Tanpa disedari, penularan pelbagai penyakit berjangkit telah mencetuskan panik terhadap ancaman kuman di tempat-tempat awam. Kerana bimbangkan kesihatan, kita tiba-tiba menjadi lebih germ-obsessed daripada biasa.

IKLAN

Tahap kebersihan dipertingkatkan dan kini ramai yang memilih produk antibakteria untuk kegunaan harian.

Namun apa yang disangkakan baik, rupa-rupanya musuh dalam selimut. Tahukah anda, kebanyakan produk-produk yang didakwa membunuh kuman inilah yang sebenarnya mengancam kesihatan kita, termasuklah penyebab kanser?

Antara faktor kewujudan pelbagai penyakit kronik pada zaman ini adalah gara-gara sejenis bahan kimia sintetik bernama TRICLOSAN di dalam produk yang kita gunakan setiap hari.

GEMPAR! Produk Pembunuh Kuman Juga Membunuh Manusia, Tolong Jangan Guna Jika Ada TRICLOSAN Ini Di Dalamnya

Patut Diharamkan

Gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam, supaya pihak berkuasa melarang pengeluaran, pengimportan, pengedaran dan penjualan produk yang mengandungi Triclosan sepatutnya dipandang serius.

Triclosan merupakan sejenis bahan kimia yang dicampur ke dalam produk kebersihan diri bertujuan untuk mengurangkan atau mencegah pencemaran bakteria.

Ia pernah digunakan sebagai pestisid atau pembunuh hama pada era 60-an, seterusnya sebagai sabun pencuci tangan oleh pakar-pakar bedah sebelum melakukan pembedahan di hospital pada era 70-an.

IKLAN

GEMPAR! Produk Pembunuh Kuman Juga Membunuh Manusia, Tolong Jangan Guna Jika Ada TRICLOSAN Ini Di Dalamnya

Kajian FDA mendapati, sekiranya produk mengandungi Triclosan digunakan setiap hari, banyak kesan jangka panjang yang menanti khasnya berkaitan soal kesuburan.

Selain nama Triclosan di label, berwaspada juga dengan nama komersial Microban atau Biofresh yang sebenarnya merujuk kepada bahan kimia yang sama.

IKLAN

Produk Mengandungi Triclosan

  • Produk antibakteria seperti sabun, ubat gigi, cucian tangan, gel mandian, syampu badan kanak-kanak, deodoran dan kosmetik.
  • Pencuci pinggan mangkuk.
  • Pencuci lantai dan tandas.
  • Peti pertolongan cemas.

Bahaya Triclosan

  1. Menyebabkan gangguan tiroid, testosteron dan estrogen.
  2. Menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti akil baligh awal, kemandulan, obesiti dan kanser.
  3. Melemahkan sistem imunisasi.
  4. Menjejaskan memori dan pembelajaran.
  5. Melemahkan otot.
  6. Pertumbuhan sel di luar kawalan.
  7. Peningkatan dan reproduktif toksik.
  8. Alahan seperti kulit kering dan sensitif.
  9. Asma.
  10. Ekzema.

GEMPAR! Produk Pembunuh Kuman Juga Membunuh Manusia, Tolong Jangan Guna Jika Ada TRICLOSAN Ini Di Dalamnya

Kajian oleh The Environmental Protection Agency di Amerika Syarikat turut mendapati bahan berkenaan boleh menembusi kulit dan salur darah, malah penyelidik sudah mengesan Triclosan dalam air kencing daripada 75 peratus subjek yang diuji, termasuklah dalam susu ibu, alam sekitar iaitu tanah, air dan ikan.

Sebagaimana kesedaran terhadap bahaya bahan BPA (Bisphenol A) meningkat di kalangan kita, diharapkan agar masyarakat Malaysia juga turut memandang serius terhadap ancaman Triclosan di sekeliling kita. Baca label yang tertera dan cuba elakkan membeli sebarang produk yang mengandungi bahan ini di dalamnya! Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI