Alahai, seronoknya tengok Pengasas TudungRuffle ini bercuti mengelilingi Eropah bersama suami tersayang. Walau tengah berbadan dua tapi tetap kuat berjalan jauh. Bila intai Instagram Hanis Arif, bukan saja terpaku dengan foto pemandangan indah bumi Eropah.. bahkan, followers Hanis pun turut tertanya-tanya cabaran usahawan cantik ini semasa pergi melancong dalam keadaan diri yang sedang hamil. Membalas ringkas pertanyaan itu, kata Hanis “Mencabar sebab kuat pergi toilet.”

Nona difahamkan percutian Hanis dan suaminya, Muhammad Irshad Dato’ Kapten Razali ini bukan semata-mata kerana babymoon.. sebaliknya, bulan September merupakan bulan istimewa bagi pasangan ini memandangkan kedua-duanya telah setahun melayari alam perkahwinan sejak bernikah pada 8 September 2017. Tahniah diucapkan. Tak lama lagi, sambut kehadiran ‘orang baru’ pula!

IKLAN

Berangkat ke Netherland pada pertengahan September lepas, Instagram Hanis menjadi travelog dan rujukan bagi golongan ‘kaki cuti’ yang menyimpan hasrat untuk pergi mengembara di benua Eropah suatu hari nanti. Kalau tengok di setiap foto yang dikongsikan, macam-macam reaksi dan pertanyaan percutian ditujukan kepada Hanis. Disebabkan ramai yang bertanyakan tentang tip percutian tersebut, ini nota penting Hanis.

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Trip to Netherland-Paris-Switzerland. Tempat attraction Anis pergi Geithoorn, Eiffel Tower dan Jungfrauroch. Dari tempat paling rendah below sea level, sampai puncak paling tinggi kat Europe. Trip perjalanan semua tak plan pun. Tiket train and hotel semua book masa dekat sini je sebab tak nak stress dengan masa. Janji dapat jalan free and easy. Nak book tiket train just guna apps GoEuro. Lebih murah beli tiket train dekap apps dari beli tiket train package sebulan.”

Selain menjelaskan tentang pembelian tiket keretapi dan penginapan, faktor cuaca juga harus diberi perhatian. Lebih baik buat kajian dulu tentang tempat yang bakal dilawati sebagai persediaan. “Time Anis datang penghujung summer. Paling best nak datang waktu ni sebab siang still panjang tapi suhu dah sejuk macam dalam shopping mall Malaysia.

Netherlands – Anis pergi pusing bandar Amsterdam Central & Geithoorn. Takde bunga kat Netherlands waktu ni sebab dah nak dekat Fall (musim luruh). Sini best nak jalan sebab rasa selamat, semua orang ramah and banyak makanan halal.

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Paris – Then Anis ke Paris dari Amsterdam. Train dalam 2 jam lebih. Anis tak stay lama kat Paris sebab stress betul jalan-jalan kat sini. Pergi Eiffel Tower je. Apa yang orang cakap pasal Paris tu betullah. Nak jalan setiap masa kena jaga beg, everywhere ada bau tak menyenangkan and paling tak suka bila tengah jalan ada orang ikut sepanjang jalan minta duit. Tempat cantik tapi sayang tak seronok nak jalan. Nak minta orang amikkan gambar pun takut.

Switzerlan – Tak tahan dengan environment Paris terus cabut pergi Switzerland. Dari Paris ke Swiss, train dalam 5 jam, Anis stay di Interlaken. Dekat dengan area train station yang nak naik ke Jungfrauroch. View sini SubhanAllah, semua tempat cantik. Anis pernah dengar orang cakap Swiss mahal. Tapi bila sampai kat Interlaken ni takdelah semahal yang disangka. Lebih kurang Paris price dia.

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

IKLAN

Hamil Third Trimester, Pengasas TUDUNGRUFFLE Ini Kongsi Tip Percutian Di Benua Eropah!

Semua tempat attraction sediakan makanan halal. Perasaan jalan kat sini sama macam kat Netherlands. Rasa macam home. If nak datang sini better time summer. Time winter, cuaca terlalu sejuk, siang pendek, kedai banyak tutup and paling tak best if cuaca tak baik and hujan semua aktiviti kena shutdown (tips dari Malaysian yang tinggal di Swiss).”

Tambah Hanis lagi, untuk memudahkan perjalanan mengelilingi Eropah.. dia dan suami hanya membawa dua luggage dan satu bagpack. Memang seronok pergi bercuti bila segala persediaan dah siap. Tak adalah kelam-kabut fikir mana hendak pergi atau tiada tempat bermalam. Moga perkongsian Hanis ini memberi inspirasi dan rujukan buat anda khususnya ibu-ibu hamil untuk menikmati percutian tanpa rasa risau.

Kredit foto: Instagram Hanis Arif

 

IKLAN

 

 

 

      

 

   

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI