Bunga Citra Lestari antara penyanyi terkenal yang sering menerima jemputan eksklusif untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan mewah.
Bagaimanapun, baru-baru ini Bunga Citra Lestari hadir sebagai tetamu jemputan bersama suaminya, Tiko Aryawardhana bagi memenuhi undangan konglomerat Malaysia yang melangsungkan perkahwinan anaknya.
Kredit Foto: Instagram @itsmebcl
Bunga Citra Lestari ‘terbang’ ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya yang dijemput ke majlis perkahwinan anak Dato’ Khairussaleh Ramli yang merupakan presiden pengarah sebuah bank swasta.
Bunga Citra Lestari berkongsi momen itu di Instagram peribadinya.
Gaun eksklusif yang dihasilkan daripada renda dan kristal itu ialah hasil rekaan Ivan Gunawan.
Gaun yang mengikut bentuk badan digabungkan dengan cropped jacket crystal lace.
Ads
Bunga Citra Lestari kelihatan glamor dengan kasut tumit tinggi berwarna silver dan glitter handbag yang senada dengan gaun yang disarungkan.
Mengekalkan potongan rambut pendek, Bunga Citra Lestari menyerlahkan seri wajahnya dengan sentuhan soft glam look yang menampilkan deep color eyeshadow dan peach nude lipstick. So gorgeous!
Ads
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pakai apa pun tetap nampak cantik dan mencuri perhatian. Terbaru, sempena kedatangan Aidiladha… suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sekali lagi menjadi bualan ramai hanya kerana pemakaian tudung bawal yang digayakan penyanyi tersohor negara tersebut.
Jarang mengenakan fesyen tudung bawal selama ini… pemilihan hijab polos dan minimalis berkenaan nyata mengundang ‘perhatian’ netizen. Belum pun habis kisah jam tangan mewah Richard Mille miliknya yang mencecah lebih RM600 ribu dan harga aksesori basikal RM30 ribu, timbul pula kisah terbaru tentang selebriti kesayangan ramai ini.
Menyambut Aidiladha di samping keluarga tersayang, Dato’ Seri Siti yang anggun dalam persalinan hitam Rizman Ruzaini kelihatan berbeza daripada biasa. Hanya mengenakan solekan nipis dan gaya sederhana sambil bertudung bawal pun sudah cukup membuatkan peminat tertarik dengan penampilan ringkas beliau.
https://www.instagram.com/p/B1EECORHPyo/
Malah rata-rata mereka beranggapan Dato’ Seri Siti nampak lebih muda apabila memakai jenis tudung tersebut dan kata-kata pujian membanjiri ruangan komen di Instagramnya.
Menyedari reaksi positif peminat, Dato’ Seri Siti sekali lagi tampil dengan gaya sama pada hari raya berikutnya. Kongsi beliau, “Raya Haji hari ke-2 saya pulang ke kampung untuk ibadah korban. Ramai yang suka saya pakai tudung bawal yek? Baikla, harini saya gayakan tudung bawal dari Galeri Ariani. Banyak pilihan warna.”
Kredit: Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang benar kata orang ‘you are what you eat’. Apa sahaja makanan yang dimasukkan ke dalam perut akan memberi kesan kepada tubuh.
Makanan juga berfungsi untuk kecantikan rambut. Nutrisi terpenting untuk memiliki rambut yang berkilau juga datang daripada makanan. Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah indah.
(1) Ikan salmon hindar hidrasi rambut
Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur. Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrat.
(2) Brokoli memperkuat folikel rambut
Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus. Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum ini berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu memperkuat folikel rambut.
(3) Kacang cegah rambut rosak
Berbagai nutrisi yang terdapat dalam kacang memang sudah tidak boleh disangkal lagi. Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru. Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang gepang, kacang merah dan kacang hijau.
(4) Daging ayam pelihara rambut gugur
Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi. Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.
(5) Telur bantu elak rambut rosak
Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh. Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.
(6) Bijirin penuh jauhi rambut botak
Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.
(7) Tiram memperbaharui rambut baru
Tiram kaya dengan zink dan apabila seseorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik. Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada rambut gugur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.