Tanggal 9 Februari sekali lagi mencatat sejarah sebagai hari ulang tahun kelahiran primadona filem Melayu, Erra Fazira. Dengan penuh rasa kesyukuran, maka hari ini genaplah usia ibu Engku Aleesya itu mencecah 47 tahun.

Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan dberi kenikmatan dunia. Semoga dikurniakan kekuatan iman, kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, petunjuk dan hidayah serta kebahagiaan dunia akhirat buat semua.

IKLAN

Kasih dan sayang buat Mak yang pernah bersusah-payah membesarkan anak sulungnya.

Sayang yang mendalam buat seisi keluarga juga peminat-peminat yang banyak mendoakan kesejahteraan saya selama ini.

Kepada ahli keluarga, rakan taulan, warga industri hiburan, para peminat filem tempatan, pengikut industri muzik negara dan seluruh warga nusa, InsyaAllah, kita akan berjaya melawan virus. Dengan semangat kita jaga kita, tentu kita akan berjaya.

Doakan bersama.

Genap 47 Tahun, Kecantikan Wajah Erra Fazira Masih ‘Ada Value’ & Jadi Pujaan!

Begitulah catatan ringkas Erra dalam satu hantarannya siang tadi. Usahawan tudung Rara by Erra Fazira ini juga kelihatan berseri-seri biarpun sekadar bergincu merah, terpesona betul melihat kejelitaan semula jadi pelakon utama Gerak Khas tersebut kala berbicara!

Jika kebanyakan rakan artis seusia Erra Fazira mula kehilangan populariti, beliau pula sebaliknya. Bayangkan sehingga kini, bekas Ratu Cantik Malaysia itu masih aktif sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan duta produk.

Terkini, beliau baru saja dilantik sebagai wajah produk penjagaan rambut Faith Fleur, dimana salah satu billboard gergasi jenama ini terpampang megah di Lebuh Raya Persekutuan. Begitulah hebatnya pengaruh Erra Fazira sampai ke saat ini!

IKLAN
Genap 47 Tahun, Kecantikan Wajah Erra Fazira Masih ‘Ada Value’ & Jadi Pujaan!
Erra Fazira bersama Pengasas Faith Fluer, Cty Mary dan Linda Onn

DISAYANGI RAMAI

Berbeza daripada tahun-tahun lepas, sambutan hari jadi Erra kali ini agak berbeza suasananya. Jika dulu, pasti ada saja surprise yang dibuat oleh ahli keluarga, kenalan rapat atau peminat setia tapi sekarang, tiada lagi kejutan memandangkan PKP masih diperketatkan.

Pun begitu, Erra Fazira sudi berkongsi semua ucapan dari rakan-rakan artis serta para peminat yang diterima di media sosial. Malah salah seorangnya adalah bekas suaminya sendiri, Engku Emran yang menulis,

IKLAN

“Sayang ayah Aleesya. Today is mom’s birthday. The single most important woman in your life. May Allah grant her the highest level of paradise. Ameen Ya Rabb.”

Genap 47 Tahun, Kecantikan Wajah Erra Fazira Masih ‘Ada Value’ & Jadi Pujaan!

Kalau selalunya birthday girl yang terima hadiah, tapi kini terbalik pula. Sempena hari jadi Erra pada hari ini, beliau berbesar hati memberi hadiah berupa set rambut Faith Fleur buat para peminat tersayang, sebagai tanda kasih sayang dan penghargaannya.

Kesempatan ini tentu sekali rugi jika dilepaskan. Dengan rekod followers Instagram mencapai 3.7 juta, ruang komen Erra Fazira juga dibanjiri ucapan hari jadi serta doa-doa peminat yang menyayanginya. Jelas betapa kuatnya pengaruh beliau di jiwa peminat, Erra jelas seorang artis yang bukan saja berbakat besar, malah mesra orangnya dan suka merendah diri.

Selamat hari jadi ke-47 Erra Fazira!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI