Terdapat kajian mengatakan penyakit kolera lebih cenderung kepada golongan darah O dan mereka yang mempunyai kekurangan nutrisi seperti Vitamin A atau Retinol.

Kolera kini dikenali sebagai endemik seperti mana COVID-19. Ia kebiasaannya berpunca daripada masalah air yang tidak dirawat menjadikannya isu yang kritikal apabila terjadi di daerah yang paling pesat dengan kemajuan dan padat dengan penduduk.

IKLAN
Golongan Darah O Paling Risiko Penyakit Kolera, DIETITION Ini Saran 4 Diet Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com

Tempat pembiakan utama bakteria (Vibrio Cholerae) yang mengakibatkan penyakit kolera ialah

1. Air.
2. Makanan mentah yang dimakan terutama daripada sumber laut.
3. Makanan yang tercemar.
4. Najis individu yang didiagnos kolera.

Beberapa tanda gejala awal apabila individu menghidap penyakit kolera ialah perasaan loya, muntah, ragaman perut atau ‘borborygmi’, cirit-birit yang berterusan tanpa sakit.

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, boleh mengakibatkan dehidrasi, cirit-birit yang berwarnakan seperti air beras dengan bau hanyir, kehilangan elektrolit dalam badan dan kematian.

Golongan Darah O Paling Risiko Penyakit Kolera, DIETITION Ini Saran 4 Diet Yang Betul
Farah Farhanah Binti Hashim, Dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara

Menurut dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Binti Hashim, pencegahan penyakit bawaan seperti makanan dan minuman dapat dielakkan sekiranya diet dan pemakanan diamalkan dengan langkah yang betul.

1. Minum air yang telah dirawat atau yang telah dimasak sepenuhnya

Sumber air yang bersih dan sanitasi yang betul dapat mencegah daripada jangkitan kolera terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai dengan penduduk. Sekiranya terjadi kejadian di mana sumber air putus, pastikan air yang disimpan dan digunakan untuk minum dirawat dengan cara menapis dan memasak air sehingga mencapai takat suhu mendidih, iaitu 100°C. Elakkan minum terus daripada paip air, minuman yang dijual secara terbuka seperti gerai yang tidak diyakini kebersihan airnya.

2. Elakkan daripada memakan makanan mentah

Makanan mentah seperti makanan laut hendaklah dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan jangkitan kolera kerana air merupakan tempat pembiakan yang utama. Makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, lala, ketam, siput, tiram dan sebagainya tempat kegemaran bakteria tersebut. Sekiranya anda gemar memasak seperti stimbot, bakar, pastikan makanan tersebut dibasuh dengan bersih.

Sayur-sayuran juga boleh menjadi sumber kepada pembiakan kolera. Pastikan sayur dibersihkan menggunakan air yang mengalir, dan diletakkan juga pencuci sayur atau air garam untuk pembasmian bakteria.

IKLAN
Golongan Darah O Paling Risiko Penyakit Kolera, DIETITION Ini Saran 4 Diet Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com

3. Berwaspada membeli makanan dan minuman daripada restoran atau gerai.

Sekiranya anda kerap membeli makanan dan minuman daripada restoran atau gerai, pastikan kebersihan gerai diyakini. Kebersihan gerai boleh didapati daripada premis yang mempamerkan Gred Kebersihan kedai mereka sebagai bukti makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat. Logo tambahan seperti logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) pula dipamerkan oleh premis-premis yang mematuhi syarat-syarat penyediaan dan pemprosesan makanan yang bersih, selamat dan yang paling penting sihat, iaitu dengan penyediaan jumlah kalori yang sesuai mengikut keperluan individu.

4. Jauhi tabiat menghisap ais batu selepas makan dan minum tanpa diyakini kebersihannya.
Tabiat menghisap ais batu selepas makan atau minum terutamanya di premis-premis makanan membahayakan kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan kolera secara tidak sedar.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas dan dibimbangi ianya kolera, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran.

IKLAN

Rawatan di hospital lebih menyeluruh merangkumi pengurusan pengembalian cecair dalam badan, resusitasi cecair, pemberian antibiotik, dan juga pemberian nutrisi dan vitamin tambahan kerana sekiranya kelewatan merawat kolera boleh mengakibatkan malnutrisi, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Golongan Darah O Paling Risiko Penyakit Kolera, DIETITION Ini Saran 4 Diet Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com

TIP Extra! Buat Golongan Darah O;

1. Rawatan air berkala
Pastikan rawatan air berkala dilakukan untuk tujuan pembasmian bakteria. Rawatan air boleh dilakukan dengan menggunakan klorin atau iodin, tapisan air, atau secara didihan.

2. Kerapkan mencuci tangan dan menjaga kebersihan kendiri.
Pastikan anda mencuci tangan dengan air bersih dan mengalir setiap kali sebelum atau selepas aktiviti yang melibatkan penggunaan air. Sekiranya anda gemar akan aktiviti yang melibatkan penggunaan air seperti beriadah di air terjun, pantai dan kolam renang, pastikan anda mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas makan. Jangan lupa mandi dengan air yang bersih selepas usai aktiviti air.

Baca juga; Kes Kolera Dikesan Di Selangor

Baca juga; New Zealand Buka Sempadan Awal, Ini 20 Lokasi Wajib Singgah Dari Ratu Cantik NZ 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI