Such an inspiration! Contoh anak muda yang pandai berdikari serta wajar dijadikan sebagai inspirasi.

Daiyan Trisha punya pesona dan kelasnya yang tersendiri.

IKLAN

Penyanyi dan pelakon berbakat besar berusia 28 tahun, Daiyan Trisha baru-baru ini telah berkongsi detik paling bermakna apabila membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya, Mohd Nasaruddin dan Samsiah Mohd Nor.

Sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz menjadi ‘kejutan paling best’ sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang disambut pada November 2020.

Biarpun perancangan asalnya tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa berahsia selama beberapa bulan namun Daiyan tetap bersyukur kerana hajat untuk membuat kejutan itu akhirnya tercapai.

“Saya menempah kereta itu pada Disember 2020 dan alhamdulillah akhirnya saya dapat buat kejutan kepada kedua ibu bapa sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Rasa seronok sangat sebab dapat menggembirakan mereka,” kongsi Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin. Daiyan merupakan anak ke-2 daripada 5 adik beradik.

Selain di laman Instagram, Daiyan turut berkongsi momen menyentuh emosi itu di saluran Youtube miliknya. Turut dikongsi ialah rakaman video ketika dia dalam proses membeli kereta mewah tersebut bermula Disember 2020.

Tulisnya di ruangan kapsyen Instagram:-

“Tangkap gambar dengan kereta tapi bukan kereta saya hehehe.. Terima kasih atas doa anda semua. U all are so wonderful and kind. Salah satu matlamat Daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dalam 2-3 tahun lagi.

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Daiyan walau dalam keadaan pandemik COVID-19. Jadi Daiyan fikir, buat apa tangguh kalau untuk parents. Sekarang masa yang sesuai untuk menggembirakan mereka. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Alhamdulillah dah sampai kat tangan Papa dan Mummy.

Pesanan saya, peluklah dan tunjuk yang kita sayang mereka. Lakukan apa saja untuk membalas budi mereka. Memang takkan pernah cukup tapi sekurang-kurangnya kita cuba.”

IKLAN

Ternyata kejutan dilakukan Daiyan menjadi. Jelas kelihatan di riak wajah kedua ibu bapanya bahawa mereka sangat bahagia dikurniakan seorang anak yang bukan saja cantik malah baik budi pekertinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyuarakan rasa bangga dan terharu dengan sikap Daiyan yang sangat memuliakan ibu bapa. Mereka turut menjadikan Daiyan sebagai sumber inspirasi. Tak ketinggalan, beberapa rakan artis turut memberi kata-kata positif buat Daiyan agar terus menjadi contoh anak muda yang terbaik.

“This is what being an independent and hardworking woman/daughter is all about! Isn’t that feeling the best feeling in the world.” @julianaevans

Kredit: Instagram @julianaevans

May Allah bless u n family. Keep on spreading positivity.” @cikmanggis

IKLAN
Kredit: Instagram @cikmanggis

Alhamdulillah congrats girl!” @yuna

Kredit: Instagram @yuna

Sebelum ini, pada Mac 2019 Daiyan pernah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya di mana dia berkongsi kegembiraan apabila berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun. Hebatnya Daiyan Trisha!

Cantiknya dekor ‘rumah bujang’ Daiyan Trisha ni!

Daiyan mula bergiar aktif dalam dunia hiburan ketika usianya 20 tahun dan mula mendapat perhatian menerusi telefilem berjudul Dee di Astro Ceria. Daiyan merupakan graduan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Selain bergelar penyanyi dan pelakon, Daiyan juga seorang penulis. Kebanyakan karya lagu-lagunya ditulis sendiri. Bakat menulis itu diwarisi dari ibunya yang juga seorang penulis terkenal. Semoga Daiyan terus memberi inspirasi buat seluruh wanita khusunya generasi muda.

Kredit Foto: Instagram @daiyantrisha