudara, dapat juga anda menenangkan fikiran dengan haruman serai wangi dan herba di spa!
Caranya: Dengan gerakan circular, urut perlahan dengan gerakan ke dalam dan ke luar. Lakukan 300 pusingan urutan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Coli sesuai
Tidak memakai coli yang sesuai menyebabkan payudara lebih mudah kendur tambah-tambah lagi jika anda mempunyai saiz payudara besar. Gunakan kepakaran penjual pakaian dalam untuk mendapatkan ukuran sebenar dan saiz cup yang bersesuaian.
Tidak salah membeli coli murah tetapi pastikan kesesuaian pakaian dalam itu bergantung kepada pengetahuan anda tentang payudara anda sendiri (ukuran yang tepat).
Apakata anda mencuba coli dari Sloggi Allround yang begitu selesa dan sesuai untuk semua saiz. Keselesaan sepanjang hari dan rasa bebas yang dirasai membolehkan anda melakukan apa-apa aktiviti tanpa rasa rimas lebih-lebih lagi dengan penggunaan material yang lembut dan selesa. Kelim yang kemas dan fleksibel memudahkan anda bergerak dan melakukan apa sahaja.
Jangan biarkan payudara anda tidak mendapat sokongan yang baik kerana ia boleh menjurus kepada payudara menjadi kendur.
Minum banyak air
Mungkin anda tidak terfikir poin ini tetapi air adalah langkah mudah untuk memastikan elastik pada kulit dan mengelakkan kekenduran pada payudara, kulit wajah dan bahagian lain pada tubuh.
Cara duduk yang betul
Posisi ketika duduk juga memainkan peranan untuk memastikan payudara tidak cepat kendur. Sama ada duduk di atas kerusi atau di lantai, jangan biarkan tubuh membongkok. Duduk dengan tegak dan selesa.
Elak nikotin dan alkohol
Rokok dan alkohol adalah musuh utama untuk tubuh, baik untuk lelaki mahupun wanita. Ia dengan mudah mengganggu penampilan tubuh anda. Walaupun bukan secara direct, menyebabkan payudara kendur, tetapi kedua-dua musuh ini mengakibatkan tubuh mengalami dehidrasi, menampakkan kulit wajah kusam dan tidak bermaya.
Ubah cara berjalan
Postur badan ketika berjalan juga amat penting. Kempiskan perut, tegakkan bahagian belakang badan dan berdiri tegak. Jalan sedikit mendada agar payudara kelihatan lebih besar dan mengelakkan kekenduran.
Mudah kan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!