Wajah yang cantik perlu datang dengan pakej lengkap… Mata sihat bersinar, kulit yang licin gebu serta bibir mungil kemerah-merahan.
Tapi ramai wanita yang sebenarnya cuma berselindung di sebalik calitan gincu. Bayangkan apabila solekan ditanggalkan, maka terserlahlah rona bibir yang sebenar… Gelap kehitaman!
Tak pasal-pasal dituduh merokok atau nampak macam lelaki pula. Kerana itulah penjagaan bibir sangat penting untuk memelihara kulit bibir agar lembut dan berwarna merah jambu. Bagaimana caranya?
(a) Katakan Tidak Pada Rokok
Ini adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok. Kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok boleh memudaratkan kesihatan dan memperlihatkan wajah yang sugul dan tidak bermaya.
(b) Hindari Kafein
Pengambilan kopi dan teh berlebihan boleh menyebabkan bibir bertukar warna menjadi lebam serta meninggalkan kesan kotoran pada gigi.
Jadi, hadkan pengambilan kafein untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.
(c) Elakkan Terdedah Matahari
Ads
Hindari aktiviti luar yang melibatkan pancaran matahari terlalu kuat. Pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan kulit bibir bertukar gelap kerana peningkatan pigmen melanin pada bibir.
Pastikan anda menyapu produk penjagaan bibir dengan SPF atau perlindungan UV.
(d) Periksa Gincu Bibir
Penggunaan gincu bibir yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pigmentasi pada bibir. Jangan lokek melabur sedikit wang untuk kelihatan cantik dan sentiasa periksa tarikh luput produk.
Produk yang mengandungi shea butter, clarified butter, vitamin E dan minyak jojoba sangat bagus untuk kulit bibir kerana ia melembapkan bibir.
Untuk mencuci gincu, gunakan pembersih solekan dari bahan seperti minyak zaitun, almond atau minyak kelapa.
Ads
(e) Skrub Bibir
Skrub bibir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menanggalkan sel kulit mati serta meningkatkan perjalanan darah.
Campurkan lima hingga enam titik minyak zaitun dan satu sudu teh gula dan gunakan untuk menyental kulit bibir.
(f) Jangan Jilat Bibir
Pakar dermatologi juga menasihatkan supaya tidak menjilat atau menyedut bibir untuk membasahkannya. Jika amalan ini berterusan, ia boleh membawa kepada kegelapan bibir.
Ads
Jauhi juga air berklorin untuk menjaga kesihatan kulit bibir.
(g) Diet Sihat
Kecantikan bibir juga ada kena mengena dengan pengambilan makanan sihat untuk tubuh. Amalkan diet sihat dan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan vitamin C juga penting untuk mengelakkan pigmentasi bibir.
(i) Genetik
Ada juga kes di mana kulit bibir menjadi gelap kerana faktor genetik. Sebagaimana anda berusaha untuk membersihkannya, ia tidak akan hilang.
Hanya rawat bibir untuk mengelakkannya daripada kering dan kusam.
TIP RAWATAN
Oles minyak almond pada bibir sebelum tidur untuk mencerahkan bibir yang gelap serta mengurangkan perubahan warna.
Campurkan jus lemon pada minyak almond dan sapu pada bibir.
Aplikasi jus timun setiap hari pada bibir untuk mencerahkan bibir.
Oles campuran jus limau, glycerin dan madu dan biarkan semalaman akan melembutkan bibir anda. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain cecair hand sanitizer, satu lagi barangan kebersihan wajib bagi majoriti wanita adalah tisu basah. Selain mengelap kotoran dan mekap, ia juga penting untuk mak ayah yang menguruskan anak kecil.
Meskipun penggunaan tisu basah terbukti sangat praktikal, tapi ia juga kurang selamat jika disalah gunakan. Ayuh semak kesilapan paling biasa dilakukan dengan tisu basah.
(1) Membersihkan Mekap
Tidak semua tisu basah sesuai untuk mengelap wajah dan membersihkan mekap. Biasanya terdapat jenis tisu basah tertentu dengan formula khusus untuk menanggalkan solekan.
Jika menggunakan tisu basah biasa, dikhuatiri kulit muka akan menjadi kering, menyebabkan kedutan dan berbahaya untuk kulit sensitif di bawah mata.
(2) Membiarkan Pelekat Terbuka
Kebanyakan kemasan tisu basah dilengkapi pelekat khas agar mudah dibuka-tutup berulang kali. Tapi ramai yang sambil lewa ketika mengambil isinya. Jika tidak dilekatkan dengan betul, tisu basah akan menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
(3) Mengelap Banyak Permukaan
Walaupun mengandungi antiseptik, tapi tisu basah tidak mampu membunuh kuman secara menyeluruh. Malah dikhuatiri kuman dari tisu basah akan ‘berpindah’ pula ke tangan.
Walaupun lembap dan berbau harum, tapi sebaik-baiknya cucilah tangan dengan sabun dan air.
(4) Mengelap Luka
Ramai yang mencapai tisu basah untuk menyeka luka sebelum merawatnya. Awas, tisu basah kita mungkin mengandungi Methylisothiazolinone (MI). Ini adalah bahan kimia yang selamat untuk produk pembersih tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan atau iritasi kulit jika tidak dibilas.
(5) Bahan Kimia
Teliti dahulu kandungan bahan dalam tisu basah kita. Banyak sekali jenama tisu basah yang mengandungi Methylisothiazolinone (MI), Sodium Lauryl Sulfate (SLS/SLES), Propylene Glycol dan alkohol.
Semua bahan kimia ini harus dibilas dengan air selepas digunakan. Jika dibiarkan, mungkin boleh mendorong terjadinya iritasi ringan khasnya pada kulit sensitif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin cantik! Itulah respon para netizen apabila melihat penampilan terkini pelakon dan juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Datin Seri Zizie Izette Abd Samad yang mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.
Zizie yang berkongsi gambar rayanya untuk tatapan pengikutnya nyata menjadi bualan ramai apatah lagi di usia 44 tahun, Zizie kekal anggun.
Walau bagaimanapun, penampilan Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mendapat kecaman ramai apatah lagi dia berkongsi foto tidak bertudung, baru-baru ini.
Sedar hakikat yang penampilan terbarunya pasti menjadi buah mulut orang ramai, Zizie tampil bersuara menerusi hantaran di Instagramnya mengatakan dia selesa menjadi dirinya sendiri untuk kekal bergaya meskipun ada segelintir pihak tidak menyukai penampilan terbarunya.
Zizie berkata, dia tiada hak untuk menghalang seseorang daripada terus menyukainya. “Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, saya gembira dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal.
“Kalau tak suka, itu masalah kamu. Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita, Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,” tulisnya.
Sebelum ini, nama ibu kepada lima anak itu mencuri perhatian ramai dengan kemunculan dirinya tampil cantik dan langsung sejak awal tahun ini dengan hanya mengenakan penutup rambut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi pastinya Nonarians familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yang digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya. Meski kini bergelar ibu muda kepada seorang cahaya mata lelaki.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora? Khususnya bagi wanita-wanita bekerjaya!
Di sini NONA sertakan tiga inspirasi stail ‘Modest Hijab’ yang sopan dan anggun persis Lesti dan tutorial bagaimana anda boleh menggayakanya!
Tampil ‘Up-To-Date’ Dengan Gaya Turban Moden!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam.
Hitam Polos Tetap Classy!
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan berona hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya tudung yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan!
Simple Dan Sofistikated Untuk Ke Pejabat
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata Nonarians cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya yang ringkas ini amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenis ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal atau ke pejabat.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.