Rasa macam baharu sahaja menyaksikan YM Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah melangsungkan Istiadat Menempah Bidan dengan penuh istiadat di Istana Negara. Tengku Puteri Iman begitu menyanjungi tradisi adat Melayu dan menyarankan agar generasi muda tidak mengabaikan adat resam budaya Melayu.
IKLAN
Menurut Tengku Puteri Iman, upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu. Pejam celik, kini putera sulungnya sudahpun menginjak ke usia satu tahun.
Tengku Puteri Iman Afzan yang telah melangsungkan perkahwinan dengan YM Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah menitipkan ucapan terindah buat anakandanya sempena ulang tahun kelahirannya, “To my greatest blessing, My Son Zayn, Happy 1st Birthday.
You are everything I have ever wanted and more. May Allah bless you, guide you and protect you always. I love you with all my heart! #230719,” coret Tengku Puteri Iman Afzan di laman media sosialnya.
Dalam pada itu, Tengku Puteri Iman bergiat aktif membantu kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan menerusi Yayasan J’Keb Malaysia (YJM). Selaku Penaung yayasan ini, Tengku Puteri Iman bertitah, “Saya berharap lebih ramai pihak yang prihatin akan tampil bersama-sama YJM dalam memperjuang dan memartabatkan nasib mereka ini,” titahnya.
YJM ditubuhkan bagi membantu menyediakan alternatif kepada anak dari institusi JKM yang sudah tamat tempoh perintah mahkamah, namun tiada atau dipinggirkan waris, selain tidak ada hala tuju dan tempat perlindungan.
Deodoran merupakan produk penting yang wajib ada dalam kehidupan seharian kita. Ia penting untuk memastikan bahagian bawah lengan anda sentiasa harum dan bersih.
Namun deodoran juga boleh meninggalkakesan kekuningan pada pakaian. Jika perkara ini terjadi, jangan buang pakaian atau menghabiskan wang dengan menghantarnya ke dobi. Ada cara yang lebih mudah dan selamat. Nona kongsikan 6 tip mudah hilangkan kesan deodaran pada pakaian anda!
(a) GARAM
Kaedah ini dapat membantu untuk menghilangkan kesan kotoran lama yang ada pada pakaian anda. Kaedah ini selamat untuk digunakan pada pakaian putih dan juga pada pakaian berwarna. Ambil sedikit garam, basahkan kesan kotoran dan sapukan garam di atasnya. Biarkan ia selama 8 hingga 12 jam atau semalaman, kemudian basahkan pakaian sekali lagi dan sapukan lebih banyak garam. Gosok sedikit bahagian berkenaan dan letakkan pakaian di dalam mesin basuh dan pilih kitaran basuh yang diperlukan.
(b) CUKA
Basahkan kesan kotoran dengan cuka dan biarkan ia semalaman. Cuci pakaian seperti biasa. Kaedah ini boleh digunakan pada pakaian berwarna, fabrik bulu dan kain semula jadi yang lain. Elakkan daripada menggunakan cuka pada pakaian putih kerana pakaian anda boleh menjadi kekuningan.
(c) JUS LEMON
Anda juga boleh menggunakan jus lemon untuk menghilangkan kesan deodoran yang baharu. Sapukan beberapa titis jus lemon pada kesan kotoran. Biarkan ia selama lima hingga sepuluh minit dan basuh pakaian dalam air suam.
(d) CECAIR PENCUCI PINGGAN
Sabun pencuci pinggan boleh menghilang kesan kotoran degil termasuklah kesan daripada deodoran. Sapukan sabun pencuci cecair pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas pakaian anda.
Terkesima dan kagum tengok kejayaan yang diraih Asyalliee kebelakangan ini. Iyalah, bukan calang-calang pencapaian. Selain bisnes kosmetik yang diusahakan semakin mencanak naik meskipun dalam tempoh pandemik Covid-19, wanita berjiwa besar ini juga bakal menikmati ‘bonus’ berganda. Tidak hanya dalam perniagaan bahkan Asyalliee juga akan mendiami kediaman mewah baharu yang kini dalam proses pengubahsuaian, menanti kehadiran cahaya mata ketiga tidak lama lagi dan baru sahaja memiliki kereta idaman Range Rover Vogue Autobiography 5.0!
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Asya yang mempunyai lebih 1.5 juta followers mendedahkan dia menerima kereta idaman tersebut ketika ulang tahun perkahwinan ke-4 pada 25 Februari lalu. Luar biasa ‘hadiah’ perkahwinan Asya dan suami tercinta tahun ini. Apatah lagi, khabarnya kereta mewah berkenaan dianggarkan mencecah hampir 1 juta ringgit! Nombor plat kereta yang dibeli pun melambangkan nama Asya.
Dalam usia Asya 24 tahun dan suami, Eboy Arbaain berumur 26 tahun… kejayaan mereka pada usia muda sememangnya mencetus inspirasi kepada golongan belia lain. Bahkan kehidupan Asya juga diberkati dengan dua cahaya mata comel yang menyerikan rumah tangga. “Alhamdulillah sudah masuk 4 tahun usia perkahwinan kami pada tahun ini dan masih jauh lagi perjalanan kami. Semoga kita terus mencintai satu sama lain, percaya satu sama lain dan menghormati satu sama lain.
Semasa awal perkahwinan kita diuji dengan pelbagai dugaan tapi kita tetap bersama mengharunginya. Allah SWT dengar doa kita dan Allah kurniakan kita rezeki yang kita tak sangka. Tapi ini semua hanyalah pinjaman Allah kepada kita. 3 tahun perkahwinan kita, ini kali pertama kita hadiahkan perkahwinan kita. Sama-sama idamkan.”
Di sebalik kejayaan, kemewahan dan populariti yang diraih rupa-rupanya tersimpan kisah silam yang mengajar Asyalliee Ahmad tentang erti kehidupan. Dia tidak dilahirkan dalam keluarga senang namun didikan ibu bapa telah banyak mengajarnya supaya berusaha memiliki apa yang diinginkan hasil kerja keras sendiri. Tidak hairanlah pada usia baru meniti 24 tahun, dia sudah mampu memiliki kesenangan hidup. Suami, anak, perniagaan, beberapa kereta mewah, rumah besar dan macam-macam lagi!
Terpilih sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba terbuka menyingkap sisi peribadinya kepada umum. Ujar Asya, pendedahan ini dibuat bukan untuk menunjuk… jauh sekali riak dengan pencapaian yang diraih. Sebaliknya, dia mahu pengalaman hidup yang pernah dilalui dijadikan pembakar semangat kepada seluruh wanita untuk berjaya.
Pernah merantau di beberapa buah negeri ketika zaman kanak-kanak, ibu dua anak ini tenang membuka bicara. “Dulu saya pernah duduk di KL, Kedah, Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Mungkin sebab selalu berpindah, saya tak ada ramai kawan. Paling saya ingat sampai sekarang ialah kenangan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kedah. Masa tu arwah mak kerja restoran dan pekerja diberi tempat tinggal di bahagian atas restoran. Mak hanya bawa saya dan adik saja waktu tu dan keadaan bilik di situ kecil sangat.
Bila ada budak satu sekolah dapat tahu saya duduk di situ mereka mula mengejek dan boleh dikatakan tak ada yang nak berkawan dengan saya. Mereka gelar saya budak miskin, budak busuk, budak belemoih (berpeluh), budak tak mandi… semuanya gara-gara baju sekolah saya yang dah warna kekuningan sebab selalu pakai dan tak bertukar baru. Saya juga pernah di’pulau’kan.
Kalau ada PIBG, arwah mak akan berjalan dari restoran tempat dia bekerja ke sekolah saya sejauh dua kilometer. Dan setiap hari juga saya terpaksa pergi dan balik sekolah jalan kaki. Bila arwah mak dah meninggal, adik saya tinggal dengan kakak sulung sementara saya pula duduk dengan kakak lagi seorang,” jelas Asya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Eboy Arbaain dan hamil anak sulung… dia sekali lagi diuji. Dek kerana salah faham yang berlaku, Asya dihentam dan dikecam teruk di media sosial. “Masa saya diuji tu saya baru beberapa minggu hamil anak sulung kami iaitu Haider. Disebabkan fitnah, ada yang mendoakan anak saya mati, anak saya cacat, saya mati semasa melahirkan anak dan macam-macam lagi.
Memang sepanjang tempoh tu saya menangis saja dan emosi sangat terganggu. Sebelum ada produk sendiri dulu, saya tampung hidup berbekalkan duit yang saya dapat daripada review di IG. Tapi sebab kejadian salah faham tersebut, kami kehilangan punca pendapatan. Bayangkan, sampai hendak makan pun tak ada duit. Mujur ada kawan baik dan kakak. Saya mengidam pun suami tak dapat tunaikan. Kami hanya makan nasi dan maggi je tiap bulan bila rasa segan dengan kawan-kawan dan keluarga.
Tak cukup dengan jual barang-barang mekap, saya jual juga segala beg tangan yang saya ada. Suami pula terpaksa jual helmet dan baju untuk dapat duit makan kami berdua tiap hari. Paling tak boleh lupa, suami jual motor kesayangannya demi saya. Duit RM6 ribu jualan motor, kami bahagikan sama rata untuk makanan dan modal berniaga. Bermula dari itu jugalah saya kuatkan semangat untuk buat Loveliee. Alhamdulillah, hingga sekarang ramai yang menggunakan produk kami termasuk di luar negara.
Yang pasti, rezeki Asya yang semakin melimpah ruah hari ini adalah kerana dia cukup menjaga hubungannya dengan Yang Maha Esa. Sambil berkongsi rutin yang dilakukan setiap hari, berikut tujuh amalan Asya dalam memperoleh keberkatan Allah SWT.
Solat 5 waktu dan cukup,
Sedekah,
Berzikir,
Sedekah Subuh,
Baca ‘La hawla wala quwwata illa billah’,
Perbaiki iman, perbaiki diri dan perbaiki hati,
Jaga kebersihan.
Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Haider Mikael dan Siti Helena Adrianna. Asya juga sedang menghitung detik kelahiran anak ketiga yang dikhabarkan seorang bayi lelaki.
Baru-baru ini, tular di media sosial gambar-gambar perkahwinan mega DDNK atau Datuk Dr Mohd Nazri Khan bersama isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari yang nyata mengejutkan ramai pihak. Tak ada angin, tak ada ribut, DDNK dah pun menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, yang dipercayai pelajarnya sendiri.
Selepas hampir dua minggu pakar saham tersebut mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, nampaknya pasangan merpati dua sejoli ini tidak menunggu lama menghabiskan masa untuk berbulan madu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan beliau bersama isteri kelihatan bahagia berbulan madu di atas sebuah kapal layar mewah yang bernama Serena, walaupun tidak dapat dipastikan lokasi bulan madu mereka.
@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk♬ Penghujung Cinta – Pasha
Seperti apa yang dilihat di dalam video tersebut, DDNK turut memberikan sebuah kek dengan perkataan ‘Happy Honeymoon’ serta sejambak bunga ros merah diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isteri tercinta.
“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan mahligai dibina DDNK dan isteri kekal bahagia hingga ke Jannah. Meskipun jarak usia mereka berdua agak jauh, namun jelas keserasian mereka berdua, malah isterinya juga amat manja dan mesra sekali di samping DDNK.