
Peminat masakan daging khasnya yang simpan banyak daging korban tu mesti baca kisah ini…
Makanan berlemak bukan saja menggemukkan, malah meningkatkan risiko penyakit batu karang hempedu.
Di Malaysia, penyakit ini mencatatkan peningkatan yang mendadak serta melibatkan 3 organ utama iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
Kewujudan batu karang hempedu boleh menyebabkan kesakitan dan menjejaskan aliran hempedu. Sebiji batu pun mampu menyebabkan sakit teruk apatah lagi buat warga emas ini yang mempunyai beratus-ratus di dalam badan.
Berusia 60 tahun dan berasal dari Wuhan, China, nenek ini tiba ke hospital dalam keadaan sakit perut yang amat sangat.
Selepas surgeri dilakukan, pakar perubatan terkejut apabila menemui 800 batu karang hempedu di dalam tubuhnya.
Saiz paling kecil berukuran sebiji bijan manakala yang terbesar berukuran sebiji longan.
Nenek ini mengakui bahawa dia sangat gemar menikmati daging berlemak sejak bertahun-tahun lamanya. Ekoran itu, doktor telah menasihatkan agar dia mengawal pemakanan dan meninggalkan tabiat diet tinggi lemak dan kolesterol.
Faktor Pembentukan Batu Karang Hempedu
- Jantina, wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki.
- Berat badan berlebihan atau obesiti.
- Diet yang tinggi lemak atau kolesterol.
- Umur 60 tahun ke atas.
- Penghidap diabetes.
- Ubat kolesterol juga meningkatkan jumlah kolesterol. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Viral 4 Real
Jenis-Jenis KEGUGURAN Yang Kaum Ibu Mesti Tahu, Tengok No. 5 Tu Paling Bahaya!

Hanya rasa sedih menghantui apabila bayi yang dikandung, pergi sebelum waktunya. Keguguran adalah suatu momen yang pedih apatah lagi jika dia adalah bayi yang ditunggu-tunggu selama ini.
Kejutan emosi diri dan keluarga pasti sukar dikikis setiap kali melihat bayi yang comel di depan mata. Namun, sebagai wanita yang kuat dugaan ini perlu dihadapi dengan positif dan bijaksana.
Keguguran bermakna kandungan yang berakhir dengan sendirinya sebelum 20 minggu usia kandungan. 10 ke 20% kandungan berakhir dengan keguguran. Ini kerana banyak keguguran berlaku pada awal kandungan sebelum wanita itu sedar bahawa dia telah mengandung.
Hampir 80% jumlah keguguran berlaku dalam tiga bulan pertama kandungan.
Tanda-Tanda Keguguran
(a) Pendarahan sama ada sedikit, banyak atau ketulan darah
Ketika mengandung, tompokan darah boleh menjadi merupakan mimpi ngeri. Hati pasti tertanya-tanya, apakah jenis darah yang keluar. Tompokan darah ini mungkin boleh dilihat secara ketara atau tidak.
Darah boleh dilihat di seluar dalam atau ketika menggunakan tisu tandas. Biasanya tompokan darah adalah perkara biasa di awal kehamilan tetapi anda perlu memberitahu doktor kerana dikhuatiri merupakan tanda awal keguguran.
(b) Sakit pada abdomen, belakang atau ari-ari
Kadang-kadang ibu hamil akan rasa sakit atau kejang di bahagian abdomen dan sakit belakang serta tidak selesa di kawasan ari-ari. Kesakitan yang kerap dan berpanjangan mungkin merupakan kontraksi atau tanda awal keguguran.
(c) Cecair atau tisu keluar daripada vagina
Jika cecair atau tisu yang luar biasa keluar daripada vagina berkemungkinan besar keguguran sudah berlaku.
(d) Demam
Demam panas yang melebihi 37.8°C atau lebih boleh menjadi punca keguguran.
Kajian prenatal misalnya chorionc villus sampling (CVS) iaitu DNA bayi diambil ketika kandungan berusia 11 hingga 13 minggu. Ujian ini diambil untuk melihat sama ada kandungan normal atau tidak. Ujian yang menggunakan jarum suntikan ini membawa sedikit risiko keguguran.
Begitu juga dengan ujian klinikal amniocentesis yang membawa risiko keguguran. Ujian ini ialah diagnostik khas yang melibatkan pengambilan sampel cecair ketuban daripada uterus dan menganalisisnya dalam makmal. Ujian ini untuk melihat sama ada bayi dalam kandungan mempunyai sebarang ketidaknormalan yang serius.
Selain daripada itu masalah keguguran bertambah apabila usia semakin meningkat iaitu 20% pada usia 35 tahun, 40% pada usia 40 tahun, dan 80% pada usia 45 tahun.
Usia ayah bayi juga memainkan peranan dalam keguguran bayi dalam kandungan. Ini kerana wanita yang mengandungkan anak dengan pasangan lebih tua mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami keguguran. Masalah ini berlaku disebabkan oleh masalah kromosom pada lelaki.
Jika berlaku tanda-tanda tersebut, ibu-ibu perlu berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keadaan janin yang dikandung. Pemeriksaan teliti seperti ultrasound akan dijalankan juga nasihat tentang penjagaan bayi perlu dilakukan.
Jenis-Jenis Keguguran
(1) Keguguran terancam (threatened miscarriage)
Pesakit akan mengalami pendarahan tetapi pangkal rahim masih tertutup. Separuh daripada pesakit yang mengalami keguguran terancam akan dapat meneruskan kandungan sehingga cukup bulan tanpa kemudaratan pada janin. Biasanya keadaan janin akan sihat.
Ibu yang mengandung perlu berehat sehingga pendarahan atau sakit berhenti. Elak melakukan senaman dan hubungan seks dalam tempoh ini. Walaupun langkah ini tidak terbukti dapat mengurangkan risiko keguguran tapi boleh memberi keselesaan dan kelegaan kepada ibu mengandung. Mungkin juga ibu yang mengandung dalam situasi ini akan dibekalkan hormon untuk menguatkan rahim.
(2) Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage)
Ibu yang mengandung mula mengalami pendarahan dan rasa sakit. Pangkal rahim mula membuka dan apabila situasi ini berlaku kemungkinan besar kandungan gugur terus. Sakit ini berpunca daripada rahim mengeras untuk mengeluarkan janin dan uri.
(3) Keguguran lengkap (complete miscarriage)
Keguguran seperti ini berlaku apabila kesemua kandungan telah keluar dari rahim secara sedar. Keguguran biasanya berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang dan doktor akan melakukan pemeriksaan pintu pangkal rahim sama ada masih ada sebahagian janin yang tertinggal di dalam rahim.
(4) Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage)
Janin dan uri telah gugur keluar tetapi masih ada sebahagian daripada janin dan uri masih tertinggal di dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
(5) Missed abortion
Embrio gagal untuk berkembang dan telah mati tapi masih kekal dalam rahim. Tanda mengandung tiba-tiba hilang seperti loya dan tegang payudara. Selalunya tiada darah berlaku atau hanya sedikit pendarahan. Pesakit mungkin tidak ada tanda dan hanya menyedari semasa menjalani ujian ultrasound.
(6) Recurrent miscarriage
Jika berlaku tiga keguguran berturut-turut.
(7) Keguguran septik (septic miscarriage)
Ibu mengandung yang dijangkiti kuman dan mengakibatkan infeksi pada rahim. Simptom termasuk demam panas, menggigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendir dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning). Hamizatul Maizan Mohamed
Bakal Menantu DS Najib Tun Razak, Fitri Aprinasari Utami Dapat Jolokan ‘Putri Betawi’ Aktif Berpolitik Di Indonesia

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anak lelakinya dilaporkan baharu mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik muda Indonesia pada 4 Mei lalu.
Wanita bertuah yang berjaya mencuri hati anak lelaki DS Najib ini ialah Fitri Aprinasari Utami. Gadia manis yang berusia 26 tahun ini kelihatan gembira di majlis pertunangannya bersama Nazifuddin Najib, 32 tahun.

Gadis yang sering melemparkan senyuman manis ini merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi. Majlis pertunangan ini telah berlangsung di salah sebuah hotel di Jakarta.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini dikatakan merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini. Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Menurut laporan FMT, nama Tengku Puteri Zainah disebut bersama DS Najib dalam kad jemputan namun DS Najib dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut. DS Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam senarai larangan keluar negara sejak beliau hilang kuasa tahun lalu.
Fitri Aprinasari Utami aktif berpolitik dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar. Mendapat jolokan ‘Putri Betawi’ bersemangat membangkitkan motivasi di kalangan kaum wanita di sana.
Fitri Aprinasari Utami merupakan anak kelahiran di wilayah Tanah Abang ini seringkali dilihat turun padang bertemu dengan penduduk setempat.
Sumber: Sinar Harian / Foto: Instagram @fitriaprinasari
Ajaibnya, 3 Makanan Hebat Ini! Dapat Membantu Turunkan GULA DALAM DARAH

Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.
Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai-nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.
- CERI
Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
Lain-lain kebaikan ceri
- Meningkatkan sistem imuniasi badan.
- Memperbaiki peredaran darah.
- Membantu melawan lelah
- Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.
- CUKA
Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.
Lain-lain kebaikan cuka
- Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
- Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.
- KULIT KAYU MANIS
KAjian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.
Lain-lain kebaikan kulit kayu manis
- Membantu mengatasi masalah pencernaan.
- Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
- Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH